Thursday, May 9, 2019

Seoul Spring Break 2019 : Day 2 (Part Three)

Dah sampai City Hall Station! So aku terus keluar dan ambil exit 1 (again, sebab ada escalator). Aku tak kisah kalau jalan jauh sikit asalkan tak payah naik tangga. Actually takde la jauh sangat pun dengan tempat yang aku nak pi ni tapi kena pusing balik sikit ja.

So, mana nak terjah dulu ni? Ada dua tempat yang aku nak singgah kalau sampai kat sini - Deoksugung dan Deoksugung Stonewall Walkway. Apa beza dua ni? Deoksugung adalah istana (paling kecil antara 5 istana utama di Seoul) and Stonewall Walkway tu kawasan luar tembok istana ni. Stonewall Walkway ni tempat orang bersiar-siar. Aku dah pernah masuk dalam Deoksugung tu last 2 years and kali ni kalau aku nak masuk pun, aku nak ambil gambar time sunset. Mesti cantik gila waktu tu. So aku decide untuk jalan kat Stonewall Walkway ni dulu sementara nak tunggu sunset.

ada dalam drama Goblin

masa full cherry blossom

Ok tujuan aku nak datang sini mesti lah sebab nak jalan bawah cherry blossom tapi nasib tak menyebelahi aku. Next time aku nak datang time autumn, anytime pun akan ada daun merah oren kuning yang cantik tu 😂😂. Tapi takpa, alang-alang dah sampai aku jalan je lah sini. Lagipun aku ada tempat nak dituju kat kawasan ni.


daun dah hijauuu~~~

Aku suka la kawasan ni sebab tenang je. Orang yang datang kat sini pun nak lepak-lepak and chill ja. Ada a few street performances and aku lepak kat area sorang foreigner ni menyanyi untuk kutip duit dan bantu dia pi travel. Ada orang lain pun lepak kat sini sambil layan dia nyanyi, and ada yang bagi duit kat dia. Aku malas nak bagi duit sebab aku pun mai melancong and duit aku pun tak banyak 😂😂. Sambil-sambil tu aku stretch kan kaki aku yang dah lenguh sebab jalan banyak sangat ni. Bila dah okay sikit, aku sambung balik berjalan sepanjang tembok ni. Ada a few tempat yang aku nampak bila sampai kat sini, and ada a few food trucks. Aku tengok-tengok jugak apa yang diorang jual tapi tak tahan sikit la bila ada bau busuk kat satu gerai ni. Dia panggang kacang apa ntah sampai bau busuk tu and aku tak tahan so aku pun cepat-cepat lari dari situ.

kat kawasan Seoul Museum of Art (SeMA) ni la ada food truck tu

church

Aku sambung lagi berjalan kat area ni and finally aku jumpa jugak cafe yang aku dok cari tu. Tapi bukan nak mai makan sini la, saja nak ambik gambar ja. Cafe LePul ni appeared dalam drama Korea "Where Star Lands". Walaupun aku bukan peminat tegar drama Korea tapi aku tengok la drama ni and aku rasa cafe ni macam comel sangat.

tempat dia kecik ja tapi cozy

bukti tempat dalam drama ni wujud 😂😂

Okay, misi aku tercapai jugak kali ni. So kita patah balik untuk ke Deoksugung. Tapi masa ni kaki aku sakit sangat ni sampai berapa kali aku berhenti duduk untuk rehatkan kaki aku. Bila fikir-fikir balik, memang berjalan sungguh aku hari ni. Lebih 10,000 steps rasanya 😂😂. Lepas tu mula la mai perasaan malas nak teruskan aktiviti aku. So aku decide untuk skip Deoksugung sebab aku dah letih sangat. Lagipun aku dah pernah masuk kan sebelum ni so takpe la, no regrets.

gambar tahun 2017, depan Deoksugung

dah lah, jom beredar dari sini dan balik

Balik ke? HAHAHAHA memang tak laaa. Instead of naik tren dan balik ke Myeongdong, aku jalan dari Deoksugung tu menuju ke Sungnyemun sebab aku takmau naik tren dan tukar tren kat Seoul Station tu sebelum aku balik ke Myeongdong. Gigih sangat aih berjalan. Okay lah kan, sambil-sambil tu boleh ambik angin petang dan tengok pemandangan sekeliling. Takdak laa asyik nak hadap underground yang takdak apa tu ja pun.

Dari Deoksugung ke Sungnyemun tu takdak la jauh sangat, ada la dalam 10-15 minit berjalan tapi yang aku meluat nya, masa aku tengah lintas jalan tu boleh pulak betis aku cramped. Nasib baik aku tak tergolek jatuh atas jalan tu kalau tak, jatuh la reputasi aku nanti 😂😂😂😂. So jalan pelan-pelan sambil terhincut-hincut la aku sementara nak sampai ke Sungnyemun pun 😁. Lepas lintas jalan sekali lagi, aku pun nampak Sungnyemun yang tersergam indah tu dan as usual, harus lah duduk melepak dulu untuk urut kaki aku yang dah cramped tu 😂.

Sungnyemun / Namdaemun Gate, mesmerizing 💗

sempat lagi nak posing 😂

Ada sebab kenapa aku datang kat area ni. Aku nak singgah kat Namdaemun Market jugak. Memula aku plan nak makan kalguksu kat Namdaemun Market Kalguksu Alley ni tapi dua benda yang buat aku cancel plan aku, which is a) bila aku Google, kata Namdaemun Market tutup hari Ahad and b) takut depa guna bahan-bahan yang aku tak boleh makan. Memang la mostly kalguksu ni base dia anchovy broth tapi kadang-kadang ada jugak yang pakai meat broth. So, no thanks.

son kalguksu - hand made knife cut soup noodle (gambar google)

Tapi aku jalan je lah masuk area Namdaemun Market ni sebab nak short cut untuk naik tren balik Myeongdong. Eh, meriah jugak lah! Kata Ahad tutup 😂😂. Nasib aku baik la kan sebab market bukak malam ni. Aku tengok-tengok sekeliling aku and ada oppa ni panggil masuk kedai souvenir dia. Memula ingat tak nak beli apa-apa la tapi sebab dia boleh cakap melayu sikit so aku pun sambar la a few barang. And dia bagi free set sudu dengan chopstick besi kat aku. Boleh la guna kat ofis bila balik Malaysia nanti 😂😂.

Namdaemun Market waktu petang

Pastu aku jalan-jalan lagi kat area market ni. Ramai nya manusia mai membeli-belah and aku nampak beberapa kumpulan manusia dari Malaysia. As usual, tidak lah kami bertegur sapa. Maybe diorang pun tak nampak aku. Kalau nampak pun buat-buat tak nampak lah. Aku pun nak cepat jugak balik ni so tak sempat la nak tegur semua orang kan? 😂😂 Masa aku dah nak sampai kat exit 5 stesen Hoehyeon tu, aku nampak satu gerai jual hotteok (korean sweet pancake). Aaaaa bahagianya rasa time ni sebab aku memang teringin sangat nak makan hotteok so aku pun beli la sebijik. Rasanya macam KRW1,000 ke KRW1,500 macam tu sebijik. Anyway, aku pun cepat-cepat la makan. Damn, hangat gila hampir melecur mulut aku 😂😂😂. Mana tak nya, penuh dengan gula dan madu dalam tu memang laa kalau benda macam tu baru masak, ia nya panas dan gooey. So imagine me burning my tongue lepas makan hotteok tu 😂😂.

yay for hotteok! 😍😍

Dah settle makan hotteok, aku pun balik lah ke Myeongdong. Actually kan, aku patut keluar kat exit 10 sebab lagi dekat ngan guest house aku tu tapi biasa lah aku ni, takmau panjat tangga so aku sanggup keluar kat exit 1 (sebab ada escalator) pastu lintas jalan besar and then baru jalan balik ke guest house. Gigih kan? 😂😂 Lepas sampai dekat bangunan guest house tu, aku tengok kedai Nasi Lemak D'Seoul tu bukak hari ni. Semalam dia tutup sebab ada orang reserved satu kedai tu so bila dia bukak hari ni, aku pun terjah la masuk. Memang time ni aku lapaq sangat dah ni sebab seharian belum makan makanan berat.

Kedai dia kecik saja, standard kedai-kedai lain kat Korea. Aku terus amik tempat duduk dan tengok menu. Time ni ada sekumpulan pelanggan, not sure dari Malaysia or Indonesia. Depa buat bo layan, aku pun sama la bo layan 😂. Aku order nasi lemak ayam dan air asam boi and then melayan perasaan sambil tengok citer Spongebob yang depa pasang kat televisyen. Depa stream TV3 so lepas la rindu sikit nak tengok channel Malaysia walaupun kat rumah aku tak layan pun TV3 ni sebenarnya 😂😂.


Nasi lemak aku dah sampai and aku terus makan. Memang kebulur wei 😂😂. Nasi lemak ngan air dia sedap, aku suka sangat. Tak sangka la aku jadi antara typical Malaysian yang akan makan makanan Malaysia bila dok kat oversea 😂😂. Tapi yang aku kurang gemar dengan kedai ni adalah orang yang keja kitchen tu pasang lagu kuat-kuat pastu menyanyi. Dah la asyik ulang lagu yang sama je. Mesti confident nyanyi lagu tu saja kannn? 😏 As someone yang kejanya menghadap user/customer, aku memang cukup pantang bila ada pekerja yang dok menyanyi or even humming kalau ada customer dekat tempat tu, let alone melantak dengan penuh kenikmatan. Bagi aku, orang macam tu tak hormat customer. Tapi mungkin aku saja la yang rasa macam tu, mungkin bagi orang lain benda ni biasa je. Tapi kalau kat ofis, memang aku akan tegur staff yang nampak relax dan tak bersungguh a.k.a main-main time ada user/customer masuk ofis 😂.

Takpa lah, aku malas layan sangat sebab aku lapaq kan so aku cepat-cepat habiskan makanan aku dan bayar kat kaunter (KRW13,500 rasanya) sebelum aku balik ke bilik aku untuk berehat. Sampai saja bilik terus aku berguling atas katil. Leganyaaaa dapat rehat sebab pinggang ngan kaki aku memang dah sakit sangat time ni so baring atas katil memang banyak membantu aku la. Tapi tu la kan, kalau dah boleh baring atas katil ni memang malas dah la nak bangun 😂😂. Ehhei, malas-malas pun nak kena bangun jugak sebab nak mandi. Biar time tidur tu dah bersih dan wangi dah 😂.

Lepas mandi tu aku layan kejap citer yang tayang kat televisyen. Time tu pulak tetiba soulsista aku mesej, ajak keluar lepak kat Myeongdong fashion street tu. Okay lah, sebab aku memang ada janji nak jumpak dia dan husband dia pun masa dia sampai sini. So aku bersiap dan terus keluar dari guest house, pi cari diorang. Ntah mana-mana dia cakap dia ada waktu tu and tak membantu langsung pun sebab banyak kedai yang sama kat area tu so kalau tak specific kat celah mana memang tak jumpa la. Okay lepas confirm kat mana kitorang nak jumpa, aku pun tunggu diorang kat situ. Aku ni memang style kena bagitau landmark kat mana so senang nak cari dan buat temujanji 😜.

Tak lama lepas tu aku dengar suara nyaring tegur aku. Tak salah, tu memang suara soulsista aku. So kami pun terus bergosip (husband dia malas layan dengar kami bergosip 😂😂) and aku cakap aku nak beli grilled scallop with cheese tu, then kitorang terus pergi ke gerai yang memang jadi pilihan aku setiap kali aku datang ke Myeongdong. Okay, aku ni memang jenis macam ni. Kalau aku dah suka something, tak kisah kalau nak repeat banyak kali pun kat situ. And no, aku tak bosan 😂😂. 

flame on!

yay dah siap grilled scallop with cheese ni

makan dulu ye. tepi jalan pun bolehhh 😂

posing lagi!

Aku memang suka gila scallop ni, memang cheezy meleleh punya. Tapi tak puas kalau makan satu. Kalau makan dua, mahal sangat la pulak. Harga satu scallop ni KRW10,000 so fikir banyak kali jugak la kalau nak beli banyak pun. Makan sekadar syarat ja 😂😂. Sambil makan, kitorang sembang pasal aktiviti kitorang hari ni. Macam-macam cerita la keluar, especially when my soulsista ni memang kaki KDrama (and beliau seorang yang "drama" jugak 😜).

Lepas makan, makcik ni ajak aku lepak kat cafe. Aku nak try Osulloc Cafe sebab aku suka sangat cafe ni especially masa aku kat Jeju 3 tahun lepas. Tapi makcik ni nak pi Innisfree cafe yang ada depan gerai scallop ni so aku ikut je lah. Nanti Osulloc Cafe tu aku boleh pi sendiri, lagi layan 😋. Kitorang pun naik la ke tingkat atas and pergi ke kaunter untuk order minuman. Aku order iced honey canola latte, soulsista order hot honey canola latte dan husband beliau order cappuccino.

posing dulu sebelum ambik seat

our drinks~

Excuse me, kau cakap tea (sebab listed bawah tea) tapi pasaipa ni coffee ni? Aduh, aku dah la tak boleh minum coffee wei, like seriously. Aku ni caffein intolerate. Takde la teruk macam Ryan Gold dalam drama Her Private Life yang separa mati kalau kena even a drop of caffein tapi still, aku akan jadi teruk jugak la kalau minum benda bercaffein tinggi ni. Tapi takpa la sebab dah beli, aku minum saja lah susu kat atas tu, tak kacau kopi kat bawah tu 😂😂. Silap aku jugak sebab tak confirm dengan staff tu dulu betul-betul.

apa pun kita harus posing dulu 😂

honey canola latte

Sambil minum dan melihat ke luar tingkap, seperti biasa kami membawang lagi dan bertukar-tukar cerita pasal aktiviti-aktiviti di hari-hari yang akan datang ni. And plan kami untuk dinner sama-sama masih on. So esok aku akan jumpa dengan diorang lagi dan bawak diorang ke satu tempat istimewa di hati aku. Kat mana? Tunggu nanti aku reveal 😂😂.

Lepas lepak-lepak dan minum, kami pun bangun untuk beredar. Tapi makcik ni nak main VR Innisfree tu pulak so aku layan kan saja lah dia manakala husband dia dah awal-awal keluar dari situ untuk ambik angin luar.

janji makcik bahagia 😂😂

Okay dah, dah...kalau lama-lama ni mau makcik ni tak balik sebab nak main VR ni saja 😂😂. Aku terus angkut barang makcik ni dan kitorang pun terus turun dari cafe tu.

sebelum balik kena posing lagi 😂😂

Aku lambai kat diorang and kitorang pun berpecah. Diorang nak pi cari barang lagi and aku pulak nak balik dah sebab nak rehat. Esok punya aktiviti ni, kalau tak rehat betul-betul memang boleh putus nafas ni 😂😂. Eh tapi sebelum sampai ke guest house tu aku sempat lagi singgah kat gerai jual buah sebab tengok strawberry dia gemok belaka, nampak juicy pulak tu. Apa lagi, beli la sekotak. KRW5,000 rasanya sekotak tu. Dah, dah...balik!

fat and juicy 😍

Strawberry ni, nampak je gitu tapi masam dia serupa kita makan strawberry Cameron Highland 😂😂. Selalu orang dok cerita strawberry Korea ni manis gile tapi aku kena yang masam punya. Takpa lah, dah beli kan...makan aje. Confirm esok perut lawas elok ni 😂😂😂.

Good night, people. Semoga hari esok lebih indah 💗.

xoxo
J~















No comments:

Post a Comment

Updates!

 Hi, lama giler tak update blog ni...like seriously, lama giler HAHAHAHA So far apa yang menarik? Nothing much since COVID is still around.....