Monday, May 20, 2019

Seoul Spring Break 2019 : Day 3 (Part Three)

Nota: Kaknur busy gila lah, especially time Ramadhan ni. Baru dapat sambung balik blog ni. Kepada rakan-rakan pembaca, selamat berpuasa!

~*~

Kalau korang nak tau, orang Korea ni lawak lah. Well, bagi aku lah. Diorang ni pakai selekeh pun takpa, janji muka kena mekap tebai bertampung. Especially students lah. Inilah bahaya nya kalau terlalu nak ikut sangat kena cantik macam artis. 😂😂

adik baru balik sekolah ye 😝

Masa dalam tren ni aku dah macam sotong kurita sebab dok arrange dengan kawan-kawan aku nak jumpa dekat mana dan pukul berapa untuk dinner nanti. Aku suruh sesapa yang sampai dulu tu untuk tunggu dekat exit 8 stesen Sindang sebab situ dah dekat nak ke Sindang Tteokbokki Town. Aku pulak macam terlewat sikit sebab kes turun dari Naksan tadi tu lah 😂😂. Tapi walaupun hari Isnin dan waktu ni macam dekat pukul 8:00pm macam tu, tren tak sesak sangat so boleh la rileks sikit. Aku naik dari Hyehwa Station (line 4, light blue) dan tukar tren dekat Dongdaemun History & Culture Park (line 2, green) ke Sindang Station. Dah sampai dekat Sindang Station, aku dapat mesej dari bff cakap dia dah sampai so aku suruh dia ke exit 8 dulu sementara aku nak sampai. Soulsista aku pulak belum naik tren rupanya 😅😅. Baru turun bukit. Okay lah, at least ada masa lagi untuk aku ke exit 8 tanpa rasa rushing. Masa aku jalan nak ke exit 8 tu, boleh pulak terberhenti sebab tengok ada satu geng ni dok main alat muzik and sangat best. So sempat la aku layan kejap.


Masa ni aku dapat lagi mesej dari bff aku, cakap dia dah sampai so aku cepat-cepat laa lari ke exit 8. Dah la dari aku keluar tren tu nak ke exit 8 memang jauh gila sebab exit tu dekat line 6 (coklat) so bayangkan lah nak kena merentas dua line berbeza (teringat pulak masa nak pi ke Ikseon-dong tu 😂😂). Lepas tu boleh pulak bff aku dok argue ngan aku Sindang Teokbokki Town tu dekat mana, padahal aku dah cakap dah exit 8. Nak jugak argue ngan aku kat exit 4. Lepas tu aku jumpa signage yang tunjuk Sindang Tteokbokki Town tu kat exit 8, aku siap ambik gambar and tunjuk kat dia. Excuse me, penat aku buat research tau. Saja nak berkelai ngan aku 😂😂. Dia dah dekat the other side of the line and memang la nak jalan tu akan ambik masa yang agak lama so aku malas layan, aku singgah toilet dulu. Aku pun bagitau jugak kat soulsista aku yang jalan nak ke exit 8 tu jauh gile so aku tunggu diorang kat atas terus la. Lepas aku keluar toilet, aku dapat mesej yang soulsista aku dah keluar dari exit 8 dah pun, tengah tunggu kat situ 😂😂😂. Cis! Okay lah, aku terus naik tangga and jumpa diorang kat situ and aku bagitau bff aku yang kitorang tunggu dia kat tepi tangga tu. Letih wei nak manage orang ni, sebab tu aku suka jalan sorang-sorang 😝😝.

Okay, since semua dah ada so kitorang pun berjalan beramai-ramai ke Sindang Tteokbokki Town sambil bergosip. Soulsista aku ni (dan husband beliau juga) jenis peramah so diorang boleh sembang dengan orang yang baru kenal and bff aku ni walaupun pendiam dan pemalu, tapi maybe sebab ada orang yang hingaq macam aku dan soulsista aku so dia pun merabung sekali. Okay lah tu, takde la awkward sangat masa nak makan nanti 😂😂.

Nak jalan ke Sindang Tteokbokki Town dari exit 8 tu takde lah jauh sangat, tak sampai 10 minit pun. Lepas exit tu nanti akan nampak fire station dekat belah kanan and jalan terus je sampai nampak pintu gerbang. 

pintu gerbang Sindang Tteokbokki Town (ihsan Google)

Dah nama pun tteokbokki town, memang sepanjang jalan tu kedai tteokbokki je lah. Macam-macam pilihan ada and most kedai akan beroperasi sampai lewat malam. Kawasan ni pun meriah dengan orang ramai, baik local mahupun pelancong. Yang best kat Korea ni, ada banyak food town/alley - fried chicken town, tteokbokki town, kalguksu alley dan lain-lain yang specialized dengan satu jenis makanan saja. Walaupun diorang jual makanan yang sama tapi takdak laa nak dengki-mendengki kalau orang masuk kedai owner lain instead of kedai diorang. Mungkin mengekalkan konsep rezeki masing-masing, maybe?

Mabongnim Halmeoni Tteokbokki (ihsan Google)

Kedai pilihan kitorang adalah Mabongnim Halmeoni Tteokbokki, sebab last 2 years aku datang makan kat sini jugak and lepas tu teringat-ingat masa dah balik Malaysia. HAHAHAHA over kan? Tapi aku suka kat sini. Kedai ni memang betul-betul sebelah pintu gerbang tu, belah kiri. Memang tak boleh nak miss lah kedai ni. Masa masuk dalam kedai ni aku dah rasa gumbira sebab dok teringat-ingat akan tteokbokki yang bakal aku baham kejap lagi.

Konsep kedai ni senang, dia akan tengok berapa orang group kita dan akan hidang based on number of pax tu la tapi minimum 2 orang la serving dia sebab tu aku sibuk angkut diorang ni datang makan dengan aku. Kalau ada set untuk sorang, korang rasa aku nak ajak ke orang lain? 😂😂😂 Tapi konsep makan tteokbokki ni adalah sharing so the more the merrier. Sambil tu boleh la merabung kan?

ta-da! service yang sangat cepat dan makanan yang sangat banyak

ambil gambar kenangan dulu sambil tunggu tteokbokki masak

I am the happiest this time, sebab dapat makan makanan favourite aku sambil menghabiskan masa dengan kawan-kawan rapat aku. Walaupun aku suka bersendirian tapi kadang-kadang aku suka jugak kalau berteman ni, tambah-tambah kalau time makan dan bergosip serta membawang setelah membuat aktiviti yang tak berfaedah 😂😂. Tapi kekadang aku risau jugak nak ajak orang makan kat kedai favourite aku, takut depa tak suka. Maklumlah, lain orang lain taste. Tapi aku rasa soulsista aku and especially husband beliau okay kot dengan kedai ni? Harapnya lah 😂😂.

huiii aroi~~

Memang bercinta jugak laaaa nak perabih benda alah ni sebab masing-masing dah kenyang. Maybe sebab kitorang tambah ramyeon tu kot (padan muka tamak! 😂) sebab tu kenyang cepat. Biasanya lepas makan tteokbokki ni, kita boleh mintak ahjumma tu buat bogumbap (nasi goreng) with additional cost tapi dah pakat kenyang ni memang tak laaaa nak makan nasik tu. Satgi ada yang menjalar nak balik ke bilik masing-masing 😂😂.

Lepas makan tu kitorang pun balik. Bff turun stesen lain, aku and soulsista pulak turun stesen sama. Aku taknak turun kat stesen Myeongdong sebab malas nak tukar tren so kitorang pun naik tren dari Sindang Station terus ke Euljiro-1(il)ga Station. Dengan harapan boleh la keluar dekat exit 7 dekat Lotte Mall tu sebab ada escalator pastu boleh la lintas jalan terus ke Myeongdong. Padahal boleh je naik dekat exit 6 tapi biasa lah sebab ada tangga kan, so malas. Tapi padan muka aku balik sebab exit kat Lotte Mall tu takde escalator dan juga takde zebra crossing nak ke Myeongdong (or maybe aku tak nampak sebab dah malam). Anyway, we ended up jalan lagi jauh sementara nak jumpa tempat untuk melintas ke seberang untuk balik ke Myeongdong. Padan muka aku 😂😂. Kalau ikut aku, nak je aku jalan lagi sebab kat depan dekat-dekat Shinsegae Department Store tu ada zebra crossing tapi soulsista aku dan husband beliau ajak ikut underground tunnel tu untuk lintas jalan so aku ikut je lah. Tapi tangga~~~ dah la tengah sakit kaki time ni, pastu mengah pulak sebab dok kenyang lagi. Nasib baik la tak terkeluar balik makanan 😂😂. Masa ni aku rasa macam nak suruh diorang jalan balik dulu sebab aku dah malas nak jalan sambil bersembang dengan orang. Penat weih 😂😂.

Dannnn berjaya sampai ke kawasan Myeongdong! Kitorang pun berpecah dan berjalan balik ke guest house masing-masing. Masa ni aku dah tercangak, try nak cari jalan balik sebab entah celah lorong mana aku masuk so nak kena bertenang kejap sebelum cari jalan. As usual, bukak Google Maps untuk cari coordinate yang betul 😂. Walaupun Myeongdong meriah macam biasa tapi aku tak berminat nak berhenti tengok-tengok barang sebab aku dah letih, kenyang dan mengantuk so aku nak balik tidur je ni.

Harap esok takde lah letih macam ni sebab aku memang dah tak mampu nak bergerak banyak dah ni. Letih gila! Padan la muka kan, sapa suruh buat benda merepek 😂😂.

Night, y'all!

xoxo
J~











No comments:

Post a Comment

Updates!

 Hi, lama giler tak update blog ni...like seriously, lama giler HAHAHAHA So far apa yang menarik? Nothing much since COVID is still around.....