Tuesday, January 28, 2020

Netflix & Chill ?

Hello~

Okay, 4 hari cuti sempena CNY hari tu aku dok ber"Netflix & Chill" saja laaa...maklumla cuti panjang. Tapi chill sorang-sorang je laaa, takde teman nak chill bersama lagi 😂😂😂

Kira sepanjang 4 hari tu aku sempat habis layan Chilling Adventure of Sabrina (CAoS) sampai habis season 3. Gigih gila tengok berpuluh episod tu dalam masa 4 hari, memang takdak life langsung 😂😂 Memula taknak tengok langsung cerita ni sebab terfikir why lah nak kena buat dark version of Sabrina the Teenage Witch yang aku suka tengok masa muda dulu tapi bila layan, macam best pulak cerita ni so layan la sampai habis. Eh ada dak season 4 ek nanti?

Anyway, lepas tamat CAoS tu aku terfikir nak tengok cerita apa pulak lepas tu. The Witcher? Sex Education? Shadow Hunters? Ghost Bride lambat lagi nak ada full series.

Tetiba nampak Outlander. Sebenarnya tau lama dah pasal cerita ni tapi sebab masa tu tak subscribe Netflix lagi so tak dak la dalam list nak tengok pun. CAoS pun tengok lepas subscribe Netflix ni. Haih bahaya betoi Netflix ni...buat aku tak berenti layan tv series/movies ni. Teringat pulak masa zaman gila layan Supernatural dulu 😂😂😂

Outlander ni cerita tentang seorang perempuan British yang bekerja sebagai nurse travel balik ke 18th century masa Scotland tengah perang dengan Britain. Dia duduk dengan geng Scottish dan faham cerita sebenar disebalik peperangan dan kehidupan waktu tu.

I came across this drama series masa tengah buat research pasal Scotland and its history, which I think is fascinating. Sedih, tapi fascinating. Tambah pulak tempat-tempat kat sana super lawa walaupun menyimpan seribu kenangan duka.

Well, so excited to finish catching up with Outlander while continuing my research pasal Scotland. Wheeee~~



xoxo
J~

Thursday, January 2, 2020

We're In The Year 2020, Baby~!

Happy New Yearrrr!!!

Dah masuk tahun 2020 dah. A new decade, a new era. Bila cakap pasal 2020 ni automatik teringat Wawasan 2020 yang selalu dilaungkan sejak kecil dulu (sambil menyanyi lagu Wawasan 2020). Pembangunan moden dan pesat with lots of skyscrapers and futuristic buildings, great facilities and not to mention, kereta terbang. Yang lain tu nampak macam dah ada tapi kereta terbang tu belum nampak bayang lagi. HAHAHAHA. takpa lah, mana yang ada dulu lah.

Tahun ni jugak aku akan beranjak ke usia 36 tahun. Dah 36 tahun wei. Apa yang aku dah capai so far? Macam tak banyak je yang boleh dibanggakan. Dulu masa kat sekolah, teringat lagi time tu darjah 5 (tahun 1995), dok sembang ngan kawan sebelah kat dalam kelas time rehat.

"Apa jadi ek kat kita nanti tahun 2020?"
"Dah umur 36 kan tahun tu, mesti dah ada kerja hebat, dah kawin dan ada anak"

HAHAHAHAHA

Time tu, benda yang fikir adalah kerja, duit dan family. As if kalau ada semua benda tu, lengkaplah kehidupan kita. Most people akan setuju dengan benda ni and akan kejar untuk ada semua ni jugak, no matter what.

Aku jugak macam tu dulu - nak kawin, nak ada family, nak kerja hebat, nak kaya dan hidup senang. Tu masa aku muda, sampai lah aku masuk umur 30-an. Dah masuk umur 3 dekad ni, aku dah tak fikir semua tu dah. Bagi aku, mungkin rezeki aku kat benda lain. Or maybe lambat lagi. Or whatever. So aku fokus saja kat benda lain yang boleh buat aku rasa happy waktu ni.

Aku pilih untuk fokus dekat benda yang related dengan travel. Sungguh gaji aku tak banyak and aku tak boleh travel kerap macam orang lain. Tapi aku study pasal tempat-tempat yang menarik minat aku dan buat plan pasal tempat-tempat tu, walaupun aku taktau lagi bila aku boleh pi tempat-tempat tu. And aku belajar pasal budaya orang dekat tempat tu, so bila aku sampai kat sana takde lah aku jadi gelabah bewak atau culture shocked sampai nak kena maki hamun penduduk kat negara tu sebab budaya dan pemahaman dia tak sama dengan aku yang membesar kat Malaysia ni 😂😂😂

And aku pilih untuk spend masa dengan family dan kawan-kawan. Aku sedar, ada kawan-kawan yang berubah lepas berkahwin sebab priority diorang dah berubah. Tapi aku juga sedar yang ada kawan-kawan yang masih menghargai kawan-kawan diorang dan tak tinggal kawan walaupun dah berkahwin dan beranak-pinak. Bukan kata nak suruh utamakan kita semata-mata tapi cukuplah sekadar tak tinggal kawan bila dah jumpa kehidupan baru. Aku pun harap aku tak jadi macam tu nanti. InsyaAllah.

"Rasa apa lagi ek ada nanti bila dah sampai tahun 2020 tu?"
"Entah la...tapi tak sabaq nak tengok kereta terbang tu wei nanti"

Simpan saja lah impian tu buat masa sekarang. Aku tengok pun macam tak semenggah ja negaraku tercinta waktu ni. Entah lah nak cakap macam mana. Malas dah pun. 😂😂😂

Tapi syukur Malaysia masih aman.

So apa azam untuk tahun 2020 ni? Takde kot. Cuma nak simpan duit untuk pi bercuti hujung tahun ni. Semoga berjaya dan dapat mencapai cita-cita nak pi Scotland tahun ni. InsyaAllah tahun depan kalau murah rezeki kita gi Umrah pulak ye 💖

Enough lah with this new year, new me thing. I'm still the same messy old me. Have a great year dan marilah menempuhi bulan Januari yang sangat panjaaaaaaaaaaaang ni 😂😂😂😂



xoxo
J~

Updates!

 Hi, lama giler tak update blog ni...like seriously, lama giler HAHAHAHA So far apa yang menarik? Nothing much since COVID is still around.....