Good morning, peeps! It's a beautiful day today and I can't wait to start my day. Aktiviti hari ni relax saja and aku plan nak pi ke Ikseon-dong untuk melawat kawasan yang dikatakan hip and happening dikalangan youngsters waktu ni. Ada apa kat Ikseon-dong ni? Lemme see, banyak jugak butik-butik dan kedai-kedai makan serta cafe menarik kat sini and apa yang lagi interesting adalah ni kawasan lama yang diberi nafas baru. Modern shop in a traditional building. How cool is that?
So aku pun bersiap dan terus menuju ke exit 10 stesen Myeongdong yang dekat ngan guest house aku ni (nak turun tangga aku okay je, jangan panjat udah 😂) dan terus ambik tren ke Chungmuro, untuk tukar ke line 3 dan berhenti di Jongno-3(sam)ga Station. Since hari ni hari Isnin dan hari orang bekerja maka tren agak sibuk tapi tak penuh sampai sesak tak boleh nak keluar masuk tu la. Cumanya kena berdiri betul-betul dekat dengan pintu keluar la so nanti tak payah nak bersusah-payah menyelit masa nak keluar nanti. Dah sampai kat Chungmuro, aku terus naik tangga untuk tukar ke line 3 dan naik tren ke destinasi aku. Perjalanan aku dipermudahkan seperti biasa, dan aku dah rasa macam aku local kat sini pulak 😂, dan lepas sampai ke Jongno-3(sam)ga Station tu, aku kena jalan jauh sebab aku menuju ke exit 4. Jongno-3(sam)ga Station ni ada 3 connected line - line 1(dark blue), line 3 (orange) dan line 5 (purple) so bayangkan laa jarak nak berjalan dari satu line ke satu line tu memang jauh. Boleh burn jugak laa lemak-lemak ni 😂😂. (Tips: kalau nak pi exit 4, disarankan naik tren line 5 untuk perjalanan keluar yang lebih dekat dan menjimatkan masa)
Hurrah, finally jumpa jugak exit 4 dan aku terus naik escalator untuk keluar, then lintas jalan sikit untuk ke Ikseon-dong. Pagi-pagi macam ni memang la takde orang sangat and tenang je kawasan dia. So aku ambik la gambar sikit-sikit sambil mencari Tteuran, traditional tea house yang aku nak terjah tu. Orang kata dalam pukul 11:00am tu tak ramai orang so aku plan nak lepak time tu la. Boleh la layan perasaan dengan keadaan yang tenang sikit 😝.
kawasan ni penuh dengan hanok
tenang sangat
salah satu kedai kat Ikseon-dong
Coffee and Bar
Jam dah pukul 11:00am so aku pun terus la berjalan untuk cari Tteuran tu and yes, aku jumpa jugak kedai dia. Kat luar memang nampak cantik dan traditional la, sedap mata memandang.
Tteuran - exterior
Tapi kan...aku baca notis kat pintu kata diorang tutup hari Isnin. HAHAHAHA aku taktau nak gelak ke menangis 😂. Aku rasa masa aku dok Google cari pasal kedai ni, macam takde mention yang diorang tutup hari Isnin. Aiseh, frust jugak la aku sebab aku memang nak sangat melepak kat tea house ni. Tapi takpe lah, kita tukar plan B so aku nak pergi cari tempat lain pulak. Bermulalah pengembaraan aku dengan mengikut gerak hati dan common sense aku untuk menuju ke jalan besar. Nasib baik jumpak jugak la jalan besar tu sebab aku ikut orang yang berjalan kat area tu time tu. So aku yakin yang diorang nak keluar ke jalan besar.
selfie dulu 😂😂
Aku teruskan perjalanan aku and nampak ada beberapa coffee shop kat deretan kedai tu. Aku boleh saja berenti dan beli hot chocolate aku tu tapi aku nak cuba benda lain pulak hari ni so aku jalan lagi. Eh, aku teringat kat area Samil-daero jalan besar ni, ada jugak laa satu tempat yang buat shooting pintu depan rumah encik Goblin dan drama Goblin tu so aku cari jugak jalan masuk ke tempat tu. Rupanya kawasan tu kawasan sekolah so memang la aku tak dibenarkan masuk waktu hari persekolahan. HAHAHAHA nasib lah pakcik guard tu baik, tak halau aku macam aku penjahat.
kawasan sekolah itu 😂
Ambik gambar depan pagar pun bolehhhh hahahaha. Pastu aku jalan lagi, jumpa pulak Unhyeonggung, one of the palaces yang tak berapa famous macam istana-istana yang lain tapi istana ni pun tutup hari Isnin so aku tak boleh masuk jugak. So mana nak pergi ni? Eh, tapi aku dah dekat area Insa-dong, so why not aku pergi situ saja? Situ tu ada banyak traditional tea house yang orang dok post kat blog and socmed so I guess I should go and check it out. Jalan lagiiiii pi ke simpang besar untuk lintas jalan ke Insa-dong.
tembok luar Unhyeonggung
Insa-dong on your left, Bukchon and Samcheong-dong on your right
Actually, those yang nak datang ke area Insa-dong and Bukchon/Samcheong-dong ni boleh ambik tren line 3 ke Anguk Station (Insa-dong exit 6, Bukchon exit 2) tapi since aku dari Ikseon-dong maka aku berjalan je lah. Tak jauh sangat pun sebenarnya and save sikit duit T-Money tu kalau berjalan ni. Lagipun cuaca cantik hari ni so aku lagi prefer untuk berjalan-jalan sambil menikmati udara segara. Eceh~
Tak lama lepas tu aku pun sampai ke Insa-dong, tempat yang bagi aku agak tradisional. Sini ada banyak bangunan lama dan hanok pun banyak jugak dan sini jugak banyak kedai yang jual barang-barang tradisional as a souvenir.
Insa-dong yang selalu cantik
bersih je jalan dia
Since hari masih awal, tak ramai lagi orang kat sini. Biasanya akan penuh time lunch hour, and walaupun kita seronok sebab orang tak ramai tapi the downside is kedai pun banyak tak bukak lagi. So apa boleh buat kat sini? Jalan-jalan je lah dulu sementara nak tunggu kedai bukak. Aku singgah merata jugak la kat sini, dok usya-usya tempat and aku jumpa Osulloc Cafe kat sini. Aku masuk dan tengok segala jenis teh yang dia jual kat situ. Aku ada jumpa teh yang aku suka - canola & honey yang aku beli masa aku pi Jeju dulu tapi aku fikir, muat ke kalau aku letak dalam luggage aku tu? Ni la yang payah bawak luggage kecik ni sebab dok fikir muat ke tak barang yang aku nak beli ni HAHAHAHA. Tapi tu la tujuan aku bawak luggage kecik, sebab taknak shopping. So aku KIV dulu and tengok-tengok makanan yang dijual kat cafe ni. The question is, aku nak lepak dan makan dekat sini or aku nak pergi tempat lain?
Aku decide untuk cari tempat lain. Misi utama aku kan nak cari traditional tea house so tea house it is! HAHAHA nampak tak aku boleh distracted kalau jumpa benda lain yang menarik 😂. Ok where to now? Dawon? Moonbird? Shin Old Tea House? The choices are endless tapi aku nak cari Dawon sebab aku tengok kedai dia macam menarik. Tapi kat mana ni? Dalam Google Map ni macam pening sikit la nak cari kedai dia sebab banyak lorong kecik-kecik kat kawasan Insa-dong ni. Merata ceruk aku masuk ni tapi tak jumpa pun kedai tu.
jumpa satu kedai comel ni
Haaaaa~ naik fed up pun ada jugak kalau cari kedai tak jumpa ni. So aku decide nak cari kedai lain, Moonbird. Jalan lagi untuk cari kedai ni. Like seriously, payah gila nak cari kedai-kedai ni 😂😂😂. Sedang aku tercangak mencari tea house ni, aku nampak sorang ni macam aku kenai, tengah dok tercangak mencari sesuatu. Oh, bff aku rupanya 😂😂 so aku panggil la dia. Dia kata dia tengah cari Moonbird jugak so aku suggest yang kitorang cari sama-sama. Okay lah, at least takde lah tercangak bersendirian 😂😂.
In the end kitorang berpecah jugak, and akan panggil if salah seorang dari kitorang jumpa kedai tu. So aku jalan ke satu arah ni dan masuk balik ke salah satu lorong yang aku awal-awal masuk tadi. Derrr, sini saja kaaaaaa awat tadi aku boleh tak nampak??? So aku lari balik gi cari bff aku and bawak dia ke tea house yang kitorang nak pi tu. What an adventure 😂😂.
haha kedai macam ni memang ada tendency untuk terlepas pandang
Moon Bird Does Think Only Of The Moon
very rustic
Kalau tengok kat Google, kedai ni bukak pukul 12:00pm so since belum pukul 12 lagi kitorang pun jalan-jalan kejap area ni, pergi cari kedai Sujebi yang aku nak makan tu dan berjaya hasut bff untuk melantak sujebi tu dengan aku untuk lunch nanti 😈😈. Pastu kitorang jalan lagi and since bff tinggal dekat Insa-dong ni, dia bawak aku pergi melawat tempat-tempat kat sini and hasut aku pasal beungobbang (waffle bentuk ikan) dan hotteok (korean sweet pancake) yang ada jual kat area ni. Harus lah aku kena memborong kejap lagi 😂😂.
Then kitorang return balik ke Moonbird tea house tu tapi kenapa macam tutup lagi? Kata pukul 12 dah bukak. Tapi lampu luar terpasang. So macam mana ni? Tak nampak pun kelibat orang lalu-lalang kat sini. Yang ada pun ahjumma restoran vegetarian sebelah (Ohsegyehyang) dok bersihkan kedai dia. Kitorang pun duduk la depan tea house ni sambil tunggu pintu kedai dibuka and sambil-sambil tu harus laa ambik gambar dulu kan 😂😂.
arrow ke Moonbird yang simple sangat sampai tak nampak 😂
takyah acah mintak duit sangat la makcik oi 😂
muka kelaparan
rustic
Tengah-tengah seronok ambil gambar, nampak ada dua customer keluar dari Moonbird tu so kitorang pun berpandangan la. Eh celah mana diorang ni masuk sebab kitorang tak nampak pun orang lalu-lalang kat kedai tu tadi. And since pintu dia tutup macam tu so kitorang ingat memang tak bukak lagi la kedai ni HAHAHAHA. Awal tadi aku suruh bff tolak pintu tu nak tengok kedai bukak ke tutup tapi dia takmau so okay sekarang terbukti memang pintu kedai sentiasa ditutup and kena tolak sendiri. Mesti tuan kedai heran tengok kenapa kitorang melepak lama gila kat depan kedai dia 😂😂.
So kitorang pun masuk dan disambut mesra oleh tuan kedai and dia bawak kitorang ke tempat duduk. Kedai ni cozy sangat, aku suka gila. Rasa macam tenang je. Tuan kedai bagi kitorang menu and time tu kebetulan lapar, memang semua pun la nampak sedap. Tapi as usual aku stick to jujube tea (daechu cha) and bff aku order sampai 2 jenis minuman - omija and sujeonggwa (rasanya yang ni kot). Tuan kedai tu agak terkejut la bila sorang order sampai 2 minuman tapi kitorang buat muka kering ja time tu 😂😂😂. Oh makcik, makcik belum tengok kitorang order makanan lagi...mau nangis kalau tengok nanti HAHAHAHA~
As usual, sementara tunggu minuman sampai, kitorang ambik gambar dulu. Suka tengok kedai dia yang memang nampak macam dah usang ni.
Moonbird - interior
Tak lama lepas tu, minuman yang kitorang pesan tu pun sampai. Drinks come with free traditional korean snacks - tteok (rice cake) and yugwa (rice puff), which is nice. Aku suka mai Korea ni sebab depa rajin bagi "service" (free stuff), tak kira la air kosong ke extra makanan ke or kekadang beli souvenir pun dapat free gifts.
our drinks (L to R: jujube, omija and sujeonggwa) and free korean snacks 💗
bergambar dulu sebelum makan 😝
Aku memang suka jujube tea. Kalau makan kat kedai Korean kat Malaysia pun aku akan order air ni sebab sedap. Aku agak skeptikal nak try omija tea walaupun warna dia comel, sebab this tea is made of 5 berries (o - five, mija - mixed berries) and ada yang tak suka sebab rasa dia masam, manis, payau. You get it, 5 different flavours of berries. And sujeonggwa pulak sebab made of cinnamon and ginger, pun aku skeptikal nak try tapi bila aku cilok sikit dari bff aku, baru la aku tau betapa nikmatnya melayan dua jenis minuman ni. Sedap wei, serius tak tipu 😂😂.
jujube tea (daechu cha) and korean snacks, yugwa (rice puff, above) and tteok (rice cake, below)
Sambil menikmati teh-teh dan korean snacks ni, kami buat plan nak datang balik ke Seoul in the future, so that we can experience this once again. And of course, kitorang choose to come during autumn. I don't know why but I love autumn so much. Dia macam ada satu feeling bila jalan kat luar time autumn ni. And since aku nampak kat dinding ni ada orang tulis notes, kitorang pun turut tulis notes dan lekat kat situ bersama-sama janji kitorang untuk datang lagi ke Seoul. Jadi ke tak itu kita belum pasti. Tapi kalau tak datang sama-sama, aku tak kisah pun kalau nak datang sorang-sorang 😂😂.
personal touch
Lepas settle minum, kitorang pun bayar kat kaunter (KRW25,000 kalau tak silap) and then jalan keluar dari situ. Time ni orang dah ramai sebab tengah lunch hour and since kitorang nak avoid kedai makan time ni sebab tau kedai makan confirm tengah full house, so kitorang jalan-jalan lagi area Insa-dong ni. Tetiba bff cakap nak balik bilik dia kejap untuk freshen up so aku jalan la sorang-sorang kat situ, sambil tengok-tengok apa yang menarik. Ada gerai-gerai yang dah start bukak and aku nampak gerai hotteok yang aku nak tu tapi bila aku sampai kat situ, dia kata lagi 20 minit baru ready. Okay, aku gerak pi tempat lain dulu. Aku singgah farmasi untuk top up plaster. Kaki aku dah melecet gila ni, plaster yang aku bawak dari Malaysia pun dah nak habis 😂😂. Lepas aku beli plaster tu aku duduk depan farmasi tu untuk cuci mata sambil tunggu bff aku datang. Lagipun kedai sujebi tu dekat dengan farmasi tu so aku malas nak jalan dah. Tapi tetiba bff aku mesej, kata gerai ahjumma yang jual beungobbang tu dah bukak kat depan guest house dia tu. HAHA keji pompuan ni, saja nak suruh aku berjalan pi sana la tu. Aku cakap aku malas and aku suruh dia belikan untuk aku saja tapi bila fikir balik, baik aku pi jalan kat area tu. Boleh aku tengok apa menarik kat situ.
interesting statue
So aku pun jalan lah dan tengok apa yang jual dekat tepi jalan tu. Boleh tahan jugak gerai yang ada dekat situ and macam-macam barang jugak jual. Aku nampak satu gerai ni jual traditional korean snacks yang aku makan tadi dekat tea house tu tapi macam biasa la, dok fikir muat ke tak beg aku nanti. Next time memang kena datang bawak beg besar la oi 😂😂. Then dah sampai ke kawasan guest house bff aku tu, which is at the end of the Insa-dong lane tu, and aku nampak la gerai beungobbang ni. Terus lah aku order sebungkus, mintak ahjumma tu bagi red bean separuh dan custard separuh. Tapi macam biasa, aku lagi suka red bean dari custard sebab tekstur dia lagi menarik.
10 pieces for KRW2,000
smol bbang, so cuteee~ 😂
Seriously crunchy wei. Aaaa, that feeling. Last 2 years aku jumpa jugak gerai yang jual beungobbang sedap ni, kat area Sindang-dong yang aku stay tu. Tambah pulak makan time hujan, memang syiok lah. Tak lama lepas aku melayan perasaan ni, bff aku turun and kitorang pun terus berjalan ke kedai sujebi tu. Tapi, macam biasa kami distracted pasal benda lain. Nampak gerai hotteok yang aku singgah tadi tak jauh dari situ. Kali ni nampak ada ramai orang beratur so aku confident gerai tu dah bukak. Kitorang terus join queue tu dan tunggu giliran untuk beli. Nampak je line panjang tapi ahjumma ni buat keja cepat. Aku order 2 ketul and then tak lama lepas tu kitorang pun dapat hotteok kitorang. Sebijik hotteok ni KRW1,500 and tak macam hotteok yang aku makan kat Namdaemun market semalam, hotteok ni lagi fluffy and rasa macam donat. Inti dia sama cuma takde la lepas gigit tu terus kena inti dia yang panas tu 😂😂.
omg this feeling~~ 😍😍
muka content dapat makan hotteok
Walaupun dah makan beungobbang dan hotteok ni tapi aku masih lagi lapar dan harus meneruskan misi aku untuk makan kat kedai sujebi tu. Dari time aku buat research pasal kedai ni, ayaq lioq aku dok menitik bila tengok sujebi ngan pajeon yang kedai ni jual. Oleh yang demikian, aku harus makan!
And thank god kedai tu tak ramai orang masa kitorang sampai. Maybe dah lepas time peak untuk lunch hour, dalam pukul 1:40pm macam tu. And macam tea house tadi, kedai ni jugak terletak di ceruk-ceruk dan area lorong kecik so nak cari kedai ni, kena ada mata macam Hawkeye 😂😂. Ahjumma kedai tu dah biasa dengan orang Melayu yang datang ke kedai dia so dia bagi kitorang menu yang ada English dan Bahasa Malaysia. Yes, Bahasa Malaysia. Sape la yang rajin translate pun aku taktau tapi aku berterima kasih pada orang tu atas usaha dia untuk menyenangkan ramai orang.
So kitorang order satu sujebi biasa (for me), satu sujebi perila (for bff) and satu haemul pajeon yang kelihatan menggiurkan tu. Mula-mula ingatkan sorang satu dapat periuk besar tapi bila ahjumma tu explain, ada saiz untuk sorang dan ada jugak saiz besar untuk 2-3 orang so that's why kitorang pilih flavour lain-lain. Lagipun aku nampak sujebi perila ni macam muak sebab kuah pekat macam kuah laksam and aku pulak baru pelahap beungobbang dengan hotteok tu so, no thanks 😂😂.
What is sujebi, one might ask? Sujebi ni hand torn noodle dalam potato soup. Instead of potong panjang-panjang, dia carik-carik je tepung noodle tu dan baling dalam kuah sup tu. And since sup tu diperbuat dari kentang dan sayur-sayuran so aku confident nak makan. And haemul pajeon pulak sejenis lempeng yang ada seafood (udang dan sotong) dan jugak green onion. Biasanya makan time hujan ni best jugak. Apa yang special pajeon kat kedai ni? Dia letak telur goreng atas tu. Pajeon yang aku biasa makan selalunya takdak telur goreng tu.
our dishes - original sujebi, pajeon and perila sujebi. and kimchi
sujebi and kimchi. kimchi tu seriously sedap!
Allah, nikmatnya tak terkata bila aku suap sujebi ni dalam mulut. Bagi aku sedap la sebab sujebi ni sangat comforting. Bila makan, perut pun rasa panas dan selesa. Tapi ni pendapat aku la, maybe ada orang yang tak suka makan sujebi ni. Mungkin bagi diorang rasa bland saja. Tapi kimchi kan ada. Tambah la kimchi tu and lagi umph laa rasa sujebi ni 😂😂. Pajeon ni pun sama sedap, especially kalau makan dengan kuah kicap dia tu dan letak kimchi atas dia. Rasa dia perghhhh cenggini 👍👍👍👍👍 haaaa. Aku terfikir, pasaipa la aku tak pernah tau pasai kewujudan kedai ni sebelum ni. Harus lah repeat kalau mai sini lagi.
Tapi, bila tepung bertemu tepung banyak sangat (termasuklah benda-benda yang aku makan awal tadi), perut pun jadi kenyang gila sampai kitorang tersandar laa sementara nak nak habiskan semua tu 😂😂. Kedai pulak akan tutup dalam pukul 2:30pm-4:30pm untuk berehat and kitorang ada lagi 15 minit untuk habiskan makanan kitorang tu tapi memang kenyang sangat. Kalau tak habis nanti, kami takut kena marah dengan ahjumaa tu macam kami kena marah masa kami tak habis makan bubur kat Jeju dulu 😂😂. So kami pulun jugak makan and memang satu tahap tu dah tak boleh nak habiskan pajeon tu so kitorang tinggal je kat situ and nak pi bayar. Pekerja kat situ tanya nak tapau tak, aku taknak sebab memang aku betul-betul kenyang. Tapi bila dia tanya lagi, bff aku pun cakap tapau je lah nanti dia makan kat bilik. Maybe orang Korea tak suka pembaziran kot? Sayang la, makanan kan. And thanks, bff. Walaupun badanmu kurus tapi tangkimu mampu habiskan semua tu 😂😂. Oh ya, total kitorang makan kat sini tak silap aku KRW24,000. Berbaloi la harga dengan makanan dia tu. Aku kalau bab makanan ni memang tak berkira lah, janji sedap dan berbaloi 😂😂.
Lepas tu kitorang jalan-jalan dulu untuk bagi makanan tu turun dan nak rehatkan perut kitorang yang dah macam nak pecah ni. Kitorang ada jumpa kedai handmade souvenir ni dan aku tengok ada handmade groceries bag yang cantik so aku pun sambar la. Lagipun boleh buat pi beli barang dapur nanti. Segak la sikit nak usung pun 😂😂. As usual aku testing balik Korean aku yang dah berkarat tu. Nasib lah boleh cakap sikit-sikit lagi. Sepanjang aku duduk kat Seoul ni, aku akan try cakap Korean dulu. Kalau tak boleh jugak, aku cakap English and kalau teruk sangat tak paham tu, aku akan guna bahasa jari, which is very effective 😂😂. Janji kitorang sama-sama faham apa yang kitorang cuba nak sampaikan, easy.
random flower
tepi jalan pun bolehhh~
Okay lah, since aku dah kenyang sangat aku cakap kat bff aku yang aku nak balik ke bilik aku dulu and rehat sementara aku nak sambung aktiviti petang ni. Sebab aku confirm petang ni mesti lagi penat gila. So we say goodbye and aku kembali ke Myeongdong untuk balik ke bilik dan berehat. Oh, sebelum tu aku singgah kat Daiso dekat exit 1 tu, sebat la apa yang patut dan menarik minat aku (sempat lagi oi 😜). Pastu aku singgah pulak kat farmasi lagi sebab nak beli ubat tepek untuk muscle tu. Sakit sangat dah pinggang ngan betis aku ni. Asyik cramped je 😂😂.
Dah sampai bilik, aku memang terjun tiruk la atas katil and rasa lega terus sebab dapat rehat. Maybe aku dah tua sebab tu cepat letih. Nasib la itinerary aku kali ni longgar-longgar je so takde laa menderita sangat. And ada lagi 2 jam sebelum aku meneruskan aktiviti aku petang ni. Ke mana pulak aku nak pi petang ni? Tunggu aku cerita dalam next entry. Aku nak rehat dulu, letih sangat ni 😂😂.
xoxo
J~
No comments:
Post a Comment