Tuesday, May 7, 2019

Seoul Spring Break 2019 : Day 1 (Part Three)

Oh hey, kita ke Changgyeonggung! Sebab apa aku pilih nak ke Changgyeonggung?
  1. Sebab aku tak pernah sampai sini lagi. Before this dah melawat Changdeokgung dengan Deoksugung tapi belum sampai Changgyeonggung lagi
  2. Aku nak pergi melawat satu universiti ni yang berhampiran dengan Changgyeonggung dan area Hyehwa ni 
on the way to Changgyeonggung

Aku malas nak explain lebih pasal palace ni, rasanya korang boleh google sendiri untuk info pasal tempat ni. Tujuan aku datang tempat ni adalah nak tengok bunga-bunga yang ada kat sini. Orang cakap tempat ni cantik kalau musim bunga, but we'll see lah ye.

Actually agak jauh jugak la aku jalan dari exit 3 Hyehwa Station nak ke palace ni, dalam 10 minit or lebih (maybe lama sebab aku dok tengok kiri dan kanan untuk menikmati suasana tempat ni 😂), dan aku lega bila dah sampai kat area palace ni sebab aku dok rasa aku dah nak sesat. Ye lah, masuk lorong itu, keluar lorong ini tapi macam biasa, aku ikut gerak hati dan common sense aku so sampai jugak kat tempat ni. So aku terus beli tiket (admission fee: KRW1,000 / RM3.60) and then masuk ke dalam kawasan palace ni.

yay!


jambatan batu nak seberang sungai kecik

pintu  besar

kawasan dataran istana

tiang besar

banyak sekolah buat lawatan hari ni



lepak sat untuk berselfie

Note: Maafkan aku, waktu ni mungkin gambar-gambar ni kelihatan hambar dan boring sebab aku tengah warm up and masih malu-malu kucing nak ambik gambar sorang-sorang. Maklumlah, baru first time datang sorang 😂😂.

Dah lepas melawat dataran besar ni, aku mula melangkah masuk ke dalam kawasan taman dia. Katanya kat sini yang ada pelbagai jenis bunga tu.

lepas masuk kawasan taman

Halah halah halahhhhhhh...time ni aku dah start gila sebab tengok bunga banyak sungguh kat sini. Walaupun cherry blossom dah takdak, tapi bunga-bunga lain dok berkembang elok. So seminit sekali la aku dok ambik gambar bunga kat sini. Rasa nya penuh dalam handphone dan kamera aku dengan gambar bunga saja lah. Tapi jangan tanya aku pulak nama or spesis bunga ni. Aku tak sempat nak baca sebab dok gila ambil gambar 😂😂. Ini antara gambar yang dah di filter untuk di share dalam Facebook dan juga di blog.




taktau pokok apa ni tapi orang semua excited tengok pokok ni sebab kaler putih


tepi tasik pun cantik




Aku ada share gambar-gambar ni dengan makcik aku masa aku bersembang dengan dia. Dia pun sama naik excited tengok bunga-bunga ni. Siap suruh aku bawak balik benih ke Malaysia lagi. Mana bolehhhhh 😂😂😂😂😂.

So moving on, aku jalan-jalan lagi sampai lah aku terjumpa satu greenhouse ni tapi aku tak masuk dalam greenhouse ni sebab masa ni ramai sangat orang. Aku ni jenis tak suka sangat bersesak-sesak so aku ambik gambar dari luar saja lah and lepas tu aku jalan-jalan lagi sampai aku jumpa satu tempat rehat ni. Pun ramai orang so aku tak leh lepak jugak kat sini. Ambik gambar je lah. Masa ni aku nampak satu group of friends, photographer rasanya sebab masing-masing dok bawak camera besar gedabak pastu dok ambik gambar sana sini, siap suruh model depa dok posing sekali. Tak berani pulak nak tegur tanya depa 😂😂😂😂😂.

besar jugak la greenhouse ni and penuh dengan pokok ja

aku suka tengok bumbung ni

bunga lagi...cantik ni, aku suka

kitty!! 😍😍

aduh aduh sungguh indah paras rupa mu~~

makcik aku dok bising, cakap aku ni gambar rumput pun nak ambik 😝

rasa macam autumn pun ada jugak ni 😂

awal tadi aku kat tasik belah sana, ni dah buat pusingan mai arah sini pulak. Belakang tu la geng photographer tu.

nanti nak buat pagar rumah macam ni lah, nampak gah sikit 😂😂

Masa ni kaki dah sakit jugak ni tapi ada lagi tempat yang belum cover. Dah tu makin berbukit pulak aku rasa tapi terpaksa la teruskan jugak, rugi woo dah sampai tapi tak jalan tengok semua tempat. So aku jalan pelan-pelan sambil tengok couple-couple dok berpegangan tangan sambil berwefie mesra. Tapi of all couple yang aku tengok, aku paling suka pasangan ahjusshi dan ahjumma. Don't know why tapi aku memang suka tengok elderly couples. Rasa macam lamanya depa bercinta dan masih lagi bercinta, which is sweet.

Then aku sampai kat atas bukit ni sikit, so boleh la nampak kawasan istana dari bahagian belakang. Rasa macam masuk dalam drama lama korea pulak bila tengok kawasan tu. Sambil-sambil duduk kat kerusi yang diorang sediakan tu, aku cuci la mata sikit walaupun takde la nampak mamat hensem kat sini pun.

nampak Namsan Tower dari jauh

suka gambar ni, nampak classic and historical sangat 😂

Actually aku jalan lagi lepas ni tapi tetiba rasa macam dah nak masuk kawasan lain dah sebab aku nampak ada pondok tiket kat situ. Tetiba aku blur, ada lagi ke tempat dalam kawasan istana ni yang kena bayar kalau nak masuk? So bila aku baca, baru la aku tau itu pintu masuk nak ke Changdeokgung dan secret garden dia. Peh, jauh benor aku jalan ni haa dah siap nak masuk ke istana satu lagi tu 😂😂😂😂😂. So aku termenung kejap, nak masuk ke tak Changdeokgung tu? Tapi kalau masuk, nanti aku akan keluar kat area Anguk, which is the other side of the town. And university aku nak melawat ni kat area lain. So aku tak jadi nak masuk ke Changdeokgung dan patah balik laa nak keluar dari istana ni. Aku ingat nak turun ke palace ground tu tapi tengok tangga dia ya ampun, steep gila dan tinggi pulak tu. Aku gayat okay tengok tangga tinggi-tinggi ni so aku tak jadi turun kat situ and patah balik turun ke kawasan taman ni untuk cari exit. Haih, macam-macam lah 😂😂😂.

kawasan nak ke Changdeokgung

Masa ni pulak tetiba rasa nak pi toilet so cari la toilet dulu. Nasib baik la tak ramai orang kat toilet, and yang penting toilet tu tak kotor. Kekadang kalau dah ramai orang guna toilet ni, kita pun naik geli sebab kotor sangat tapi toilet ni boleh tahan la bersih dia. So lega sikit laa nak freshen up pun. Then aku sambung jalan untuk cari jalan keluar. Sambil-sambil tu ambik gambar ngan bunga lagi 😍😍.

bye, bunga. it's nice to meet you!


ada orang buat photoshoot pakai hanbok kat hujung sana

pintu keluar ke kawasan dataran istana

bye, Changgyeonggung. will definitely miss you.

Lepas keluar dari Changgyeonggung ni, aku terus berjalan menuju ke Sungkyunkwan University (SKKU) yang terletak lebih kurang 8-10 minit dari Changgyeonggung ni. Biasanya aku akan ke Ewha Women's University tapi sebab selalu sangat pi, so aku nak tukar angin pulak. Lagipun dari 2 tahun lepas kakak aku suruh aku ambik gambar kat SKKU ni sebab dia minat sangat laaaaa dengan drama korea Sungkyunkwan Scandal tu. So aku sebagai adik yang baik, decide untuk melawat SKKU demi kakak aku 😂😂😂😂😂.

Macam biasa, kaki aku sakit la sebab banyak sangat berjalan tapi sebab jalan tu penuh dengan deretan kedai so takde la rasa annoyed sangat. Sambil-sambil tu boleh la cuci mata tengok kedai-kedai yang comel sepanjang jalan ni.

Hooray, sampai dah!

bila sampai ja akan nampak tanda ni - Sungkyunkwan Daehakyo (1398)

dok sat noo...sakit kaki dah ni 😂😂

bangunan lama tu adalah old SKKU masa zaman dulu

salam perantauan 😂😂


bunga lagi~

oh so pretty!


Masa ni baru sedar yang old SKKU tengah renovate so tak boleh masuk. Bummer! Tujuan aku datang ni sebab nak bergambar kat old SKKU la tapi dia tutup pulak so aku ambik gambar dari luar je lah. Sorry la ek kakakku, adikmu ini sudah buat yang termampu 😂😂.

luar pun cantik...kalau kat dalam mesti lagi cantik kan?

tenang nye nak pi kelas pun 😂

Tak sampai setengah jam pun aku dok sini. Lagipun aku dah tak larat nak jalan, and perut aku pun dah lapar. Aku baru sedar yang aku just makan bagel dengan minum hot chocolate saja pastu tak makan apa dah. So aku google pasal Dongdaemun grilled fish sebab janji ngan bff aku nak dinner kat situ malam ni tapi katanya tutup pukul 6:00pm. Masa aku kat SKKU ni dah pukul 4:15pm so macam dah tak banyak masa. Aku cepat-cepat mesej bff aku bagitau dia kedai nak tutup pukul 6 nanti so kitorang terus bergegas naik tren dari tempat masing-masing menuju ke Dongdaemun Station. Nasib lah dari tempat aku ni satu stesen ja tapi part nak jalan balik ke stesen ni la yang ambik masa lama ni. Tapi takpa, sempat punya lah. So aku jalan laaa laju-laju menuju ke Hyehwa Station dan terus turun untuk ambik tren ke Dongdaemun Station. Sampai sana saja aku terus mesej bff aku yang aku tunggu dia kat exit 9. Seperti biasa, makcik ni seorang yang blur so aku nampak dia tercangak-cangak cari exit masa dia dah sampai dan nak touch out card tu. Aku gelak je lah sambil lambai-lambai depan muka dia.

Kitorang pun jalan sama-sama pergi ke Dongdaemun grilled fish alley tu. Actually dah ingat-ingat lupa sebab last time kitorang pergi tu waktu malam and main terjah je. Nasib baik jumpak jugak and kitorang pergi kedai sama yang kitorang pi last time. Memula kitorang dapat tempat duduk kat atas tapi sebab kena bukak kasut dan bersila jadi aku tak berkenan sangat. Nasib laa lepas tu ada orang dah sudah makan so kitorang dapat tempat duduk kat bawah tu. Ahjusshi tu kemahen ramah ngan kitorang so kitorang pun terus order makanan. Kitorang order satu ikan mackarel and satu lagi ikan aku lupa nama tapi sedap dan besar la. Dah tu, bagi banyak pulak tu. Kenyang laa kami dua nak perabih punnn. Oh, datang dengan nasi, sup (macam miso soup) dan 4 jenis banchan (side dishes) - kimchi kobis, kimchi perilla, kimchi sayur dan taugeh (kimchi gak kot, aku tak makan 😂😂)

serius sedap wei, memang kenyang aaaa

me and bff tengah melantak macam anak dinosaur

Sambil-sambil tu kitorang sembang pasal aktiviti kitorang hari ni, and share-share cerita serta pengalaman jalan sorang-sorang. Memang exciting and interesting at the same time, sebab selalu kitorang akan buat benda sama-sama tapi this time walaupun kitorang ada kat tempat sama tapi kitorang ada time dan aktiviti masing-masing. So nak share cerita tu lagi best la 😂😂. Aku pun ada hantar gambar kitorang makan kat makcik aku and memula dia blur tengok gambar bff aku sebab aku tak cakap pun kat makcik aku yang bff aku ada sekali tapi dia cakap dia happy la sebab at least ada orang yang aku (and especially makcik aku) kenal ni kat tempat yang sama 😏.

Kata kedai nak tutup pukul 6 kan? Kitorang punya la makan laju tapi tengok ramai orang dok keluar masuk lagi je pun. HAHAHAHA tertipu. Okay lah kalau macam ni, kitorang makan slow-slow balik la sambil membawang 😂😂😂. Dalam sejam lebih jugak laa kitorang kat kedai ni sebelum kitorang beredar. Memula ingat nak jalan-jalan kat Cheonggyecheon dulu sebelum balik tapi sebab kaki aku dah sakit and aku belum check-in hotel (apatah lagi mandi dari pagi tadi) so aku decide nak balik ke guest house dan rehat. And bff aku pun nak jalan-jalan kat tempat lain jugak. So kitorang pun terus bawa haluan masing-masing dan aku balik ke Casa Myeongdong untuk check-in. Heh, bilik aku sebelah receptionist area je 😂😂😂.

The reason aku pilih Casa Myeongdong ni mungkin sebab bilik dia putih macam dalam gambar ni. Masa aku booking bilik kat guest house ni, aku memang request nak bilik ni la. Since diorang tak bagi aku cancel booking aku, so aku pun jadi demanding sikit la 😝😝.

ihsan dari Booking.com

And yes, aku dapat bilik yang aku request tu. Aku memula cuak la sebab ingat kecik sangat untuk aku dengan harga yang agak mahal tu tapi not bad la bilik ni. Ada la ruang untuk letak beg dan berjalan dan solat jugak. Okay lah untuk yang duduk sorang macam aku ni. Kalau mai berdua atau bawak luggage besar maybe rasa sempit sikit la.

bilik aku, 811

So aku terus mandi dan berehat atas katil sambil mesej makcik aku dan beberapa orang kawan lagi. Tapi masa ni memang letih dan mengantuk gila la and kalau aku terlelap masa tengah mesej ngan depa ni, nasib la kan. And yes, memang aku terlelap pun. Sedar-sedar dah 2:30am, tu pun sebab aku perasan aku tak off television. HAHAHAHA.

Okay sambung tidoq balik, esok nak jalan lagi!

Note: Orang cakap kat guest house ni malam-malam bising dengan para penghuni yang tak follow rules. Aiseh, dah la aku ni jenis susah nak tidoq kalau bising. Takpa lah, kita tengok macam mana nanti.

xoxo
J~





No comments:

Post a Comment

Updates!

 Hi, lama giler tak update blog ni...like seriously, lama giler HAHAHAHA So far apa yang menarik? Nothing much since COVID is still around.....