Wednesday, May 8, 2019

Seoul Spring Break 2019 : Day 2 (Part Two)

Yas! Dah sampai ke Hongik Station (eleh kecoh, satu stesen je pun 😂😂) so aku terus cari exit 4 untuk ke BoA guest house tu. Pasaipa exit 4? Sebab lagi dekat la, apa lagi. Lagipun kat situ ada escalator so takyah panjat tangga. Kan senang hidup 😂😂. Masa aku mai ngan kawan-kawan aku 3 tahun lepas, kitorang keluar kat exit 8 pastu jalan laaa sampai ke guest house ni. Diorang suka ambik jalan jauh pastu nak naik angin kalau orang tak ikut pace diorang. Haih boring 😤.

Anyway, lepas naik escalator dan keluar dari exit 4 tu aku macam terkejut sebab ada shopping mall baru kat situ. Ke aku yang tak perasan selama ni ada shopping mall tu? Tapi macam fancy jugak la tempat ni. Cuma aku malas nak masuk sebab aku nak pi cari ayam goreng aku tu, lapaq tak hengat dah ni 😂😂. So aku jalan la sampai ke jalan besar and tunggu untuk lintas jalan. Hmm, kat sini memang banyak tempat kena melintas ni. Aku dari yang takut nak melintas ni punnnn dah jadi makin berani 😂😂. Lepas berjaya melintas tu aku pun dengan penuh semangat berjalan mencari BoA guest house dan sambil jalan tu aku dah terbayang-bayang dah ayam goreng yang lazat itu.

uiii aroi~ (gambar 2 tahun lepas)

Tapi bila aku sampai situ, aku tengok dapur dia gelap so aku jenguk-jenguk la kat tingkap. Dia kata last bukak kedai 30/04/2019 ni tapi pasaipa hari ni pun gelap? So aku pi dekat receptionist and tanya pasal kitchen hari ni. Rupanya weekend kitchen tutup. Huwaaaaaa~ tak merasa la aku nak makan ayam goreng yang lazat itu. Telan ayaq lioq je lah. Dengan penuh pasrah dan kelaparan, aku pun beredar dari situ dan lintas balik jalan besar yang nak menuju ke shopping mall tu. Tak pe lah, takde rezeki aku hari ni. Tapi time ni la rasa nak pi toilet pun 😂😂.

So aku singgah la kat shopping mall tu (merasa jugak masuk mall ni, awal tadi kemahen belagak takmau masuk 😂😂). Tak silap aku nama mall ni AK Forest, ada Holiday Inn Express kat mall ni so sape yang nak menyenangkan diri, boleh la stay kat hotel ni sebab dekat dengan subway dan ada AREX line juga dekat sini so senang nak pi airport. Not bad la mall ni tapi aku tak jumpa benda yang aku teringin nak makan so aku pi tumpang guna toilet dia je lah. Lepas guna toilet, aku pun keluar balik dari mall ni and terus berjalan menuju ke area Hongdae.

Hongdae ataupun Hongik Daehakyo (Hongik University) adalah kawasan tumpuan pelajar dan juga tourist. Tempat ni memang penuh la especially weekend sebab ni kawasan university. So kalau kawasan university, barang-barang dia is a bit cheaper. And tempat ni memang happening dengan students yang buat persembahan. Setiap seminit korang berjalan memang akan nampak orang buat persembahan, tak kira lah menari ke menyanyi ke silap mata ke, memang ada lah macam-macam benda yang korang boleh tengok. Antara minat dengan tak je.

Tapi sama macam Myeongdong, aku kureng sikit datang Hongdae ni sebab sesak la. Aku kan memang tak suka sangat tempat sesak macam ni. Aku mai Hongdae ni sebab nak makan ja, bukan nak shopping or bersesak-sesak dengan orang lain. Tapi kan, walaupun sesak, aku still rasa selamat and tak risau kalau kena pickpocket ke apa ke. Seoul antara tempat yang selamat untuk berjalan, sebab tu aku boleh berani nak datang sini sorang-sorang 😂😂. And actually Hongdae ni tempat menarik jugak la untuk datang melawat sebab dia luas dan banyak benda boleh buat kat sini. Aku suggest kalau korang datang Hongdae, sila spend seharian kat sini. Kalau datang sekejap, tak banyak benda boleh buat. Aku? Nak terjah cafe yang menarik perhatian aku ni ja. Lagipun aku dah lapaq gila wei.

Actually cafe yang aku nak pi ni boleh keluar dari exit 9 tapi since aku dari exit 4 so aku kena la jalan jauh sikit untuk cari cafe ni. Aku memang tak pandang tempat lain dah la sebab sibuk nak cari cafe aku ni ha. Kekadang rasa menyesal pulak tak duduk area ni sebab aku rasa kalau nak compare Myeongdong dengan Hongdae, baik duduk Hongdae lagi. Oh, well...next time kan ada lagi 😂😂.

cute kan?

halah halah halah cantiknya bungaaa 💗

jangan tertipu dengan gambar ni. depan tu ramai gila orang 😂

Dengan bantuan Google Maps (banyak jasa dia dengan kaknur ni 😝) aku akhirnya jumpa jugak cafe yang aku cari tu, Mint Heim.

kat luar dia biasa je tapi kaler mint tu aku suka

ni bangunan cafe tu. comel kan?

Pasaipa aku excited sangat dengan cafe ni? Sebab semuanya berasaskan mint. Well, okay ada jugak yang takde mint tp majoriti memang ada mint lah. Sebab tu nama dia Cafe Mint Heim. Dan sebagai seorang yang obsessed dengan mint dan juga chocolate chip, I feel like I belong here. This is where I should be 😂😂. Apa lagi, aku yang penuh kelaparan ni terus la masuk ke dalam cafe ni and leganyaa tak ramai orang so aku boleh la take my own sweet time untuk menikmati kelazatan makanan berasaskan mint ni. So aku order mint chocolate cake (KRW6,500), iced mint chocolate latte (KRW4,500) and mint chocolate macaron (KRW2,500). So total KRW13,500 (RM48)

ahhai i'm in mint choco heaven~

nampak tak muka kaknur happy gile? 😂😂

happiness is...mint chocolate 😂

Bagi seseorang yang suka makan mint chocolate ni, aku rasa sedap laa makanan yang aku order ni. Tapi bagi orang lain mungkin depa cakap tak sedap or mungkin muak, but not me 😂😂. Aku happy dapat makan kat sini. Cumanya aku baru sedar yang aku tak makan benda berat dari pagi tadi and semua makanan yang aku makan setakat ni semuanya berunsurkan gula saja, no wonder lapaq sampai terketaq 😂😂.

Sama macam tempat lain, walaupun aku nak spend masa lama tapi tak boleh sangat sebab aku ada tempat lain lagi yang aku nak singgah. So aku bungkus kek aku yang tak habis tu dan segera bergerak dari Mint Heim dan nak pergi ke exit 9 tapi macam biasa lah, suka sangat ikut kepala sendiri, dah ke mana-mana dah aku berjalan. Jauh jugak lah aku jalan, sampai nak ke stesen Sangsu dah pun. Aku stop kejap, fikir nak naik dari stesen Sangsu ke atau nak patah balik ke stesen Hongik. Tapi kalau naik dari stesen Sangsu, aku kena tukar tren kat Hapjeong, malas pulak aku. So aku patah balik dan jalan untuk cari balik Hongik Station exit 9 tu (nampak dak kegigihan tu? 😝). Time ni sempat la cuci mata tengok orang buat performance kat tepi jalan tu 😂. 


comei pulak depa ni. dah la suara sedap 😍

Okay, fokus! Aku ada tempat lain nak pergi ni...satgi sangkut pulak kat sini 😂. So aku bergegas ke exit 9 dan ambik tren untuk menuju ke City Hall. Tak jauh sangat la, dalam 5 stesen macam tu so macam biasa aku tak duduk la untuk bagi peluang kat orang lain. Aku just berangan benda apa yang aku nak buat bila sampai kat City Hall nanti. 

Ada apa dekat area City Hall tu? tunggu next post ek~ 😋

P/S: tak jumpa mamat hensem lagi dah selain dari mamat yang keluar teksi dekat area Seokchon Lake tu 😂

xoxo
J~





No comments:

Post a Comment

Updates!

 Hi, lama giler tak update blog ni...like seriously, lama giler HAHAHAHA So far apa yang menarik? Nothing much since COVID is still around.....