Tuesday, November 19, 2019

Dah Sampai Tapi Kena Hantar Balik?

Hi guys,

Lama gila tak post kat sini. Macam dah berhabuk dah blog ni. Post kali ni nak membebel panjang so sabaq la nohh.
Aku ada baca post pasal orang Malaysia kena hantar balik lepas dah sampai ke Korea. Again and again. Ni bukan kali pertama kot.
Ada yang kata document tak lengkap. Ada yang kata pakaian selekeh. Ada yang kata sebab pakai bagpack sebab tu kena tahan dan halau. Ada yang kata undang-undang negara luar tu ketat.
Post aku tulis ni bukan takat fokus South Korea je ye. Ni utk semua travellers/tourist yang nak ke mana-mana negara sekalipun, tolong pastikan:
a) Semua document kena lengkap. tiket pergi balik kena ada, maklumat pasal tempat tinggal, transportation and insurance semua kena lengkap. Takyah nak paperless sangat, simpan data dalam phone saja. Kena print out dan letak dalam file.
b) Tahu itinerary sepanjang berada di negara orang. Mana nak pergi, macam mana nak pergi, berapa tambang sehala/return untuk tempat kita nak pergi, berapa admission fees. Sama macam document, pastikan print out and letak sekali dalam file.
c) Jangan sekadar "aku ikut korang je ni wei". Seriously, NO. sebab orang macam ni yang selalu kena aim. Sebab senang gelabah. Sebab taktau apa2. Ye lah, asyik dok "ok je, ikut je mana nak pi apa nak buat".
(dah la kau tak tolong prepare itinerary, bajet diva semua orang nak kena spoonfeed kan kau. menyusahkan)
d) Jangan menggeletis/gedik2 kalau dok negara orang. Kita taktau orang local suka ke tak perangai macam tu. Buat biasa2 chill2 relax2 sudah. Ni dok asyik menggeletis galak gedik2 terkinja2, orang tengok pun meluat.
e) Pakaian biar kemas. Tak suruh kau pakai nak OOTD bajet retis (read: Che Ta) wei. Aku pun pakai T-shirt dengan jeans je masa travel. Tapi tolong nampak semenggah sikit.
(ada ke orang komen kena pakai pakaian nampak mcm orang2 kaya baru tak kena tahan...oh pleaseeee...i pakai besa2 je ok, and bawak bagpack je okay tapi tak kena tahan pun haha)
f) Confident tu kena ada. Makna kata kat sini, study lah betul2 pasal tempat/negara yang korang nak pi tu. Bukan suruh hafal rukun negara, lagu kebangsaan, jata negara semua tu. NO. Korang bukan nak tukar warganegara. Tapi at least kena paham apa korang nak buat kat sana so bila imigresen tanya, korang boleh cakap dengan tenang dan yakin apa sebab korang visit satu2 tempat tu.
g) Berhati-hati diluar negara. Ye malang tak berbau, tapi risiko boleh dikurangkan, kalau korang tak lalai sebab dok menggeletis kalut nak bergambar la, kalut itu kalut ini sampai terlupa yang ada orang memerhati barang2 korang bawak tu dari jauh. kena sauk nanti baru tau erti penyesalan.
Nota dari aku, yang biasa travel beramai-ramai, travel dalam kumpulan kecil dan travel berseorangan. (read: travel bawak big luggage, cabin luggage dan backpacking)


xoxo
J~

Friday, June 21, 2019

Seoul Spring Break 2019 : After The Trip

Hello and Salam semua! Kali ni aku nak summarize kan solo trip 5H4M aku ke Seoul dari 27 April 2019 sampai 1 Mei 2019 hari tu.

So far benda yang aku boleh kata dekat sini:

1. It is okay to travel alone. Memang takut mula-mula tu, especially kalau perempuan kan tapi once kita dah buat, rasa takut tu pun hilang. Travel solo ajar kita untuk jadi sangat independent, tak rely dekat orang and untuk jadi lebih matang dan bijak dalam membuat sesuatu decision. Semua benda kita buat sendiri, dari cari tiket, book accommodation sampai la nak navigate diri kita masa dah sampai ke destinasi. Cari tempat yang kita rasa selesa dan yakin untuk travel solo dan buat research pasal tempat tu sampai dah taktau benda apa lagi nak cari dah 😂😂😂

2. Actually plan aku untuk travel solo ni tercetus lepas aku fed up dengan semua orang yang kejap nak join, kejap tak jadi ni. So aku dah malas nak layan orang jadi aku ambil keputusan untuk travel solo. Orang lain tu lantak lah, aku dah malas nak layan. Janji aku travel. Nasib la destinasi aku kali ni ke Seoul sebab aku dah biasa so aku dah tau tempat mana nak terjah bila sampai sana.

3. Speaking of which, travel solo ni bagi aku freedom untuk buat benda yang aku betul-betul nak buat. Macam aku ni jenis suka makan dan ambik gambar. So benda tu la yang aku buat. Since aku bukan k-pop lover dan tak suka nak masukkan k-pop influence dalam trip aku (contoh: aku kena pergi ke tempat shooting drama sekian-sekian, atau nak ke company artis-artis kpop idol dengan harapan dapat nampak diorang) so aku tak pergi ke tempat-tempat macam tu. Aku cari tempat yang local suka makan and lepak so aku boleh rasa macam local kat situ.

4. Unless korang ada travel partner yang memang sekepala, travel sorang ni memang seronok sebab tak payah nak menjaga hati orang lain sangat. Penat? Berhenti lah rehat. Lapar? Cari lah benda nak makan. Suka tengok permandangan tu? Ambik gambar. Tak suka shopping? Skip la tempat shopping! 😂😂😂😂😂 Sebab kalau pergi beramai-ramai, and tetiba travel partner/group tu kurang sekepala memang boleh naik hantu lepas tu. Ada saja yang tak puas hati dan end up lepas tu dah tak bertegur sapa (true story).

5. Barang favourite aku sepanjang trip ni tak lain tak bukan adalah portable bidet aku. Sebab sangat menyenangkan aku untuk ke toilet. Biasanya kalau aku pi travel, aku kurang guna public toilet especially tempat yang aku tau takdak bidet/pancur air tapi dengan adanya portable bidet ni, urusan ke toilet sangat mudah 😂.

terima kasih wahai portable bidet 😂

6. Satu lagi barang aku suka adalah backpack aku. Nampak je kecik tapi aku rasa macam-macam aku sumbat dalam tu. Dengan purse, handphone, camera, wifi egg, powerbank, portable bidet, selfie stick, face mask dan windbreaker aku pun sumbat masuk dalam tu jugak. Dah macam poket Doraemon pulak aku rasa 😂😂😂. Beg ni aku beli kat Lazada. Murah tapi sangat berguna so sangat la worth it.

i love you backpack! 😍

7. It is okay to get lost and wander in that area. Memang letih sebab kena jalan banyak tapi banyak benda jugak yang kita boleh discover. Or maybe jumpa orang-orang yang baik dan boleh bantu kita kalau kita perlukan bantuan. Memang kat Seoul ni masalah komunikasi tu adalah masalah utama tapi orang dia especially yang tua-tua ni sangat baik sebab diorang banyak bantu orang, terutamanya pelancong.

8. Makanan. OMG. Aku memang suka makan. Korean food is one of my favourite, sebab tu aku suka pi Korea (dan makan makanan korea kalau kat Malaysia ni). And aku rasa gembira dapat makan almost semua makanan yang aku letak dalam wishlist aku tu. Baik makanan modern (tengah femes) or classic (original local food), semua aku suka. And aku gembira sebab buat extensive research pasal halal / muslim friendly food ni sebab banyak gila benda aku boleh try.








antara summary makanan aku kat Seoul 😂😂

9. Walaupun aku solo travel tapi ada kawan-kawan aku yang travel waktu yang sama. And since masing-masing ada agenda sendiri, this makes is even more fun sebab ada banyak benda yang kita boleh share walaupun ada tempat yang sama. Sebab masing-masing ada experience sendiri. And benda ni boleh merapatkan lagi hubungan sebab bila kita share cerita, kita tumpang gembira dengan life masing-masing. Semua orang ada point of happiness masing-masing and kita pulak kena respect apa benda yang buatkan diorang happy tu walaupun kita ada dekat tempat/ruang yang sama, or walaupun perspective kita berbeza.

10. Aku glemer sat bila aku share citer trip solo aku ni kar socmed. Orang either cakap diorang impressed ngan aku sebab berani travel sorang or diorang mintak aku share cerita aku masa kat sana. Ada yang nak booking aku bawak diorang pi jalan ke Seoul. Aku kena consider untuk bukak bisnes la kalau macam ni 😂😂😂

11. Apapun aku just nak bagitau, it is okay to travel, especially alone. Lain orang lain style, maybe ada yang tak berani/tak suka travel sorang. Go ahead and find a travel partner. It doesn't matter. Kalau suka travel, sila lah travel. You can always make more money, but can't always make more memories. Live life to the fullest. Janji kau tau apa kau nak buat and apa yang kau suka, and jangan ikut sangat kata orang. Pi experience sendiri. Kalau tak best, then whatever. Janji ada pengalaman. 😂😂

12. Mohon jangan la mesej aku tanya apa best kat satu-satu tempat tu sebab aku taktau korang punya taste macam mana. Kalau korang tanya aku soalan macam "kalau kat xxx apa yang best buat ek untuk orang yang suka xxx" then insyaAllah aku boleh tolong bagi suggestion. Ni kau jenis shopaholic tapi kau minta itinerary aku yang jenis suka masuk celah tempat2 historical untuk amik gambar pastu bising cakap trip aku boring 😅.

Akhir kata, aku dah kena gigit dengan travel bug ni so definitely aku akan pi travel lagi lepas ni. HAHAHAHA.

Okbai, thanks sebab baca sampai habis 💕



xoxo
J~


Seoul Spring Break 2019 : Day 5 (Part Two)

Woohoo dah lepas ke airside! Sekejap je kat area imigresen ngan kastam tu and semua pun laju je so yeah, boleh bersiar-siar dekat airside sementara tunggu nak berlepas pulang ke Kuala Lumpur. Flight aku kat gate 246 so aku jalan la ke sana untuk usya-usya dulu tempat tu so aku tak kalut kemudian. Oh, okay...orang tak ramai lagi pun. Maklumlah, awal lagi ni so aku pun jalan-jalan la balik kat area situ untuk tengok-tengok tempat kat situ.

Aku jalan and nampak area food court kat tingkat atas. Nak tengok jugak kot la ada benda apa yang boleh makan kan tapi bila sampai kat situ, nampak macam kurang meyakinkan je pun kedai-kedai yang ada kat situ so aku skip je lah nak tengok gerai-gerai kat situ. And berhadapan dengan food court tu ada surau ye so jangan risau kalau nak solat dulu sementara flight nak sampai.

jangan risau, ada signage untuk bagitau prayer room kat tingkat atas

Macam biasa, aku buat trip ke tandas sebab aku tau tandas kat airport ni ada bidet kan so suka la aku dok ulang pi tandas 😂😂😂😂. Tapi memang perangai aku pun akan kerap masuk toilet sebelum aku naik kenderaan so bila dah bergerak tu aku takde la tergedik-gedik rasa nak pi toilet (when the anxiety kicks in) 😂😂😂😂. 

Okay, back to gate 246. And you know what? Flight delayed. DELAYED. Supposedly flight aku pukul 4:45pm tapi delayed ke pukul 6:30pm. Aduhhhh pukul berapa nak sampai Kuala Lumpur ni? Aku kira-kira, biasanya kalau flight 4:45pm, aku akan sampai lebih kurang pukul 10:00pm lebih laa and boleh gerak ke rumah sebelum pukul 11:00pm macam tu. Tapi ni kalau dah pukul 6:30pm baru bertolak ni, memang sampai pukul 12:00pm laaa nampak gayanya. Nak kejar ERL ke Putrajaya then nak naik teksi balik rumah? Heh, no way. Not at that time. Haruslah kena balik naik Grab kannn. Tapi tu la, takut jugak sebab dah tengah malam kan. Tawakal je lah. And thank god aku dah apply cuti terus sampai hari Jumaat so esok aku boleh laaaa tido dengan seronoknya and tak payah nak fikir kalut nak bangun awal pi ofis 😂😂😂.

So nak buat apa bila flight delayed and I have about 3 hours before I depart to Kuala Lumpur? Jalan-jalan lagi. And terima kasih to Korean Air sebab bagi refreshment voucher disebabkan flight delay ni. So boleh kot pi cari kedai mana-mana untuk beli minuman.


excited nak balik tapi flight delayed pulak. nasib badan 😅


dapat KRW10,000. nak beli apa ni? 😂


jalan-jalan cuci mata


comei sangat

Aku actually menyampah gila masa nak ambik gambar kat globe ni sebab masa ni ada 3 tourists dari China dok tergedik-gedik bergambar kat sini and diorang saje dah amik masa dekat 20 minit sebab sorang-sorang dok posing ntah apa-apa sampai tak bagi peluang kat orang lain langsung. Dah tu tak hirau kat orang lain yang tengah dok tunggu turn pulak tu. Dok tergelak-gelak, tergedik-gedik kat situ sampai aku naik menyampah. Maybe diorang nampak muka aku dah macam nak cabut globe tu and baling kat diorang kot baru diorang beredar dari situ (seriously aku tak suka tourist dari China). Lepas tu ada satu family pulak nak ambil gambar. The husband sedar aku dah lama tunggu and muka aku pun dah bosan tapi aku cakap tak apa lah, since dia dengan anak-anak then aku suruh diorang ambil gambar dulu. Pastu lepas dah clear, baru aku ambil gambar globe ni. Malas lah aku nak posing kat sini sebab mood dah takde 😂😂😂😂😂.

Lepas tu aku jalan-jalan lagi and nampak kedai Line Friends and aku pun masuk la untuk cuci mata. Cuci mata? Really? HAHAHAHAHA. Aku tak percaya dengan diri aku sendiri sebab aku sempat sambar 3 batang pen - untuk aku, Daniya dan Aidan. Dan beberapa barang lagi untuk aku sendiri. And haruslah duit aku banyak jugak habis kat sini. Aku ingat aku boleh kawal saka shopping aku lepas aku shopping kat book store tadi tapi nampak gayanya saka aku macam nak menang je sebab aku dok bershopping lagi ni 😂😂.

So aku cepat-cepat keluar untuk selamatkan diri aku balik. Lagipun kat Line Friends tu agak mahal laa sebab kira tax sekali. Nasib la aku tak gila pi beli macam-macam, kalau tak memang tak balik la sebab tak cukup duit 😂😂. Okay kita bertenang kembali dan jalan-jalan balik untuk mengambil angin sementara nak tunggu pukul 6:00pm.


jalan-jalan lagi, ukur kawasan 😂😂

suka tengok benda alah ni...comel ja...dok bawak orang ikut location yang diorang cari

ambik gambar kapal terbang sementara tunggu nak boarding

Ya ampun masa ni memang dah mati kutu sebab tunggu lama sangat. Voucher tu aku memang tak guna pun sebab taktau nak beli apa kan. Aku ada jugak jalan-jalan usya Starbucks tu tapi Starbucks? Memang tak minat la kan. Tapi dok usya jugak tumbler Starbucks tu sebab depa dah start jual untuk summer punya. Tapi tu lah, fikir 2,3 kali jugak nak beli ke tak. Last-last memang tak beli lah sebab memikirkan tadi dah membeli-belah sakan kan 😂😂😂😂.

So aku memang duduk je kat seat tu sampai lah staff panggil untuk boarding. Sambil-sambil tu memang dok tengok je lah orang keliling dan berbalas mesej dengan family dan rakan-rakan.


eh ada orang pakai baju traditional pulak dok ronda kawasan 😂

Finally! It's boarding time!!! Aku pun terus la masuk ke dalam flight bersama-sama penumpang lain yang aku assume sama letih menunggu macam aku jugak ni and kitorang ambik tempat masing-masing. Aku duduk seat yang sama macam aku datang hari tu, paling last dan aisle seat. Just because 😂😂. Tapi aku rasa seat kali ni macam sempit sikit berbanding dengan seat yang masa aku naik masa nak datang hari tu sebab masa nak pakai belt tu rasa macam kena tahan nafas lebih sikit je pun hahahahaha. But still okay and I managed to sit comfortably.

Berbeza dengan flight hari tu, kali ni tak dapat slipper. Aisehmen, aku baru bercadang nak bukak kasut and pakai slipper tu saja. Maybe slipper tu untuk flight malam je kot sebab orang nak tidoq kan. Takpa la, aku bukak je la kasut aku tu and pakai stokin saja la nanti 😂😂😂.


dapat bantal, selimut dan headphone saje kali ni


leg room still okay walaupun seat sempit sikit


FA yang comel 😂😂

Oraits, ready for departure. Aku just layan perasaan ja and orang sebelah aku ni pulak dah mula tidoq so aku assume dia takkan bergerak pi ke mana-mana la dalam masa terdekat ni sebab aku macam dah letih and malas nak bergerak.

Sepanjang perjalanan ni aku tengok movie saja, since aku tak tido dalam flight kan. Masa datang hari tu aku ngantuk so malas nak tengok movie. Masa balik ni la aku layan habis movie yang menarik minat aku sementara nak sampai Kuala Lumpur.

Movie yang aku layan:
1. The Boy Who Would Be King - citer ala-ala King Arthur tapi modern version
2. The Mortal Engines - ini macam citer steampunk yang aku taktau nak rate best ke tak 😅

And oh, makanan dalam flight ni diorang hidang 2 kali - dinner and supper so macam biasa, tak sempat nak lapaq, diorang dah hidang makanan dah.


For dinner, aku dapat nasi dengan lauk ikan, tofu dan sayur (macam masak curry tapi macam manis?) and then salad kering, buah orange juice, mineral water dan bun. Nampak tak bekas kecik sebelah bun tu? Memula aku ingat strawberry jem ke apa ke and aku nak la spread kat bun tu. Sekali bukak bekas tu bau sambal 😂😂😂😂. Nasib baik aku tak makan ngan bun tu lagi. So aku makan la ngan nasik tu. Or memang itu makan dengan bun? Aku pun taktau, aku main belasah je 😂😂😂😂.


Ni pulak aku punya supper, cheese and chicken ham sandwich? Looks like it 😅. Aku tak cakap banyak, aku makan je benda yang orang jamu kat aku. Tapi bagi aku Muslim Meal kat Korean Air ni okay-okay aje lah. Takde lah super sedap but takde lah lousy gila. Janji perut aku kenyang sepanjang perjalanan, then I am a happy girl 😂😂😂😂.

In between aku dapat kacang sebungkus and ais krim satu tub kecil so memang kenyang perut suka hati la kan. Tapi FA kali ni takde lah seramah FA yang serve aku masa memula datang hari tu but still nice and friendly la. Okay la tu dari yang buat muka ketat je kan?

After 6 and a half hour, aku akhirnya sampai jugak di KLIA. Masa ni dah pukul 11 lebih dah and dengan nak transfer ke arrival hall dan ambik luggage lagi, memang makan masa jugak laa sementara nak boleh balik pun. Tunggu luggage tu yang lama jugak tu, sebab tu la aku memang tak berapa suka nak check in luggage tu. Dengan mengantuk lagi time tu, memang la aku agak cranky.

Okay, done collect luggage. Aku terus berjalan keluar dan terus book Grab nak balik ke Cyberjaya. Nasib time tu ada Grab berdekatan and tak lama la aku tunggu sementara driver nak sampai. Tapi still aku risau jugak la sebab driver laki and time tu dah pukul 12 lebih. Ada kemungkinan aku nak sampai rumah ni dalam pukul 1 lebih 😅😅.

Driver sampai and aku terus naik kereta dia. Nasib la dia jenis ramah and kurang la sikit risau aku ni. Lagipun aku tengok rating dia 5 stars so he must be okay. Kebetulan aku tak bawak Touch & Go card aku so dia bawak ikut jalan dalam lah. Jalan agak sunyi tapi sebab dia sembang rabung so aku pun sembang jugak la dengan dia 😂😂😂. Tapi sebagai langkah keselamatan, aku mmg screen shot details pasal dia and akan share dengan family and friends kalau aku nampak macam pelik-pelik sikit la 😂😂.

Tapi Alhamdulillah aku selamat sampai jugak kat Cyberjaya dan kawasan apartment aku lebih kurang dalam pukul 1:45am macam tu. Since time tu orang dah tidur so aku angkut la luggage aku pelan-pelan naik ke tingkat atas. Haih, masalah duduk rumah tingkat atas takde lif ni memang jenuh la nak angkut luggage tu 😂😂😂😂.

Finally, back home! Lega sebab dah sampai rumah but sedikit sedih sebab trip aku dah tamat. Back to reality lepas ni. Apa lagi, jom la tidoq!

Bye semua! Terima kasih sebab baca journey solo trip aku ke Seoul sampai habis. Harap korang enjoy berjalan dengan aku sambil dengar kisah aku yang tak seberapa ni. InsyaAllah nanti akan buat solo trip lagi, kalau diberi peluang.

Tunggu next entry aku buat summary pasal solo trip aku ni ya! Tata~

xoxo
J~

Friday, June 14, 2019

Seoul Spring Break 2019 : Day 5 (Part One)

Wednesday, 01/05/2019 |

Hari ni balik Malaysia! Perasaan? Haruslah bercampur-baur kan 😂😂

Pagi ni just breakfast lebihan strawberry yang beli malam tu dengan banana uuyu je. Ye lah, takkan nak tinggal je dalam bilik kan? Nanti orang cakap orang Malaysia ni pengotor and tak bertanggung jawab pulak. Jatuh reputasi wei hahahaha. Eh, baru aku sedar yang sepanjang aku duduk kat Casa Myeongdong ni, aku tak breakfast langsung kat sini walaupun disediakan. Ye lah, aku kan selalu keluar awal-awal pagi. Tak pun, aku memang dah beli bekalan siap-siap the night before sebelum balik bilik. So mana sempat breakfast kat guesthouse tu 😂

healthy breakfast 😋

Lepas breakfast, aku pun kemas barang buat kali terakhir and terus keluar dari bilik untuk check out. Ingat nak tinggal luggage dulu kat guesthouse and jalan-jalan sekitar Myeongdong sebelum berangkat ke airport tapi malasnyeeee la haih. Bukan apa, takut tershopping lagi. Nanti tak muat beg lagi 😂😂😂

Masa ni rasanya pukul 10:30am so aku terus keluar dari Casa Myeongdong and berjalan menuju ke bus stop untuk catch the airport limo. Oh, terlepas lagi bas 6015 tu 😂😂. Takpa lah, bukan kena tunggu lama pun nak pi airport ni sebab bas memang kerap ja pun. Ahjusshi yang jaga kat situ terus tanya aku nak ke mana, Incheon or Gimpo? Aku cakap Incheon. Dia tanya lagi, Terminal 1 or 2? Memula aku blur sebab dia cakap laju sangat and aku cakap la 1 pastu eh eh Terminal 2. Dia mesti ingat aku panik so dia tanya aku naik airlines mana? Aku cakap Korean Air then dia terus letak sticker Terminal 2 dekat luggage aku and bila bas sampai dia terus masukkan beg aku kat luggage compartment bawah tu. Bagus betul lah diorang ni, luggage kecik pun letak kat luggage compartment bawah tu. Tak macam masa aku mula-mula sampai tu, kena bawak naik atas sebab luggage kecik kan. Oh ya, by the way aku tak naik bas 6015 masa ni. Aku naik bas 6001 and driver dia ni sangat berhemah dan tak kerek macam driver bas yang aku naik masa mula-mula sampai tu.

And so aku ambik single seat and terus pakai seatbelt sambil tengok ke luar tingkap. Bas dah bergerak dari Myeongdong dan aku hanya mampu melambai dengan penuh rasa sedih. Okay, drama sangat 😂😂. Masa ni la aku dapat mesej dari orang ofis tanya aku kat Korea ke? Aku gelak je la, cakap dah on the way ke airport nak balik Malaysia dah pun. Aku memang tak cakap kat orang pun yang aku nak datang sini, aku just post gambar je kat IG. Itu pun aku off comment, malas la nak baca comment orang 😂😂😂 keji.  

Perjalanan ke Incheon Airport mengambil masa dalam sejam lebih and macam biasa, aku tengok je la kat luar tu, layan perasaan sorang-sorang. Masa ni dok fikir bila lagi boleh datang sini sebab aku rasa macam makin banyak je tempat yang aku nak explore. Kuala Lumpur pun aku tak rasa nak explore sampai macam ni sekali 😂😂😂😂

bye, Seoul~

ada marathon pulak pagi ni 💕

wind turbines

kalau nampak kawasan ni maknanya tak lama dah la nak sampai ke airport

Okay aku dah sampai kat Incheon Airport. Masa ni lebih kurang pukul 12:15pm macam tu aku macam biasa, aku sorang je turun dekat Terminal 2. Driver bas sangat baik, masa berhenti dekat Terminal 1, dia suruh aku tunggu dan jangan turun lagi. Maybe ahjusshi tu dah bagitau dia yang aku turun Terminal 2. Tapi overall aku rasa driver ni memang berbudi bahasa la sebab masa berhenti dekat traffic light yang agak lama, dia siap jalan satu bas untuk check penumpang and bagi announcement. Paling aku suka is dia siap bow down untuk tunjuk betapa dia berdedikasi dalam membuat kerja. Aku takde la kata driver kat Malaysia ni rude tapi ada jugak la yang aku jumpa macam tu sampai kekadang aku rasa give up la nak naik bas kat Malaysia ni 😂😂😂😂. Tapi ramai je driver kat Malaysia yang baik so no worries.

Once dah sampai dekat Departure Hall, aku terus check in luggage aku. Kali ni aku dah malas nak seret luggage aku ke sana ke sini walaupun aku bawak cabin luggage. Lesson learned, it is okay to check in even your smallest size luggage and you don't have to worry about it. Level of anxiety aku rasanya dah berkurangan lepas aku belajar untuk travel solo ni. Tapi aku still akan ada kat satu-satu tempat tu awal ye, itu dah memang perangai aku sejak dari tadika lagi so jangan dok tanya kenapa aku suka sampai awal 😂😂😂😂

Lepas check in luggage, aku turun ke kawasan Arrival Hall sebab aku nak return balik wifi ni. Lagipun aku rasa macam nak makan kat Lotteria. Kat Seoul hari tu aku tak sempat nak singgah langsung lah kat Lotteria ni padahal ini memang dalam list paling atas laa tempat makan aku nak pi 😂😂. Maybe aku dok sibuk pi terjah kedai-kedai lain kot so tak sempat nak singgah Lotteria ni. Anyway, aku macam biasa akan beli shrimp burger (set) and then tambah 2 bekas cheese sticks. Jumlah tak silap aku below KRW15,000 kot (pi buang mana ntah resit dia tu 😂😂).

yummeh~~

Aku masih tak dapat lupa rasa shrimp burger ni sejak kali pertama aku makan burger ni 3 tahun lepas. Sekali rasa memang terus jatuh cinta la. Dan cheese sticks tu memang penambah rasa, bila balik Malaysia memang selalu teringat laa sesekali masa tengah melayan perasaan nak makan makanan greasy ni 😂😂. And yang aku suka jugak dengan Lotteria ni sebab service dia cepat. Bagi aku service kat Korea ni memang kebanyakkannya cepat laa. Tak sempat nak kebulur pun, makanan dah sampai 😂😂

Lepas aku makan, aku video call makcik aku kejap nak bagitau dia yang aku dah ada dekat airport and flight aku pukul 4:45pm nanti. Lega la dia tu sebab aku dah nak balik kan? 😏😏 Selagi aku tak balik tu, dia dok risau macam tu lah 😂😂. Then aku return balik wireless wifi tu. Macam biasa, just tekan button "Return" untuk ambik number giliran then tunggu number kita naik. Process to return the device is easy and lepas tu aku lepak-lepak dekat area tu saja, malas nak masuk lagi ke Departure Hall - airside tu sebab banyak masa lagi ni.

lepak melepak amalan mulia 😂😂

pretty LED flowers 💕

banana uuyu jangan dilupa 😋

Lepas keluar dari convenience store tu aku usya kedai roti ni. Samsong Bakery/Samsong Bbang Jib. Actually masa aku jalan-jalan kat area tu aku dah usya kedai roti ni tapi teragak-agak nak beli ke tak. Tapi aku macam berkenan kat cream cheese bread tu so akhirnya aku sambar jugak la roti tu sebijik (KRW2,200), buat makan dengan banana uuyu sat lagi.

Then aku naik ke Departure Hall kat tingkat atas sebab masa ni dah dekat pukul 2:00pm so okay la kan kalau masuk ke airside tu and tunggu dalam 2 jam gitu sementara nak take off. Aku suka Terminal 2 ni sebab tenang sikit and tak serabut so okay laa nak bersiar-siar kat tempat ni pun.

Aku dah naik ke atas and lepak sekejap dekat kerusi, makan roti yang aku beli tadi tu dengan banana uuyu tu. Ohmai, sedap gila rasa nak nangis kat situ 😂😂😂 (drama sangat). Rugi aku beli sebijik saja. Kalau tau sedap macam ni memang beli 3 bijik oi.

sangat melts in your mouth, okay? 😍

Memang la time ni agak kenyang sebab baru lepas makan Lotteria tu kan tapi since aku takut makanan ngan minuman aku ni tak lepas masa aku nak ke airside nanti so aku perabih la semua ni...HAHAHAHA dasar tamak perut dinosaur 😂😂

Okay done, so aku ready dah nak ke airside. Tapi eh eh kedai buku tu seperti memanggil-manggil diriku pula. Biasanya aku takkan masuk ke kedai buku kat airport ni, especially kalau aku travel dengan orang lain tapi kali ni aku rasa macam nak masuk pulak so aku pun pi la tengok-tengok apa yang menarik dekat situ.

Comel pulak buku Le Petit Prince ni sebab memang kecik gila. Like sooooooooooo small and aku terus sambar dua. One for me and one for bestie. Also 2 keping postcard for me and bestie too because it reminds me of us in South Korea 😂😂. My bestie pun tak pernah miss beli souvenir kat aku even though we traveled together before so why not get her something kan?

Okay done shopping so aku terus nak masuk ke airside. Kalau lama-lama aku kat sini memang bankrupt aku weih sebab saka shopping aku dah mula nak menjelma 😂😂. Harap-harap aku lepas ke belah sana nanti.

Jumpa lagi in the next post!

xoxo
J~








Thursday, May 23, 2019

Seoul Spring Break 2019 : Day 4 (Part Four)

Adui lapaq ketaq dah ni. Dah pukul berapa dah ni, dengan nak makan lagi lepas tu nak pi shopping lagi. Dah tu nanti nak kemas beg pulak (benda paling malas nak buat 😂😂)

Aku cepat-cepat bersiap lepas tu keluar dari bilik, turun bawah and then lintas jalan besar nak ke the other side of Myeongdong sebab nak cari kedai makan. Malam ni aku decide nak makan kat Restoran Kampungku sebab aku teringin sangat nak makan ayam goreng dia. Lagipun aku tak dapat makan ayam goreng kat BoA guest house hari tu so hari ni harus lah makan jugak ayam goreng tu.

Lepas lintas jalan, aku terus jalan menaiki bukit sikit untuk cari restoran ni. Actually 3 tahun lepas aku dok area ni tapi lorong yang sebelah satu lagi so aku agak familiar la dengan tempat ni. By the way, jalan ni jugak boleh guna kalau nak ke Namsan Tower/Namsan Park (kalau rajin menapak la 😂).

Restoran Kampungku Myeongdong (ihsan Google)

selain dari restoran, Kampungku jugak ada Halal Mart (ihsan Google)

Masa aku sampai depan kedai ni aku tengok ramai jugak la yang dok makan kat sini (read: orang Malaysia - Melayu) and as usual, harus lah tak bertegur sapa apatah lagi nak senyum 😂. Takpa, aku mai nak makan ja, bukan nak buat kawan baru. Adik yang keja kat restoran ni memula suruh aku tunggu sebab tempat duduk dah penuh tapi lepas tu dia tanya aku okay tak kalau dok kat meja yang panjang tu (ala-ala kedai sushi kalau makan sorang-sorang tu). Aku tak kisah la sebab aku lapaq gila time ni so aku pun masuk la dan ambik tempat duduk aku. Okay la, dekat dengan sinki so senang la aku nak basuh tangan satgi. Sebelah aku ada sorang perempuan yang datang dengan kawan lelaki dia. Dari gaya sembang ni memang habis KPop lah. Dok kedai melayu pun kau nak cakap Korea dah kenapa? 😅

Aku terus order makanan aku - nasik putih dengan ayam goreng yangnyeom (sebab memang aku nak makan ayam goreng kan) and aku tak order minuman, just air kosong je. Perempuan kat sebelah aku ni tegur la aku (ayat-ayat biasa bila jumpa orang datang bercuti) and dia cerita laa dia punya percutian kali ni. Pergi main salji la apa la, siap tunjuk gambar and aku layan kan aje lah. Best jugak tengok orang main salji ni tapi aku jenis tak minat (buat masa sekarang ni 😂). Lepas tu dia cakap dia dah nak balik esok, naik flight MAS pukul 11:00am so takut kalut nak kena gerak awal. Dia mesti bajet aku naik AA je kan datang sini? 😂😂😂😂

Lepas tu makanan aku dah sampai and aku pun macam wow lah. Banyak kot ayam dia, dalam 7 ketul macam tu. Jenuh wei nak perabih sorang-sorang tapi what the heck kan? 😂😂😂 Yang perempuan sebelah aku tu punnn dah nampak ayam aku tu, dia pun cakap kat kawan dia nak order jugak padahal makanan diorang belum habis. Bila ayam tu dah sampai, tak boleh nak makan dah sebab kenyang. Dahhh kena bungkus 😏😏

uiii aroii~~ 💗

And so bila sebelah aku dah kosong, aku pun makan la dengan penuh gembira. Nikmatnya la haih makan ayam goreng ni. Menyesal pulak tak datang awal-awal kedai ni. Kalau tak, boleh repeat 2-3 kali makan kat sini 😂😂😂 Aku doakan agar bisnes dia ni sentiasa maju so bila aku datang balik ke Seoul, aku dapat makan kat sini lagi.

Masa aku tengah makan, ada sorang perempuan baru datang dan duduk sebelah aku. Dia pun solo traveller macam aku and kitorang pun mula la bersembang tanya hal-hal berkaitan dengan travel solo ni. Dia ni dari Klang and first time datang ke Korea. Dia datang nak melawat Seoul dan Jeju. Masa kitorang sembang ni, hari last dia dekat Seoul sebab esok nya dia dah nak bertolak ke Jeju. Aku pun bagi lah cadangan tempat dan tips kalau bercuti kat Jeju ni, kalau dia berminat nak pi lah nanti 😂. And kitorang exchange number phone. Tak tau lah kalau lepas ni kitorang akan keep in touch ke tak.

Lepas makan, aku pun terus bayar dan beredar menuju ke Myeongdong shopping street untuk memulakan aktiviti membeli souvenir untuk family aku. Aku masuk kedai Artbox sebab aku suka barang kat situ. Alat tulis dia comel belaka. Aku sambaq la kotak pensel untuk anak sedara lelaki aku (dan untuk diri sendiri jugeee). Lepas tu anak sedara perempuan aku pulak pesan barang yang ada Jungkook BTS 😑😑 so sebagai makcik yang penyayang, aku pun gigih cari walaupun aku tak suka nak cari barang-barang berunsurkan KPop ni 😂😂. Aku beli kat dia tumbler ada gambar Jungkook BTS tu. Dah settle beli barang kat dua ketoi tu, aku pun cari barang untuk makcik dan kakak aku pulak. Aku beli brooch je kat diorang and untuk abang dan cousin lelaki aku tu aku beli t-shirt saja. HAHAHAHAHA nampak dak aku ni jenis tak suka shopping. Beli pun entah apa-apa je kat orang. 😂😂😂😂 Malang sapa jadi laki aku sebab aku tak reti/suka shopping hadiah 😜

Artbox Myeongdong

Masa aku tengah sibuk jalan ni aku dapat whatsapp message dari budak perempuan yang aku jumpa kat restoran tadi. Dia kata cashier salah kira harga makanan kitorang and diorang charge aku lebih sebab tertukar dengan makanan dia (aku bayar extra KRW4,000) and dia mintak account number aku untuk transfer balik duit kat aku. Aku ni malas la nak renyah-renyah ni so aku halal kan je lah duit tu. Lagipun dia nak ke Jeju kan, so aku sedekah je lah 😂😂😂.

Lepas habis shopping, aku pun terus balik bilik dan start kemas beg. Huih, beg aku macam dah tak muat ni. Cemana ni? 😅😅 Memang aku sumbat sungguh-sungguh la nak bagi muat jugak. Aku tak dak extra luggage and aku definitely takmau beli luggage baru. Duit pun dah susut ni so haruslah fikir alternatif lain untuk bagi muat jugak beg aku ni. And Alhamdulillah, berjaya susun bagi muat-muat. Pastu fikir pulak cemana nak angkut beg ni nanti. Kompem berat dah bertambah 😂😂😂.

Esok kita fikir balik benda ni, sekarang ni aku nak tidur dulu. Karang esok tak terjaga pulak, naya ja 😂😂. Nite nite, y'all!

P/S: Ada beberapa kedai deco/alat tulis/lifestyle yang aku suka terjah kalau datang Seoul ni:
1. Artbox
2. Line Friends
3. Butter
4. Daiso
Sebab comel sangat barang-barang dia
😁

xoxo
J~

Wednesday, May 22, 2019

Seoul Spring Break 2019 : Day 4 (Part Three)

Ehhey, berjaya lintas jalan yang sesak tu! 😂😂

Dari Bukchon Hanok Village nak ke simpang jalan/Anguk Station tu ada la lebih kurang dalam 10 minit macam tu and lepas lintas jalan besar tu nak kena jalan lagi ke Ikseon-dong, lebih kurang 10-15 minit macam tu (ikut style jalan la). Kalau fikir-fikir balik ni memang datang Seoul kali ni, aku jalan sungguh lah. Sebab datang sorang, so memang la okay je kalau jalan jauh-jauh ni and tak payah fikir perasaan orang lain 😂. Aku masih lagi cuba untuk memahami diri aku sendiri kenapa aku tak boleh jalan jauh-jauh kalau dengan orang lain. Mungkin kalau aku penat lepas tu orang lain tak boleh ikut pace aku, aku nak menyebai kot? Or sebab aku kena paksa diri aku jaga hati orang lain and aku pendam rasa letih/marah aku sampai la aku tak boleh tahan so aku akan jadi grumpy?😅😅

Anyway, lepas aku lintas jalan and jumpa Anguk Station exit 4 tu aku nampak Unhyeonggung yang aku lalu masa aku dari Ikseon-dong ke Insa-dong semalam tu. Hari ni istana ni bukak so aku pun rasa nak detour sekejap sebelum aku pi ke Ikseon-dong. And since Unhyeonggung ni free je admission dia, why not aku masuk sekejap kan? Nak tengok jugak apa yang ada dekat sini.


tembok luar Unhyeonggung

entrance Unhyeonggung

peta Unhyeonggung

Actually Unhyeonggung ni bukan lah istana rasmi, tapi lebih kepada private residence keluarga diraja di zaman Dinasti Joseon  sebab tu saiz dia kecik dari istana-istana utama. Nampak macam tak ambik masa lama untuk round satu tempat ni so jom masuk!

dari entrance akan nampak courtyard ni

lepas masuk akan nampak bangunan ni dari belah kanan. guard's quarters katanya. 

courtyard

belakang tu entrance istana ni

one of the buildings

posing dulu! 😂😂

posing lagi! 😂😂

boleh pilih nak masuk tengok kawasan mana dulu

kaknur pilih ke Noan-dang dulu

Okay dah masuk ke dalam kawasan residence ni. Tempat dia luas jugak la bagi kawasan istana yang kecik and banyak jugak tempat yang boleh explore kat sini. Aku suka sebab dia bangunan lama tapi berlatarbelakangkan bangunan moden jugak. It's the best of both world, gittew~ 😂😂

Noan-dang Hall. nak bergosip pun boleh kat sini 😂😂

belakang tu southern section roofed corridor nak ke Norak-dang Hall

happy face 😝

macam tetiba duduk dalam dua zaman berbeza 😂

Noan-dang Hall

Noan-dang Hall dari belakang

Moving on, entah mana celah aku masuk and jumpa tempat untuk duduk dan rehatkan kaki yang sangat lenguh sebab hari ni memang berjalan sungguh lah. Sambil tu dok melayan perasaan sorang-sorang. Park Jung Min ni tak mau mai jumpak kaknur ka? Penat oi mai sini 😂😂😂😂

portal to another realm 😂

sepi

mana pi habih semua orang ni? 😅

wajib posing dulu. kaki sakit gila time ni 😂😂

jalan belakang Norak-dang Hall

gigih laaa aku pi kutip dandelion ni kat atas tembok tu 😂😂

acah-acah Goblin sangat aih 😂😂

Lepas dah gembira tiup dandelion yang entah berapa banyak aku kutip kat atas tembok tu (gigih), so aku gerak la ke Iro-dang Hall. Actually aku jalan kat luar bangunan ja, tak masuk tengok dalam tu ada apa pun. So tak berapa nak belajar sangat la sejarah untuk hari ni 😂.

💗

agak-agak dulu ada orang kena campak masuk dalam telaga tu tak? just curious 😂

hello from Iro-dang Hall 😍

Keluar dari gerbang kecik Iro-dang Hall tu (mind you, sini memang banyak tempat/jalan yang lowered so kena jaga-jaga sikit kepala tu 😁), terus nampak bunga cantik so apa lagi...aku memang terus ambik gambar laa sebab nak share dengan makcik aku. Mesti dia syiok kalau tengok bunga macam ni 😂😂

bunga cantik luar Norak-dang Hall

💗

nak jugak selfie dengan bunga 😂😂

entrance to Norak-dang Hall

haruslah posing jugak kat sini

Bilamana dah sampai dekat area Norak-dang Hall ni maka tour istana ni pun dah sampai ke penghujung lah sebab akan bertemu balik dengan pintu nak keluar masuk ke courtyard dan entrance istana ni. So aku habiskan aktiviti dengan bergambar lagi buat kali terakhir 😂.

look at those flowers 😍

dah nak keluar ke area courtyard and entrance istana

Lepas keluar dari pintu tu, aku pun duduk la melepak dekat kawasan yang diorang sediakan untuk berehat (orang Kedah panggil pangkin, hangpa panggil apa? 😂) kat area pintu masuk ke Noan-dang Hall tadi tu sebelum aku bergerak ke Ikseon-dong. (Ish laaa, macam jauh sangat nak ke Ikseon-dong tu...dari tadi tak habis bercerita pasal Ikseon-dong 😂😂😂)

Masa ni aku dok buat aktiviti people watching sambil urut kaki aku. Best jugak people watching ni sebab boleh tengok perangai masing-masing. Ada a few female solo travellers yang datang sini waktu ni and kitorang senyum-senyum saja la (kod mesra untuk solo travellers 😁) and then aku tengok akak Korea ni bawak anak dengan mak dia datang melepak kat sini jugak and diorang duduk dekat dengan aku. Aku pun senyum la dekat diorang and dok main cak-cak dengan anak dia. Baby lagi, so comel la kan 😂😂. Ahjumma tu tengok aku dok main-main dengan cucu dia so dia gelak kat aku tapi dia takde lah sembang dengan aku or tanya aku apa-apa soalan pun. Lepas tu dia keluarkan bekas makanan dia and hulur kat aku sikit. Aku tengok lah makanan tu, dia bawak rice cake (tteok) and aku macam terkejut laa sebab dia boleh pelawa aku untuk makan sekali. Biasanya orang buat tak kisah ja dengan aku 😂. Being Malay, aku pun buat-buat la tolak pelawaan dia. Berbasa-basi orang kata (betul ke term ni?😅). Tapi dia insist jugak suruh aku ambik dan makan, maybe dia confident aku boleh makan tteok tu sebab tengok aku pakai tudung, and apa sangat la ingredient tteok ni kan? Bukan ada daging pun 😂. Aku pun mula la sembang buat-buat tanya benda apa tu (walaupun aku dah tau benda apa, saja nak buat ramah la kata kannn 😂😂) and ahjumma tu explain ni tteok, kuih beras and suruh aku try makan. Untuk tak mengecilkan hati ahjumma, aku pun ambik seketul dari bekas dia tu dan cakap terima kasih (Nota: semua perbualan adalah dalam bahasa Korea). Lagipun, itu sunnah Rasulullah untuk kita menerima pemberian orang, especially makanan. Rezeki jangan ditolak okeh 😁. 

makan tteok sambil ambik angin 😋

ahjumma baju putih tu yang bagi tteok ni. kamsahamnida, ahjumma 💗

Dah settle makan, aku pun keluar dari Unhyeonggung dan menuju ke Ikseon-dong (finally!). Aku ikut gerak hati aku saja nak jalan ke tempat ni, berdasarkan ingatan aku yang lalu kat kawasan ni semalam. Alhamdulillah sampai jugak. Memandangkan hari dah petang, orang memang ramai la kat kawasan ni. Dan tempat ni agak sempit so memang kena bersesak sikit lah. Tapi kat Seoul, nak bersesak pun takpa sebab tak risau kena pickpocket ke apa ke but still kena berhati-hati lah ye. Sampai saja dekat area ni, aku terus ke Tteuran (sebab memang tujuan utama nak mai minum kat sini pun kan) tapi waktu ni Tteuran full house. Ada la satu tempat kosong tapi kena duduk bersila. Well, according to my sakit kaki (and personality), rasa aku nak bersila ke? HAHAHAHA memang tak la. So aku cakap kat owner kedai tu aku akan datang kemudian bila dah kosong sikit. In the mean time, aku jalan-jalan dulu kat sekitar kawasan ni nak tengok apa yang menarik ada kat sini.

small alley between hanoks

antara spot favourite untuk bergambar

kata ada dalam drama Where Stars Land tapi yang mana ek?

juga spot menarik untuk bergambar 😂

Madang Flower Cafe

Madang Flower Cafe yang comel

Madang Flower Cafe pun ada jual bunga 💗

kitties at random cafe

nak posing jugak 😂

Dekat sejam jugak la merayap kawasan ni before aku return to Tteuran. Tapi aku tak masuk lagi la dalam tea house tu sebab nampak macam ramai orang lagi so aku tunggu je lah depan kedai tu sambil tengok-tengok diorang dok promote handphone Samsung model baru. Maybe sebab diorang ingat aku ni bukan local dan tak boleh cakap Korean so diorang takde la promote kat aku or panggil aku masuk untuk tengok-tengok dalam tempat tu 😂. 

Tteuran exterior. opposite tea house ni ada galeri promote Samsung baru

Tapi macam lama sangat aku tunggu kat luar tea house ni, takkan laa takdak orang keluar langsung kot? Lama gila depa lepak kat sini 😅. So aku decide untuk masuk dalam tea house tu. Oh, dah ada banyak tempat kosong rupanya 😂😂 so aku terus ambik tempat duduk dekat satu corner, sesuai la untuk aku yang datang sorang ni. Owner tu bagi menu dekat aku and aku belek-belek, fikir nak minum apa. Takkan jujube tea lagi kot? 😅😅 Then aku decide untuk pilih omija tea (KRW6,000) dan korean traditional snack (KRW6,000). Aku order a set of traditional snack - walnut coated with honey, yugwa (rice puff) dan yakgwa (deep fried honey cookies). Sini takdak free snacks macam kat Moonbird aku pi semalam tu so kena la order kalau nak makan kan 😂. 

Sambil-sambil tunggu tu aku tengok la keliling tea house tu. Kedai dia tak besar sangat la and tak boleh accommodate ramai orang dalam satu-satu masa tapi besar sikit dari Moonbird. And kalau kaki aku tak sakit, memang la aku akan pilih untuk duduk bersila sambil menikmati pemandangan luar yang cantik tu. Sebab kaki aku sakit and aku malas nak bersila, so aku pilih la untuk duduk di atas kerusi. Takpa, Jimah...next time kan adaaaa 😋😋😋.

warm and cozy 💗

omija tea with snacks (walnut, yugwa and yakgwa)

menikmati minuman petang 😋

Kat Tteuran ni aku rasa environment dia tak intimate macam dekat Moonbird but still cozy lah and makanan dan minuman pun sedap jugak. Tapi aku definitely akan datang lagi ke tea house kalau aku datang ke Seoul nanti.

Lepas selesai minum petang, aku pun keluar dari tea house ni dan jalan to the other side of the building. Patut la orang suka duduk bersila dekat area sini sebab view dia memang cantik lah. Sejuk mata memandang.

Tteuran exterior - garden view

bye, Tteuran. see you next time!

bye, Ikseon-dong. I'll be back!

Maka dengan ini masa aku dekat Ikseon-dong pun dah berakhir dan aku nak bergerak pulang ke Myeongdong untuk berehat sambil-sambil mengemas barang dan last minute shopping. Maklum lah, esok dah nak balik Malaysia 😢. 

Eh, barang-barang untuk anak-anak sedara aku yang dua ketoi tu belum cari lah, jom lah balik! 😂😂

xoxo
J~









Updates!

 Hi, lama giler tak update blog ni...like seriously, lama giler HAHAHAHA So far apa yang menarik? Nothing much since COVID is still around.....