Tuesday, May 21, 2019

Seoul Spring Break 2019 : Day 4 (Part Two)

Panasnyaaaa cuaca hari ni, tak macam hari-hari sebelumnya. Sebelum ni memang sejuk, suhu dalam belas-belas degree macam tu tapi hari ni rasanya 25 degree tak silap. Memang berpeluh sikit la. Dah la pakai t-shirt tebal pastu denim jacket pulak tu 😂😂.

Dari area Seochon-dong, aku lintas jalan menuju ke Gyeongbokgung and jalan di luar tembok istana saja sebab aku malas nak masuk. Kalau masuk ni mau amik berjam-jam pulak dok bergambar dalam ni so aku skip Gyeongbokgung walaupun ada masa aku rasa tempted untuk masuk jenguk-jenguk apa yang ada dalam ni. Macam biasa, kalau tak ambil gambar bunga tu memang tak sah la kan. Kat negara orang, gambar tepi jalan pun bolehhhh 😂😂.

ni dia nak bagitau, kawasan Gyeongbokgung dengan Anguk ni banyak tempat historical

💕

halah halah halah cantiknyaa 💗

Perjalanan ni agak jauh sebab aku merentas dari west wall ke east wall and those yang biasa ke Gyeongbokgung memang akan tau lah luas mana kawasan istana ni so jarak dari barat ke timur tu memang jauh la. Actually boleh je nak naik tren dari Gyeongbokgung Station ke Anguk Station ni tapi since it's only 1 station away and aku nak jimat duit T Money so aku jalan je lah. Lagi pun boleh ambik angin walaupun cuaca panas and boleh juga cuci mata 😂😂.

Dalam 10 ke 12 minit macam tu aku sampai dekat main entrance Gyeongbokgung and masa ni tengok ramai orang tengah ambik gambar dekat sini. Dapat la tengok orang buat macam-macam jenis pose masa pakai hanbok. Nanti balik boleh cuci pastu letak dalam frame, gantung kat dinding ye tak?

main entrance yang memang betul-betul tepi jalan besar

nampak dak muka aku yang kurang interested tu? 😂😂😂

Tanpa berlengah lagi aku terus gerak dari sini dan menuju ke east side untuk ke Samcheong-dong dan Bukchon Hanok Village. Ni kawasan yang agak wajib la untuk aku datang everytime aku sampai ke Seoul ni. Entah kenapa ek aku suka datang kawasan ni tapi kat Samcheong-dong ni memang banyak cafe comel la cuma sebelum-sebelum ni aku memang tak pernah singgah pun. Almaklumlah, kalau datang dengan orang lain tu, tak semua tempat diorang nak singgah 😂.

east side of Gyeongbokgung. ni parking untuk bas rasanya.

east wall. belah kanan tu dah ke arah Samcheong-dong

ehhey selfie dulu 😂

Museum of Modern and Contemporary Art (MMCA), area Samcheong-dong

opposite MMCA tu National Folk Museum, Gyeongbokgung

Aktiviti berjalan kaki dan membakar lemak diteruskan dan aku terus masuk ke area Samcheong-dong. Dah mula nampak cafe-cafe comel kat sini, which aku suka sangat tengok. Kat area ni banyak museum dan galeri so those yang berminat dengan tempat-tempat macam ni then Samcheong-dong is your place to visit.

suka sangat tengok cafe ni 💗

MMCA bahagian belakang

ada bangunan ni kat MMCA, kita selfie seround 😋

random selfie 😂

Aku ikut jalan ni sebab aku nak cari satu traditional tea house ni - Whitebirch Story Tea House. Sebab tea house ni khabarnya appear dalam drama Goblin (dalam kedai) dan Touch Your Heart (depan kedai). Mungkin tak perasan scene mana dalam dua drama ni tapi dah alang-alang lalu kat sini, why not kita try minum kat sini kan? 😂😂

Sunny and Eun Tak in Goblin (ihsan KDramaland)

Touch Your Heart (ihsan KDramaland)

depan tea house yang sangat comel dan cozy 😍

tempat Sunny dan Eun Tak sembang dalam drama Goblin

Kedatangan aku disambut mesra oleh owner tea house ni. As usual, dia tegur kita dalam English, maybe sebab ramai peminat drama Goblin especially foreigner datang sini kot? Tapi aku macam biasa, tegur dia dalam Korean (haruslah kita belajar untuk bergaul dengan local kan?😂😂😂). Terus lahh ahjumma (owner) tu excited gila dengar aku cakap Korean dengan dia kan. Lepas tu aku dapat layanan extra sikit sebab aku boleh cakap Korean 😂😂😂.

Macam biasa, aku hanya order jujube tea (KRW6,000) untuk hilangkan dahaga aku sementara nak sambung perjalanan aku lepas ni. Kan aku cakap aku ni predictable, memang benda yang aku order tu dah boleh agak laa 😂😂.

jajaknamu iyagi, white birch tea house

background cantik 💗

kaknur dan jujube tea tidak dapat dipisahkan

Tak lama sangat la aku lepak dekat sini sebab lepas ni aku nak ke Ikseon-dong pulak. Sebab semalam kan tea house aku nak pergi tu tutup, so aku tukar la plan aku ke sana hari ni. Lepas aku settle minum, aku pergi lah bayar kat kaunter. Ahjumma ni still lagi excited cakap Korean ngan aku. Yang aku paham, dia tanya aku "macam mana boleh belajar cakap Korean bagus sangat ni?". Aku gelak je lah. Padahal aku cakap ayat simple ja yang aku belajar masa dalam kelas dulu 😂.

one for the memory 💗

Aku teruskan perjalanan aku merentasi Samcheong-dong menuju ke Bukchon Hanok Village. Bukchon Hanok Village pun salah satu tempat tumpuan pelancong (dan juga local) yang fefeeling nak ambil gambar pakai hanbok berlatarbelakangkan hanok or bangunan lama. 

We Are Young, famous mural dekat Samcheong-dong

lepak dulu kejap 😂😂

on the way to Bukchon

Samcheong-dong, autumn 2017

Actually Bukchon Hanok Village ni pun luas jugak la dan ada 8 spots menarik untuk ambil gambar cantik dekat kawasan ni tapi aku tak pi la sebab tak cukup masa. So aku jalan-jalan dekat awal area hanok village tu sekadar buat syarat yang aku dah sampai 😂😂😂.

8 best photo spots in Bukchon Hanok Village (ihsan Google)

setiap best photo spot akan ada sign ni. sila ambil gambar di sini (ihsan Google)

salah satu lorong di Bukchon Hanok Village

coffee shop 😁

Donglim Knot Workshop. boleh join workshop ni, best jugak

Donglim Knot Workshop yard (autumn 2017)

Donglim Knot Workshop yard (autumn 2017)

my favourite photo spot - the intersection

selfie sementara takdak orang 😂😂

cantik bangunan ni

kawasan perumahan, dilarang membuat bising

another rumah orang. so cantik 

bye, Bukchon Hanok Village

Teringat masa mai sini last 2 years. Masa tu autumn, and dah petang so view dia memang sangat cantik la. Memang teringat-ingat sampai sekarang ni 😂😂😂😂😂.

Bukchon Hanok Village, autumn 2017

Masa kat sini, aku jumpa dengan young married couple yang datang honeymoon. Mula-mula tu senyum ja lepas tu diorang mintak tolong ambik gambar so aku pun tolong la. Time nak balik tu diorang datang approach aku and sembang-sembang. Diorang dari Sarawak, baik jugak diorang ni. Macam biasa, diorang amazed dengan orang yang solo travel ni and diorang tanya tempat mana yang menarik untuk melawat. Dari diorang tanya tu, aku confirm diorang ni memang banyak baca itinerary orang yang datang melawat tempat-tempat touristy kat Seoul ni tapi takpa, aku bagi je tips kat diorang and aku selit-selit jugak la tempat-tempat yang typical tourist jarang pergi ni. Diorang nak pergi ke tak ikut diorang la, aku share je mana yang aku rasa interesting 😂😂😂😂. And since aku tak suka kalau orang buat kerek ngan aku, so aku pun kena la menunjukkan keramahan aku, kan?

Lepas beramah mesra dengan couple tu dan wished them a happy honeymoon and a blissful marriage, aku pun bergerak dari Bukchon Hanok Village menuju ke Ikseon-dong tu. Aku tak kira, aku kena jugak pi ke tea house tu hari ni jugak 😂😂. Esok aku dah nak balik so hari ni kena habiskan saki-baki wishlist aku.

Jom, kita ke Ikseon-dong!

xoxo
J~








No comments:

Post a Comment

Updates!

 Hi, lama giler tak update blog ni...like seriously, lama giler HAHAHAHA So far apa yang menarik? Nothing much since COVID is still around.....