Tuesday, November 19, 2019

Dah Sampai Tapi Kena Hantar Balik?

Hi guys,

Lama gila tak post kat sini. Macam dah berhabuk dah blog ni. Post kali ni nak membebel panjang so sabaq la nohh.
Aku ada baca post pasal orang Malaysia kena hantar balik lepas dah sampai ke Korea. Again and again. Ni bukan kali pertama kot.
Ada yang kata document tak lengkap. Ada yang kata pakaian selekeh. Ada yang kata sebab pakai bagpack sebab tu kena tahan dan halau. Ada yang kata undang-undang negara luar tu ketat.
Post aku tulis ni bukan takat fokus South Korea je ye. Ni utk semua travellers/tourist yang nak ke mana-mana negara sekalipun, tolong pastikan:
a) Semua document kena lengkap. tiket pergi balik kena ada, maklumat pasal tempat tinggal, transportation and insurance semua kena lengkap. Takyah nak paperless sangat, simpan data dalam phone saja. Kena print out dan letak dalam file.
b) Tahu itinerary sepanjang berada di negara orang. Mana nak pergi, macam mana nak pergi, berapa tambang sehala/return untuk tempat kita nak pergi, berapa admission fees. Sama macam document, pastikan print out and letak sekali dalam file.
c) Jangan sekadar "aku ikut korang je ni wei". Seriously, NO. sebab orang macam ni yang selalu kena aim. Sebab senang gelabah. Sebab taktau apa2. Ye lah, asyik dok "ok je, ikut je mana nak pi apa nak buat".
(dah la kau tak tolong prepare itinerary, bajet diva semua orang nak kena spoonfeed kan kau. menyusahkan)
d) Jangan menggeletis/gedik2 kalau dok negara orang. Kita taktau orang local suka ke tak perangai macam tu. Buat biasa2 chill2 relax2 sudah. Ni dok asyik menggeletis galak gedik2 terkinja2, orang tengok pun meluat.
e) Pakaian biar kemas. Tak suruh kau pakai nak OOTD bajet retis (read: Che Ta) wei. Aku pun pakai T-shirt dengan jeans je masa travel. Tapi tolong nampak semenggah sikit.
(ada ke orang komen kena pakai pakaian nampak mcm orang2 kaya baru tak kena tahan...oh pleaseeee...i pakai besa2 je ok, and bawak bagpack je okay tapi tak kena tahan pun haha)
f) Confident tu kena ada. Makna kata kat sini, study lah betul2 pasal tempat/negara yang korang nak pi tu. Bukan suruh hafal rukun negara, lagu kebangsaan, jata negara semua tu. NO. Korang bukan nak tukar warganegara. Tapi at least kena paham apa korang nak buat kat sana so bila imigresen tanya, korang boleh cakap dengan tenang dan yakin apa sebab korang visit satu2 tempat tu.
g) Berhati-hati diluar negara. Ye malang tak berbau, tapi risiko boleh dikurangkan, kalau korang tak lalai sebab dok menggeletis kalut nak bergambar la, kalut itu kalut ini sampai terlupa yang ada orang memerhati barang2 korang bawak tu dari jauh. kena sauk nanti baru tau erti penyesalan.
Nota dari aku, yang biasa travel beramai-ramai, travel dalam kumpulan kecil dan travel berseorangan. (read: travel bawak big luggage, cabin luggage dan backpacking)


xoxo
J~

No comments:

Post a Comment

Updates!

 Hi, lama giler tak update blog ni...like seriously, lama giler HAHAHAHA So far apa yang menarik? Nothing much since COVID is still around.....