Monday, May 6, 2019

Seoul Spring Break 2019 : Day 0

| Friday, 26/04/2019 |

Oh hey, pejam celik pejam celik dah sampai dah masa nak bertolak pi Seoul. Aku buat preparation untuk travel ni ada la lebih kurang dalam 3-4 bulan jugak and sepanjang 3-4 bulan tu jugak dok rasa semak perut sebab selagi tak settle, selagi tu lah rasa cemas. haha poyo.

Maaf, entry aku memang panjang and mungkin bosan sebab gambar tak banyak. Masa ni aku pemalu sikit nak selfie kerap-kerap sorang-sorang 😂😂😂

So hari Jumaat ni aku dah start ambik cuti, sebab nak tengok Avengers Endgame yang baru keluar wayang tu. Mana boleh ketinggalan beb cerita tu sebab aku adalah peminat tegar Captain America (oh, abang Steve 😍). So aku pi tengok wayang awal pagi sebab duration cerita ni 3 jam. Sebab takmau kalut nak pi airport nanti so aku ambik show awal pagi. Tak awal sangat pun, dalam pukul 9:40am. Aku bukan pulun sangat macam orang Indonesia yang sanggup tengok wayang pukul 5 pagi mahupun orang Malaysia lain yang sanggup terjah wayang lepas subuh semata-mata nak layan movie ni pastu nak bagi spoiler kat orang lain dalam socmed (spesis ni memang keji hahaha~)

Okay, aku enjoy cerita tu walaupun aku tak puas hati awat Thor jadi sampai macam tu sekali. Keciwa kaknur hokey (tapi lama-lama rasa macam comei pulak 😋😋😋). Ending dia bittersweet but expected lah.

Avenge The Fallen~

Okay dah melalut. hahaha. Lepas wayang and makan, aku balik rumah dalam pukul 4 macam tu untuk last minute packing. Actually malam sebelum tu dah packing dah semua barang, and nasib lah dah tukar duit 2 hari sebelum tu (total around KRW700,000+) so takde lah kalut sangat.

And yeahhhh masa tengah kemas passport, baru perasan ada extra RM150 dalam passport case tu (Alhamdulillah, duit tersembunyi) so duit tu nanti buat tambang Grab masa pergi dan balik airport dan jugak untuk makan kat airport nanti.

Satu lagi kaknur bersyukur sebab last minute ada kawan cakap dia nak hantar gi airport. Alhamdulillah and terima kasih atas jasa baik anda wahai sahabat. So dalam pukul 6:30pm macam tu aku dah gerak pi airport. Pasaipa awal pi airport? Sebab aku jenis tak suka kalut pastu kalau aku nervous memang aku suka sampai awal kat tempat2 yang dituju tu. hahahaha~

Biasanya aku bawak backpack je kan? Kali ni aku bawak carry on luggage sebab macam ada harapan nak beli barang yang dipesan oleh 2 ketoi anak sedara itteww. Nasib la Korean Air cakap max berat boleh bawak naik atas tu 12kg. Kalau AA 7kg je so kira luggage aku lepas laa 8.2kg. Check in sangat cepat dan selesa so orang yang cepat cuak macam aku ni takdak la rasa stress dan kalut sangat. Kawan aku tanya pasaipa tak check in luggage sekali, kan senang takyah tarik sana sini. Again, anxiety aku sangat tinggi so aku tak suka barang2 aku jauh dari pandangan aku so harap bersabarlah dengan perangai aku ni hahahaha~

Macam besa, aku bawak baju 5 helai, seluar jeans 2 helai, shawl 4 helai, jeket denim, windbreaker, toiletries dan mekap sikit-sikit. Dan tak lupa kamera serta charger, power bank, adaptor dan selfie stick (penting ni utk kaki selfie macam aku 😂😂😂).

And of course jangan lupa passport, duit, credit card dan segala itinerary dan document penting, karang tak lepas naya je. Tapi dah sampai airport baru sedar tak bawak debit card ngan touch n go...naya la nanti kalau nak balik rumah tapi tak cukup duit hahaha~

Dalam pukul 7 lebih aku dah sampai airport. Check in starts at 8:20pm so aku lepak2 dan pi makan McD dulu sebab lapaq sangat aih. Actually aku kureng sikit McD tapi sebab malas nak pi tempat lain so aku layan la double cheese burger satu set sementara nak check in.

Okay dah 8:20pm so aku ke kaunter untuk check in. Again, sangat cepat dan mudah, and aku double confirm untuk meal yang aku booking hari tu. Alhamdulillah semua dah settle untuk Muslim Meal so aku boleh travel dengan tenang.

dah settle bab tiket!

So aku lepak-lepak kejap and call family aku, mintak izin nak pi dah. Sebenarnya makcik aku ni memang tak lepas la aku nak pi sorang-sorang, risau kata nya. Tapi dia taktau yang anak dia sorang ni keras hati sikit and berani jugak (walaupun anxiety tinggi 😂😂) pastu keras kepala pulak tu...hahaha nasib la kan. Pastu aku ada la cakap yang kawan-kawan aku pun ada nak travel tarikh yang sama ngan aku so sebab tu dia lepaskan aku jugak. Thanks kawan-kawan! Technically I was not wrong sebab memang bff aku ngan soulsista aku (dan husband beliau) pun travel time tu tapi kitorang jalan sendiri-sendiri. Nak feeling lebih la konon kannn hahahahaha~

And aku jugak mesej kawan-kawan aku nak bagitau yang aku dah nak fly. Besa laa geng mak jemah membawang ni 😂😂😂. Pastu tanya bff yang dah sampai kat Seoul, cuaca elok ke tak and apa yang nak kena expect bila dah sampai sana. And then baru masuk ke International Departure hall, jalan-jalan kat situ sementara nak tunggu boarding pukul 11:05pm nanti. 3 jam jugak laa dok menunggu.

Sementara tunggu tu, sempat la pi toilet beberapa kali pastu jalan-jalan area gate C12 tu. Pastu duduk kat satu area ni, ada sorang aunty ni, Esther nama dia, duduk kat sebelah. Kitorang pun sembang-sembang la. Aunty Esther nak pi Greece dengan geng church dia untuk belajar Bible dan buat kerja amal kat sana. Bila dia tau aku nak pi Seoul sorang-sorang, dia mcm terkejut dan impressed. And aunty sorang lagi (lupa nama dia), seperti mak-mak yang lain, tanya parents aku bagi ke aku pi sorang-sorang ni? hahahaha. Aku cakap la, aku promise nak update makcik aku hari-hari so dapat la perlepasan. Ye, aku paham perasaan mak-mak ni and maybe kalau aku jadi mak pun nanti, aku maybe tak lepaskan anak-anak aku pi travel sorang-sorang especially yang perempuan. Or maybe anak aku nanti ikut perangai keras kepala and keras hati aku ni. Who knows? Nasib la kan...hahahaha~

muka kaknur yang separa excited separa cuak 😂

Okay, dah pukul 10:50pm so aku masuk ke dalam gate C12 tu dengan penuh rasa excited dan terus duduk kat kerusi tu. Malam ni ramai orang, and flight pun penuh. Masa beli tiket hari tu, tinggal 1 seat je kot untuk ke Seoul so aku orang terakhir dan nasib la kan dapat tempat paling belakang. Boleh laaaaa belakang pun asalkan sampai sudahhhh 😂😂. Flight Attendants pun dah sampai, cuci mata sat. Takde la hensem macam pelakon korea tu tapi pleasantly looking la. Kapten pun ada sinyummm kat kaknur so okay lah kan.

Tapi flight delayed dalam 1/2 jam sebab tengah buat pembersihan ke apa ntah. Takpe lah, tunggu je lah. Eh tapi sebelum masuk tu ada perasan fans tengah tunggu depan pintu sambil bawak kamera dengan lens yang gedabak tu (kalau hangpa tengok drama korea Her Private Life tu, hangpa tau la jenis kamera yang heroin tu dok bawak masa nak amik gambar idol dia tu). Tapi aku tak kenai group KPop mana yang sampai waktu tu. BTS ke? Entah la, maybe sebab aku tak minat kot so aku bo layan. Lain la kalau Shinhwa ke SS501 ke mai Malaysia, aku orang paling awal tunggu depan pintu kot? HAHAHAHAHA

Then finally, masuk jugak dalam kapal. Cabin crew senyum belaka dan ramah juga so okay lah. That's the kind of hospitality that I need. Then aku terus ke belakang untuk ambik tempat aku. First thing first, seat. Selesa and tali pinggang jugak just nice untuk aku. Biasa la untuk spesis melted ice cream macam aku ni (refer to Thor dalam Avengers Endgame), kalau naik AA mesti kena request extension belt untuk selesa sikit. Ini tak payah request extra, and leg room pun just nice for me. Tapi ada kawan cakap, kalau nak compared to Singapore Airline, Korean Air ni tak best sangat la. Takpe lah, aku belum ada rezeki naik Singapore Airline lagi, dapat naik Korean Air yang selesa sikit dari AA ni pun dah bersyukur dah. Nanti ada duit lebih, aku naik la airline yang lain pulak untuk pi travel ke tempat lain 😂😂.

keadaan dalam cabin

diorang provide selimut, bantal, headphone, selipar, ubat dan berus gigi

Yang aku suka ni, bukan takat leg room bagus tp memang boleh stretch kaki laa since aku duduk kat aisle kan. Oh ya, aku memang akan pilih aisle seat sebab senang kalau tetiba nak pi toilet ke apa ke. Tak yah kacau orang lain. Kalau domestic flight tu maybe la pilih window seat, sebab short flight and tak gaduh nak pi toilet ke jalan-jalan dalam cabin ke.

Pastu sepanjang perjalanan aku memang pakai selipar tu je lah and layan lagu Westlife. Movie best-best jugak tapi sebab ngantuk kan so aku malas nak tengok movie. So aku layan Westlife je. Thanks sebab list kan album Westlife walaupun tak banyak lagu dalam tu. And MP3 yang aku bawak tu aku simpan dalam beg je lah, tak guna langsung pun. HAHAHAHAHA~

And ada sorang FA laki ni, tak henti-henti tanya aku okay ke tak, nak confirm meal betul tak ngan nama aku, nak minuman apa. And siap offer nak kejutkan aku waktu diorang hidangkan makanan nanti. Aku okay kan aje lah, dah depa nak buat keja depa kan. Tapi as usual, aku rasa kekok sikit. Maklum lah, tak pernah orang layan macam princess, especially from laki kan 😂😂😂 so aku rasa awkward sikit laa. Nasib lah FA tu comey. Tak hensem gila tapi pleasantly looking.

Aku dah ngantuk bila jam tunjuk dekat pukul 1 pagi so baik aku tidoq, takdak la nanti aku nak cranky bila dah sampai Seoul esok pagi. Pastu nak jalan-jalan lagi esok. Eh, okay lah...panjang berjela dah ni. Sambung hari esok pulak. Byeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~

xoxo
J~



No comments:

Post a Comment

Updates!

 Hi, lama giler tak update blog ni...like seriously, lama giler HAHAHAHA So far apa yang menarik? Nothing much since COVID is still around.....