Thursday, May 23, 2019

Seoul Spring Break 2019 : Day 4 (Part Four)

Adui lapaq ketaq dah ni. Dah pukul berapa dah ni, dengan nak makan lagi lepas tu nak pi shopping lagi. Dah tu nanti nak kemas beg pulak (benda paling malas nak buat 😂😂)

Aku cepat-cepat bersiap lepas tu keluar dari bilik, turun bawah and then lintas jalan besar nak ke the other side of Myeongdong sebab nak cari kedai makan. Malam ni aku decide nak makan kat Restoran Kampungku sebab aku teringin sangat nak makan ayam goreng dia. Lagipun aku tak dapat makan ayam goreng kat BoA guest house hari tu so hari ni harus lah makan jugak ayam goreng tu.

Lepas lintas jalan, aku terus jalan menaiki bukit sikit untuk cari restoran ni. Actually 3 tahun lepas aku dok area ni tapi lorong yang sebelah satu lagi so aku agak familiar la dengan tempat ni. By the way, jalan ni jugak boleh guna kalau nak ke Namsan Tower/Namsan Park (kalau rajin menapak la 😂).

Restoran Kampungku Myeongdong (ihsan Google)

selain dari restoran, Kampungku jugak ada Halal Mart (ihsan Google)

Masa aku sampai depan kedai ni aku tengok ramai jugak la yang dok makan kat sini (read: orang Malaysia - Melayu) and as usual, harus lah tak bertegur sapa apatah lagi nak senyum 😂. Takpa, aku mai nak makan ja, bukan nak buat kawan baru. Adik yang keja kat restoran ni memula suruh aku tunggu sebab tempat duduk dah penuh tapi lepas tu dia tanya aku okay tak kalau dok kat meja yang panjang tu (ala-ala kedai sushi kalau makan sorang-sorang tu). Aku tak kisah la sebab aku lapaq gila time ni so aku pun masuk la dan ambik tempat duduk aku. Okay la, dekat dengan sinki so senang la aku nak basuh tangan satgi. Sebelah aku ada sorang perempuan yang datang dengan kawan lelaki dia. Dari gaya sembang ni memang habis KPop lah. Dok kedai melayu pun kau nak cakap Korea dah kenapa? 😅

Aku terus order makanan aku - nasik putih dengan ayam goreng yangnyeom (sebab memang aku nak makan ayam goreng kan) and aku tak order minuman, just air kosong je. Perempuan kat sebelah aku ni tegur la aku (ayat-ayat biasa bila jumpa orang datang bercuti) and dia cerita laa dia punya percutian kali ni. Pergi main salji la apa la, siap tunjuk gambar and aku layan kan aje lah. Best jugak tengok orang main salji ni tapi aku jenis tak minat (buat masa sekarang ni 😂). Lepas tu dia cakap dia dah nak balik esok, naik flight MAS pukul 11:00am so takut kalut nak kena gerak awal. Dia mesti bajet aku naik AA je kan datang sini? 😂😂😂😂

Lepas tu makanan aku dah sampai and aku pun macam wow lah. Banyak kot ayam dia, dalam 7 ketul macam tu. Jenuh wei nak perabih sorang-sorang tapi what the heck kan? 😂😂😂 Yang perempuan sebelah aku tu punnn dah nampak ayam aku tu, dia pun cakap kat kawan dia nak order jugak padahal makanan diorang belum habis. Bila ayam tu dah sampai, tak boleh nak makan dah sebab kenyang. Dahhh kena bungkus 😏😏

uiii aroii~~ 💗

And so bila sebelah aku dah kosong, aku pun makan la dengan penuh gembira. Nikmatnya la haih makan ayam goreng ni. Menyesal pulak tak datang awal-awal kedai ni. Kalau tak, boleh repeat 2-3 kali makan kat sini 😂😂😂 Aku doakan agar bisnes dia ni sentiasa maju so bila aku datang balik ke Seoul, aku dapat makan kat sini lagi.

Masa aku tengah makan, ada sorang perempuan baru datang dan duduk sebelah aku. Dia pun solo traveller macam aku and kitorang pun mula la bersembang tanya hal-hal berkaitan dengan travel solo ni. Dia ni dari Klang and first time datang ke Korea. Dia datang nak melawat Seoul dan Jeju. Masa kitorang sembang ni, hari last dia dekat Seoul sebab esok nya dia dah nak bertolak ke Jeju. Aku pun bagi lah cadangan tempat dan tips kalau bercuti kat Jeju ni, kalau dia berminat nak pi lah nanti 😂. And kitorang exchange number phone. Tak tau lah kalau lepas ni kitorang akan keep in touch ke tak.

Lepas makan, aku pun terus bayar dan beredar menuju ke Myeongdong shopping street untuk memulakan aktiviti membeli souvenir untuk family aku. Aku masuk kedai Artbox sebab aku suka barang kat situ. Alat tulis dia comel belaka. Aku sambaq la kotak pensel untuk anak sedara lelaki aku (dan untuk diri sendiri jugeee). Lepas tu anak sedara perempuan aku pulak pesan barang yang ada Jungkook BTS 😑😑 so sebagai makcik yang penyayang, aku pun gigih cari walaupun aku tak suka nak cari barang-barang berunsurkan KPop ni 😂😂. Aku beli kat dia tumbler ada gambar Jungkook BTS tu. Dah settle beli barang kat dua ketoi tu, aku pun cari barang untuk makcik dan kakak aku pulak. Aku beli brooch je kat diorang and untuk abang dan cousin lelaki aku tu aku beli t-shirt saja. HAHAHAHAHA nampak dak aku ni jenis tak suka shopping. Beli pun entah apa-apa je kat orang. 😂😂😂😂 Malang sapa jadi laki aku sebab aku tak reti/suka shopping hadiah 😜

Artbox Myeongdong

Masa aku tengah sibuk jalan ni aku dapat whatsapp message dari budak perempuan yang aku jumpa kat restoran tadi. Dia kata cashier salah kira harga makanan kitorang and diorang charge aku lebih sebab tertukar dengan makanan dia (aku bayar extra KRW4,000) and dia mintak account number aku untuk transfer balik duit kat aku. Aku ni malas la nak renyah-renyah ni so aku halal kan je lah duit tu. Lagipun dia nak ke Jeju kan, so aku sedekah je lah 😂😂😂.

Lepas habis shopping, aku pun terus balik bilik dan start kemas beg. Huih, beg aku macam dah tak muat ni. Cemana ni? 😅😅 Memang aku sumbat sungguh-sungguh la nak bagi muat jugak. Aku tak dak extra luggage and aku definitely takmau beli luggage baru. Duit pun dah susut ni so haruslah fikir alternatif lain untuk bagi muat jugak beg aku ni. And Alhamdulillah, berjaya susun bagi muat-muat. Pastu fikir pulak cemana nak angkut beg ni nanti. Kompem berat dah bertambah 😂😂😂.

Esok kita fikir balik benda ni, sekarang ni aku nak tidur dulu. Karang esok tak terjaga pulak, naya ja 😂😂. Nite nite, y'all!

P/S: Ada beberapa kedai deco/alat tulis/lifestyle yang aku suka terjah kalau datang Seoul ni:
1. Artbox
2. Line Friends
3. Butter
4. Daiso
Sebab comel sangat barang-barang dia
😁

xoxo
J~

No comments:

Post a Comment

Updates!

 Hi, lama giler tak update blog ni...like seriously, lama giler HAHAHAHA So far apa yang menarik? Nothing much since COVID is still around.....