So aku jalan ke subway station Line 2 (green line) yang terletak jauh sikit dari guest house aku. Memang guest house aku dekat dengan subway station tapi itu Line 4 (light blue line) and kalau aku amik tren tu, aku kena tukar tren kat station lain, which is time consuming dan penat juga (especially bila aku memikirkan tangga kat subway yang tinggi-tinggi itu 😂). So aku jalan sampai ke area Lotte Mall tu dan ambik tren kat Line 2 menuju ke Hongik Station. Kalau tanya pasal subway line ni, favourite line aku adalah Line 2 (green line), Line 4 (light blue line) dan Line 3 (orange line) sebab banyak tempat aku suka pi ada dekat tiga line subway ni. So kalau nak pilih accommodation, cari je yang dekat dengan salah satu dari subway line ni.
station euljiro-1(il) ga, line 2
Pagi ni tak ramai orang, mungkin sebab hari Sabtu dan tak ramai lagi orang bangun untuk berjimba. Best thing sampai ke negara orang awal pagi ni adalah kita ada banyak masa untuk berjalan seharian (walaupun masih letih dan walaupun belum mandi 😂😂😂) and tak payah kalut sangat. So aku naik tren yang tak ramai orang tu menuju ke Hongik Station yang hanya 6 stesen dari tempat aku naik tadi. Sampai dekat Hongik Station ni, orang dah ramai sikit, mungkin sebab orang baru keluar dari AREX line or maybe students kat Hongik University tu dah mula nak berjimba kat kawasan Hongdae tu. Boleh pulak aku tersilap jalan nak keluar time ni. Aku nak cari exit 3 tapi aku dah tersalah jalan sampai ke exit 1, sebabnya aku perasan ada kedai deco feveret aku, 'Butter', kat situ 😂😂😂. So terpaksa lah patah balik and cari exit 3. Sebenarnya exit 3 tu agak jauh la nak berjalan pun tapi okay la sebab ada escalator so tak payah nak panjat tangga.
Okay dah jumpa exit 3 so aku pun terus keluar untuk menuju ke Yeonnam-dong and aaaaahhhh~ what a nice feeling. Cuaca cantik, udara nyaman dan feeling dia memang mengancam lah. I miss this place so much! Aku jatuh cinta dekat kawasan ni sejak pertama kali aku jejakkan kaki kat sini 3 tahun lepas. Mulanya aku saja mai terjah ja kawasan ni sebab nak cari kedai buku tapi tak jumpa pulak kedai buku tu so aku ngan bff aku jalan-jalan la kat kawasan ni, and we got lost but we fell in love with the quaintness of this area. So everytime aku datang ke Seoul, mesti aku wajib datang ke Yeonnam-dong untuk bersiar-siar.
it's a beautiful day~~ ♪♪
flowers. flowers everywhere~
random blue door
cafe
another cafe
Mostly kedai kat sini bukak pukul 11:00am ke atas, maybe sebab diorang style tutup kedai lewat kot. Orang Korea kan suka bersuka-ria sampai lewat malam so make sense la kan. So awal-awal ni sunyi sikit la kawasan ni, yang ada pun maybe pelancong yang tengah tarik luggage, sama ada baru sampai or dah nak balik.
that familiar lane 😍
Bila nampak lorong ni, aku dah jadi super excited. Sebabnya aku akan jumpa dua kedai favourite aku yang memang wajib aku datang kalau aku melawat tempat ni.
SF Bagels
Ta-da! Aku dah sampai ke kedai bagels favourite aku, SF Bagels. Kedai dia kecik ja and tempat duduk pun terhad tapi kalau bernasib baik memang dapat la merasa bagels dia yang kekadang sold out tu or duduk kat kerusi tu. Kalau tempat penuh, sila lah bersidai di mana-mana tangga or tembok yang available di sekitar tu 😂😂. As usual aku memang excited bila sampai kat sini and bila owner dia nampak aku, dia pun jadi excited jugak. So kitorang pun bersembang la. By the way, owner dia boleh cakap English sebab dia belajar kat US dulu so takde masalah la nak membawang dengan dia ni 😂. Macam-macam jugak la kitorang bersembang, dari cuaca ke makanan sampai lah ke tempat-tempat menarik untuk dilawati. Aku dengan dia ni memang selalu contact jugak through IG so memang kenal laa sesama sendiri.
my favourite - plain bagel with walnut cream cheese and orange aide 💗
ni owner dia, Min Seo. boleh tahan ramah. geng membawang jugak ni 😂
Aku cakap kat Min Seo, kalau nak mai Malaysia nanti roger la aku so boleh lepak sama-sama. Bukan senang nak jumpa geng membawang macam ni kan, especially dari negara lain HAHAHAHA~
Aku lepak tak lama kat SF Bagels ni sebab aku ada tempat lain nak pi lagi. So aku mula berjalan lagi and jumpa satu lagi kedai favourite aku yang tak jauh dari situ.
Coffee Libre
Honestly, aku suka sangat kedai coffee ni sebab rustic dan cozy, walaupun kecik. Tapi biasanya aku akan beli and minum sambil jalan-jalan sebab tempat ni selalunya penuh. Coffee dia best, as claimed by my bff. And since aku tak minum coffee, aku beli hot chocolate je. And yes, sangat best! Rasa dia tak berubah since aku first datang ke sini 3 tahun lepas. Aku ni cerewet gila kalau pasal hot chocolate, bagi aku tak semua orang pandai bancuh. Kekadang pahit la, ceroi la apa la tapi ka Coffee Libre ni hot chocolate dia perfect! Not too sweet, not too bitter, not too hot, not too cold. Just how I like it.
yay for hot chocolate!
Then aku jalan balik ke subway station sebab aku nak pi ke tempat lain pulak. Tapi still cuci-cuci mata tengok kedai-kedai comel dan quirky kat kawasan ni.
unicorn!
back to the starting point
Okay now aku naik tren dari Hongik Station, green line and tukar dekat Dongdaemun Culture and History Park, light blue line untuk naik tren ke Hyehwa Station. Masa ni cuak jugak and biasanya aku akan tengok handphone aku untuk check station mana and arah mana aku kena tuju untuk ke destinasi tapi kali ni dah tak payah. Aku ikut gerak hati aku and Alhamdulillah tak salah. Rasa macam perjalanan aku kali ni dipermudahkan pulak. Maybe sebab aku sorang kot and tak rasa kalut sebab nak kena jaga orang lain sama. Baru aku perasan yang aku ni cepat gelabah kalau ada orang lain kat sebelah. Contohnya, semasa aku memandu. Kalau aku drive sorang-sorang aku relax je tapi kalau ada orang kat sebelah, nak pi tempat yang aku dah biasa pun nampak macam aku tak reti drive kereta HAHAHAHAHA. Masalah betoi 😂😂.
Aku rasa macam tak lama, mungkin dalam 20 minit macam tu aku dah sampai Hyehwa Station. Ni pun actually kawasan University, sama macam Hongik Station (or Hongdae). Kat Hyehwa, ataupun Daehakro (in english: University Lane) ni, ada beberapa university kat area ni. So kita akan nampak ramai students berkeliaran, dan kedai makan kat sini pun a bit cheaper than tempat yang touristy (except kalau chain restaurants la).
baru balik kelas ke dik?
comel bangunan ni
Apa aku nak buat kat area Hyehwa ni? Tunggu aku reveal dalam next post la ek? 😂😂😂
Note: Harap bertabah la dengan post-post aku yang panjang ni sebab excited nak bercerita 😝😝
xoxo
J~
Hi!
ReplyDeleteTerjumpa blog ni sebab tengah recce2 and survey untuk solo travel later this year. And apparently minat sama that is food & culture. Thanks sebab tulis your journey, boleh buat rujukan. Nanti nak carilah SF Bagels tu. :D