Wednesday, May 22, 2019

Seoul Spring Break 2019 : Day 4 (Part Three)

Ehhey, berjaya lintas jalan yang sesak tu! 😂😂

Dari Bukchon Hanok Village nak ke simpang jalan/Anguk Station tu ada la lebih kurang dalam 10 minit macam tu and lepas lintas jalan besar tu nak kena jalan lagi ke Ikseon-dong, lebih kurang 10-15 minit macam tu (ikut style jalan la). Kalau fikir-fikir balik ni memang datang Seoul kali ni, aku jalan sungguh lah. Sebab datang sorang, so memang la okay je kalau jalan jauh-jauh ni and tak payah fikir perasaan orang lain 😂. Aku masih lagi cuba untuk memahami diri aku sendiri kenapa aku tak boleh jalan jauh-jauh kalau dengan orang lain. Mungkin kalau aku penat lepas tu orang lain tak boleh ikut pace aku, aku nak menyebai kot? Or sebab aku kena paksa diri aku jaga hati orang lain and aku pendam rasa letih/marah aku sampai la aku tak boleh tahan so aku akan jadi grumpy?😅😅

Anyway, lepas aku lintas jalan and jumpa Anguk Station exit 4 tu aku nampak Unhyeonggung yang aku lalu masa aku dari Ikseon-dong ke Insa-dong semalam tu. Hari ni istana ni bukak so aku pun rasa nak detour sekejap sebelum aku pi ke Ikseon-dong. And since Unhyeonggung ni free je admission dia, why not aku masuk sekejap kan? Nak tengok jugak apa yang ada dekat sini.


tembok luar Unhyeonggung

entrance Unhyeonggung

peta Unhyeonggung

Actually Unhyeonggung ni bukan lah istana rasmi, tapi lebih kepada private residence keluarga diraja di zaman Dinasti Joseon  sebab tu saiz dia kecik dari istana-istana utama. Nampak macam tak ambik masa lama untuk round satu tempat ni so jom masuk!

dari entrance akan nampak courtyard ni

lepas masuk akan nampak bangunan ni dari belah kanan. guard's quarters katanya. 

courtyard

belakang tu entrance istana ni

one of the buildings

posing dulu! 😂😂

posing lagi! 😂😂

boleh pilih nak masuk tengok kawasan mana dulu

kaknur pilih ke Noan-dang dulu

Okay dah masuk ke dalam kawasan residence ni. Tempat dia luas jugak la bagi kawasan istana yang kecik and banyak jugak tempat yang boleh explore kat sini. Aku suka sebab dia bangunan lama tapi berlatarbelakangkan bangunan moden jugak. It's the best of both world, gittew~ 😂😂

Noan-dang Hall. nak bergosip pun boleh kat sini 😂😂

belakang tu southern section roofed corridor nak ke Norak-dang Hall

happy face 😝

macam tetiba duduk dalam dua zaman berbeza 😂

Noan-dang Hall

Noan-dang Hall dari belakang

Moving on, entah mana celah aku masuk and jumpa tempat untuk duduk dan rehatkan kaki yang sangat lenguh sebab hari ni memang berjalan sungguh lah. Sambil tu dok melayan perasaan sorang-sorang. Park Jung Min ni tak mau mai jumpak kaknur ka? Penat oi mai sini 😂😂😂😂

portal to another realm 😂

sepi

mana pi habih semua orang ni? 😅

wajib posing dulu. kaki sakit gila time ni 😂😂

jalan belakang Norak-dang Hall

gigih laaa aku pi kutip dandelion ni kat atas tembok tu 😂😂

acah-acah Goblin sangat aih 😂😂

Lepas dah gembira tiup dandelion yang entah berapa banyak aku kutip kat atas tembok tu (gigih), so aku gerak la ke Iro-dang Hall. Actually aku jalan kat luar bangunan ja, tak masuk tengok dalam tu ada apa pun. So tak berapa nak belajar sangat la sejarah untuk hari ni 😂.

💗

agak-agak dulu ada orang kena campak masuk dalam telaga tu tak? just curious 😂

hello from Iro-dang Hall 😍

Keluar dari gerbang kecik Iro-dang Hall tu (mind you, sini memang banyak tempat/jalan yang lowered so kena jaga-jaga sikit kepala tu 😁), terus nampak bunga cantik so apa lagi...aku memang terus ambik gambar laa sebab nak share dengan makcik aku. Mesti dia syiok kalau tengok bunga macam ni 😂😂

bunga cantik luar Norak-dang Hall

💗

nak jugak selfie dengan bunga 😂😂

entrance to Norak-dang Hall

haruslah posing jugak kat sini

Bilamana dah sampai dekat area Norak-dang Hall ni maka tour istana ni pun dah sampai ke penghujung lah sebab akan bertemu balik dengan pintu nak keluar masuk ke courtyard dan entrance istana ni. So aku habiskan aktiviti dengan bergambar lagi buat kali terakhir 😂.

look at those flowers 😍

dah nak keluar ke area courtyard and entrance istana

Lepas keluar dari pintu tu, aku pun duduk la melepak dekat kawasan yang diorang sediakan untuk berehat (orang Kedah panggil pangkin, hangpa panggil apa? 😂) kat area pintu masuk ke Noan-dang Hall tadi tu sebelum aku bergerak ke Ikseon-dong. (Ish laaa, macam jauh sangat nak ke Ikseon-dong tu...dari tadi tak habis bercerita pasal Ikseon-dong 😂😂😂)

Masa ni aku dok buat aktiviti people watching sambil urut kaki aku. Best jugak people watching ni sebab boleh tengok perangai masing-masing. Ada a few female solo travellers yang datang sini waktu ni and kitorang senyum-senyum saja la (kod mesra untuk solo travellers 😁) and then aku tengok akak Korea ni bawak anak dengan mak dia datang melepak kat sini jugak and diorang duduk dekat dengan aku. Aku pun senyum la dekat diorang and dok main cak-cak dengan anak dia. Baby lagi, so comel la kan 😂😂. Ahjumma tu tengok aku dok main-main dengan cucu dia so dia gelak kat aku tapi dia takde lah sembang dengan aku or tanya aku apa-apa soalan pun. Lepas tu dia keluarkan bekas makanan dia and hulur kat aku sikit. Aku tengok lah makanan tu, dia bawak rice cake (tteok) and aku macam terkejut laa sebab dia boleh pelawa aku untuk makan sekali. Biasanya orang buat tak kisah ja dengan aku 😂. Being Malay, aku pun buat-buat la tolak pelawaan dia. Berbasa-basi orang kata (betul ke term ni?😅). Tapi dia insist jugak suruh aku ambik dan makan, maybe dia confident aku boleh makan tteok tu sebab tengok aku pakai tudung, and apa sangat la ingredient tteok ni kan? Bukan ada daging pun 😂. Aku pun mula la sembang buat-buat tanya benda apa tu (walaupun aku dah tau benda apa, saja nak buat ramah la kata kannn 😂😂) and ahjumma tu explain ni tteok, kuih beras and suruh aku try makan. Untuk tak mengecilkan hati ahjumma, aku pun ambik seketul dari bekas dia tu dan cakap terima kasih (Nota: semua perbualan adalah dalam bahasa Korea). Lagipun, itu sunnah Rasulullah untuk kita menerima pemberian orang, especially makanan. Rezeki jangan ditolak okeh 😁. 

makan tteok sambil ambik angin 😋

ahjumma baju putih tu yang bagi tteok ni. kamsahamnida, ahjumma 💗

Dah settle makan, aku pun keluar dari Unhyeonggung dan menuju ke Ikseon-dong (finally!). Aku ikut gerak hati aku saja nak jalan ke tempat ni, berdasarkan ingatan aku yang lalu kat kawasan ni semalam. Alhamdulillah sampai jugak. Memandangkan hari dah petang, orang memang ramai la kat kawasan ni. Dan tempat ni agak sempit so memang kena bersesak sikit lah. Tapi kat Seoul, nak bersesak pun takpa sebab tak risau kena pickpocket ke apa ke but still kena berhati-hati lah ye. Sampai saja dekat area ni, aku terus ke Tteuran (sebab memang tujuan utama nak mai minum kat sini pun kan) tapi waktu ni Tteuran full house. Ada la satu tempat kosong tapi kena duduk bersila. Well, according to my sakit kaki (and personality), rasa aku nak bersila ke? HAHAHAHA memang tak la. So aku cakap kat owner kedai tu aku akan datang kemudian bila dah kosong sikit. In the mean time, aku jalan-jalan dulu kat sekitar kawasan ni nak tengok apa yang menarik ada kat sini.

small alley between hanoks

antara spot favourite untuk bergambar

kata ada dalam drama Where Stars Land tapi yang mana ek?

juga spot menarik untuk bergambar 😂

Madang Flower Cafe

Madang Flower Cafe yang comel

Madang Flower Cafe pun ada jual bunga 💗

kitties at random cafe

nak posing jugak 😂

Dekat sejam jugak la merayap kawasan ni before aku return to Tteuran. Tapi aku tak masuk lagi la dalam tea house tu sebab nampak macam ramai orang lagi so aku tunggu je lah depan kedai tu sambil tengok-tengok diorang dok promote handphone Samsung model baru. Maybe sebab diorang ingat aku ni bukan local dan tak boleh cakap Korean so diorang takde la promote kat aku or panggil aku masuk untuk tengok-tengok dalam tempat tu 😂. 

Tteuran exterior. opposite tea house ni ada galeri promote Samsung baru

Tapi macam lama sangat aku tunggu kat luar tea house ni, takkan laa takdak orang keluar langsung kot? Lama gila depa lepak kat sini 😅. So aku decide untuk masuk dalam tea house tu. Oh, dah ada banyak tempat kosong rupanya 😂😂 so aku terus ambik tempat duduk dekat satu corner, sesuai la untuk aku yang datang sorang ni. Owner tu bagi menu dekat aku and aku belek-belek, fikir nak minum apa. Takkan jujube tea lagi kot? 😅😅 Then aku decide untuk pilih omija tea (KRW6,000) dan korean traditional snack (KRW6,000). Aku order a set of traditional snack - walnut coated with honey, yugwa (rice puff) dan yakgwa (deep fried honey cookies). Sini takdak free snacks macam kat Moonbird aku pi semalam tu so kena la order kalau nak makan kan 😂. 

Sambil-sambil tunggu tu aku tengok la keliling tea house tu. Kedai dia tak besar sangat la and tak boleh accommodate ramai orang dalam satu-satu masa tapi besar sikit dari Moonbird. And kalau kaki aku tak sakit, memang la aku akan pilih untuk duduk bersila sambil menikmati pemandangan luar yang cantik tu. Sebab kaki aku sakit and aku malas nak bersila, so aku pilih la untuk duduk di atas kerusi. Takpa, Jimah...next time kan adaaaa 😋😋😋.

warm and cozy 💗

omija tea with snacks (walnut, yugwa and yakgwa)

menikmati minuman petang 😋

Kat Tteuran ni aku rasa environment dia tak intimate macam dekat Moonbird but still cozy lah and makanan dan minuman pun sedap jugak. Tapi aku definitely akan datang lagi ke tea house kalau aku datang ke Seoul nanti.

Lepas selesai minum petang, aku pun keluar dari tea house ni dan jalan to the other side of the building. Patut la orang suka duduk bersila dekat area sini sebab view dia memang cantik lah. Sejuk mata memandang.

Tteuran exterior - garden view

bye, Tteuran. see you next time!

bye, Ikseon-dong. I'll be back!

Maka dengan ini masa aku dekat Ikseon-dong pun dah berakhir dan aku nak bergerak pulang ke Myeongdong untuk berehat sambil-sambil mengemas barang dan last minute shopping. Maklum lah, esok dah nak balik Malaysia 😢. 

Eh, barang-barang untuk anak-anak sedara aku yang dua ketoi tu belum cari lah, jom lah balik! 😂😂

xoxo
J~









No comments:

Post a Comment

Updates!

 Hi, lama giler tak update blog ni...like seriously, lama giler HAHAHAHA So far apa yang menarik? Nothing much since COVID is still around.....