Monday, May 20, 2019

Seoul Spring Break 2019 : Day 4 (Part One)

Tuesday, 30/04/2019 |

Good morning!

Hari ni aku masih letih akibat kekenyangan semalam tapi adventure mesti diteruskan juga! Aku tak keluar awal sangat hari ni, dalam 9:30am jugak la. Dah tua-tua ni malas la aku nak awal-awal sangat 😂😂. Hari ni aku nak ke Seochon-dong, sebab aku nak ke Tongin Market. Eh, dalam banyak-banyak tempat, market jugak jadi pilihan. Kalau typical tourist ni takkan datang ke sini, tak K-Pop katanya 😂😂.

So aku naik tren dari Myeongdong ke Chungmuro, sebelum aku tukar ke line 3 (orange) untuk ke Gyeongbokgung. Kalau dengar Gyeongbokgung ni, mesti tourist rasa macam wow sangat. Ye lah, Gyeongbokgung ni memang salah satu spot yang akan dikunjungi oleh tourist sebab ini istana paling besar dan paling famous berbanding istana lain. Tapi aku bukan typical tourist so aku skip tempat ni. Aku datang sini pun sebab aku nak ke Seochon-dong.

dalam train station

Ada apa dekat Seochon-dong ni? Pasaipa aku dok sebut-sebut sangat nak datang sini? Satu, sebab aku bukan typical tourist 😂😂 and satu lagi sebab aku nak cari kedai dan tempat makan sedap kat sini. So lepas keluar dari exit 3-1 tu aku terus lintas jalan untuk ke Seochon-dong. Masa ni aku nampak Daiso takdak orang and aku dah berkira-kira nak masuk sebab macam wow sangat Daiso takdak orang kan tapi bila aku usya balik, oh patut la takdak orang...belum bukak rupanya 😂😂😂. Okay takpa, kita terus kan perjalanan kita. Macam biasa, aku belasah saja jalan kat mana lorong aku jumpa dulu and aku jumpa Sejong Village Food Culture Street. Tapi seperti yang sedia maklum, hari masih awal jadi kedai belum buka. Rasanya kalau malam-malam ni mungkin meriah dengan deretan kedai makan yang pelbagai jenis ni.

pagi yang hening

Mana-mana saje lah aku redah and aku rasa ahjumma-ahjumma yang tengah cuci kedai pagi tu mesti tau aku tengah sesat sebab mana ada orang pakai tudung dok jalan kat area tu especially pagi. Aku ni sebenarnya nak cari Tongin Market tapi sebab aku silap masuk lorong so tak jumpa la aku dengan market ni. But it's okay, kita jalan-jalan je dulu.

comel je dia tunjuk kat mana kita sekarang ni

coffee shop yang comel 💗

celah-celah kedai ada rumah orang

Jalan punya jalan, aku jumpa kedai buku lama yang aku memang teringin nak pi ni. Dae Oh Bookstore nama dia. Tapi aku macam frust sikit la sebab nampak macam dia dah tutup. Dah lama kot aku simpan hasrat nak datang ke sini. Tapi mungkin takde rezeki.

the old book store

Aku jalan lagi untuk cari Tongin Market, siap silap masuk lorong nak pi ke rumah orang. Nasib laa tuan rumah tak ingat aku nak pecah masuk rumah dia, sebab aku berpura-pura menikmati keindahan alam semula jadi sambil ambil-ambil gambar pemandangan (reputasi kena jaga okeh?) 😂😂. Tak lama lepas tu aku sampai jugak kat Tongin Market ni. Adui leganyaaaa. 

Tongin Market yang lengang

Awal lagi, Jimah oi...kedai makan pun tak bukak lagi 😂😂. Aku jalan laa sepanjang market tu, tengok semua jenis buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, banchan (side dishes) yang ahjumma dan halmeoni kat situ jual sambil senyum-senyum buat berminat dengan barang-barang jualan kat situ. Lepas tu aku keluar dekat the other end dan duduk berehat dekat pondok yang ada tak jauh dari Tongin Market tu. Masa ni nampak ada sekumpulan budak tadika buat rombongan sekolah. Comel je sorang-sorang dok jawab soalan cikgu diorang 😍.

belajar rajin-rajin ye

Apa yang aku nak buat ni sementara tunggu time makan? Aku nampak ada orang jalan keluar dari satu lorong tu so aku pun rasa nak check out that place. Aku terus lintas jalan dan masuk ke dalam lorong tu. Oh, banyak kedai rupanya kat sini. Best pulak tu.



Sini ada banyak indie cafe and comel-comel belaka. Tak rugi lah aku datang ke sini and patut lah si Min Seo tokey SF Bagels tu setuju benar aku nak datang sini 😂😂. Memang best. So aku jalan sambil tengok kedai-kedai yang ada. Nak masuk, kedai tak bukak lagi. Aku pun jalan punya jalan, sampai aku rasa dah menuju ke arah kawasan berbukit. Aku tengok ada sign mention Suseong-dong Valley dalam 350m. Kalau nak jalan ke sana macam takde hal laa takat 350m tu tapi aku tengok kawasan dia makin berbukit so aku fikir balik nak teruskan perjalanan ke tak. Takut nanti jadi macam semalam kat Naksan, and worse, incident 2 tahun lepas nak ke Samcheong-dong guna jalan belakang and kena menapak naik bukit tinggi gila sampai aku hampir nak gaduh ngan bff aku dan kawan dia yang annoying tu 😂😂😂.

So aku terus cari tempat duduk dan Google pasal Suseong-dong Valley ni. Oh memang atas bukit sangat and dia macam small hiking track tapi tak mencabar la (kot?😅). Aku tengok gambar, memang cantik tapi mengenangkan nak kena memanjat so aku pun decide untuk tak teruskan perjalanan aku. Karang habis masa aku kat atas tu sedangkan aku ada tempat lain lagi nak pi.

Suseong-dong Valley of Inwangsan. hello, cantik kot?

Maybe aku boleh masukkan tempat ni in my next visit. See, kalau datang Seoul ni memang tak boring lah. Sebab everyday kita akan discover tempat baru yang kita tak sempat nak pergi and itu akan membuatkan kita nak datang lagi ke Seoul ni. Alasan wei! 😂😂😂😂

So aku patah balik and jalan-jalan dekat area tu sementara aku nak pi balik ke Tongin Market. Lunch hour dah dekat so aku nak kena pi sana sebelum ramai orang. Eh, ye la tu. Sempat lagi aku singgah bergambar kat tempat-tempat aku rasa menarik kat area ni 😂😂.

rumah artis (bukan selebriti😂), Park No-Soo yang dijadikan galeri

cafe comel 💗

kawasan yang tenang

Aku jumpa satu cafe ni, so pink and cute - Bom Cafe. Walaupun aku bukan penggemar warna pink tapi aku rasa kedai ni menarik minat aku lah sebab interior dia sangat comel.

Bom Cafe (Cafe Spring)

So being a passive-agressive me, aku tunggu depan kedai tu sebab taktau kedai tu dah bukak ke belum. Tapi ada la nampak owner dia tengah mengemas. Tak berani la nak masuk takut belum ready lagi. Aku buat-buat la menghayati kecantikan kedai dia dari luar and bila owner tu nampak aku, aku tanya la (dengan bahasa jari) dah bukak ke belum. Padahal boleh je tolak pintu and tanya tapi aku takmau la nanti tolak pintu tapi pintu berkunci. Malu woi 😂.

Aku pun masuk cafe ni dan terus order hot chocolate sebelum aku ambik tempat duduk tepi tingkap. Cafe ni sangat cozy and kalau spend masa kat sini menulis or membaca buku pun best ni. Orang pun takdak so memang tenang lah.

interior yang comel 💗

classic gile 😍

insta worthy 💗

am loving the hot choco 💗

Masa tengah minum ni aku masih tak puas hati pasal Suseong-dong Valley tu so aku study la pasal tempat tu. Oh, rupanya boleh naik bas untuk ke sana. Dari Gyeongbokgung Station, jalan sampai ke bus stand and ambil bas #9 untuk ke Suseong-dong Valley. Patut la aku ada nampak bas #9 dok lalu-lalang masa aku jalan kat area tu. Okay, next time kita datang sini wheeee~~

Lepas aku lepak kat Bom Cafe, aku jalan balik ke Tongin Market yang tak jauh sangat pun la sebenarnya pun. Masa ni orang dah start ramai sebab dah lunch hour. Aku tak terus masuk ke Tongin Market tapi aku ke Hyoja Bakery. Katanya bakeri ni famous sebab U Know Yunho TVXQ suka sangat beli roti kat sini, siap ada gambar dia lagi tu 😂😂. Tapi betul la, banyak roti menarik dekat sini dan bau dia memang marvellous la. Aku ingat nak beli tapi bila fikir-fikir balik nak makan dah lepas ni so tak jadi la nak beli. Next time, yea?

Hyoja Bakery. I'll be back!

Patah balik ke Tongin Market and aku terus cari mayak kimbap favourite aku tu dan segera memborong dengan penuh gembira. Mayak kimbap ni yang famous nya dekat Gwanjang Market tapi aku gigih mai cari kat Tongin Market. Pasaipa? Sebab lepas ni aku nak ke kedai yang jual gireum teokbokki (fried tteokbokki) yang hanya ada dekat Tongin Market, setahu aku lah. So jom, ke kedai gireum tteokbokki!

Aku sebenarnya nak mintak satu portion spicy gireum tteokbokki dan satu lagi portion non-spicy gireum tteokbokki tapi mungkin ahjusshi tu nampak aku sorang saja so dia bagi aku satu portion je lah and ingat aku nak mintak half-half (mix) so dia tak bagi. Aku order yang spicy je lah sebab last time aku datang makan sini, aku suka yang spicy punya.

Last 2 years, aku try experience dosirak (lunchbox) kat Tongin Market ni where you had to pay KRW5,000 and dapat 10 coins. And korang boleh beli makanan korang guna coins tu saja. Ini style zaman dulu and diorang nak bagi orang sekarang experience balik macam mana orang dulu berurus niaga. Which is interesting.

 
2 tahun lepas, dosirak style lunch

So tahun ni aku decide nak skip dosirak tu sebab aku dah tau aku nak makan apa je kat market ni - mayak kimbap dan gireum tteokbokki. So aku tapau mayak kimbap dan makan kat kedai gireum tteokbokki ni sebab aku mintak nak duduk makan kat dalam, and tak payah bersesak dengan orang lain yang nak makan kat dosirak cafe kat tingkat atas.

mayak kimbap and gireum tteokbokki

muka happy dapat makan favourite food!

dari dalam kedai. bahagia makan sorang-sorang 😁

Kenyang gila makan ni saja pun. Ye lah, mayak kimbap tu macam kimbap jugak lah. Ada nasi dan sayur-sayuran cuma saiz kecik ja tapi kalau dah sorang-sorang melantak 6 ketoi tu mau nya tak kenyang kan? And gireum tteokbokki tu yang spicy tu spicy sangat wei, sampai nak nangis aku dok mengunyah. Tapi sedap gila, cuma kena gilir-gilir dengan yang non-spicy tu lah. Eh, tadi aku mintak spicy kan sebab tak boleh mix tapi mai mana pulak non-spicy tu? Halmeoni, mak ahjusshi ni tetiba masuk dalam kedai pastu letak sikit dalam pinggan aku sambil nak bagi aku air. Oh terima kasih halmeoni, I love you so much lah 😍😍! Mungkin dia kesian kat aku sebab awal-awal tu ahjusshi tu cakap tak boleh campur pastu dia tengok aku makan sorang-sorang. Mak-mak/nenek-nenek memang macam tu kan? 😂😂. Nomu kamsahae halmeoni. Saranghae~💗

Allah saja yang tau betapa aku bahagia waktu ni.

Lepas makan, aku jalan nak menuju ke area Gyeongbokgung so aku bergerak balik ke arah yang aku datang tadi, konon nak mengimbau kenangan 😂. Jumpa beberapa kedai yang aku suka masa aku datang last 2 years tu.

gingergrassman 😋

And then aku jumpa satu kedai macaroon ni. Apa lagi, masuk lah aku ke dalam kedai tu dan seperti biasa, aku beli mint choco chip macaroon. Aku ni agak predictable la kalau dalam soal makanan and biasanya aku akan beli benda yang sama je 😂😂.

comelnye kedai dia 😍

yay for macaroon!

rumah yang comel 💗

Masa aku jalan ni, nak tau aku jumpa apa? Kedai buku lama yang aku ingat dah forever tutup tu. Bukak lagi rupanya, cumanya masa aku lalu tu dia belum beroperasi. Tapi cara dia "bungkus" kedai dia tu macam dah tak berniaga dah punnnnn 😂😂😂. Penat je aku buat luahan perasaan kat bff aku yang aku frust kedai yang kitorang nak melawat ni dah tutup forever. HAHAHAHA

ada ni haa, belum ke mana punnn 😂😂

Tapi masa ni aku dah letih dan kenyang so aku tak masuk la dalam kedai ni, just ambik gambar dari luar je. Eh, kan aku dah cakap aku nak repeat Seoul lagi 😂😂. Banyak tempat menarik dekat Seochon-dong ni yang aku boleh melawat ni. Maybe nanti aku akan allocate satu hari untuk Seochon-dong saja ✌.

Okay, on to the next stop! Tunggu next entry la ek 😁.

xoxo
J~













No comments:

Post a Comment

Updates!

 Hi, lama giler tak update blog ni...like seriously, lama giler HAHAHAHA So far apa yang menarik? Nothing much since COVID is still around.....