Tuesday, January 28, 2020

Netflix & Chill ?

Hello~

Okay, 4 hari cuti sempena CNY hari tu aku dok ber"Netflix & Chill" saja laaa...maklumla cuti panjang. Tapi chill sorang-sorang je laaa, takde teman nak chill bersama lagi 😂😂😂

Kira sepanjang 4 hari tu aku sempat habis layan Chilling Adventure of Sabrina (CAoS) sampai habis season 3. Gigih gila tengok berpuluh episod tu dalam masa 4 hari, memang takdak life langsung 😂😂 Memula taknak tengok langsung cerita ni sebab terfikir why lah nak kena buat dark version of Sabrina the Teenage Witch yang aku suka tengok masa muda dulu tapi bila layan, macam best pulak cerita ni so layan la sampai habis. Eh ada dak season 4 ek nanti?

Anyway, lepas tamat CAoS tu aku terfikir nak tengok cerita apa pulak lepas tu. The Witcher? Sex Education? Shadow Hunters? Ghost Bride lambat lagi nak ada full series.

Tetiba nampak Outlander. Sebenarnya tau lama dah pasal cerita ni tapi sebab masa tu tak subscribe Netflix lagi so tak dak la dalam list nak tengok pun. CAoS pun tengok lepas subscribe Netflix ni. Haih bahaya betoi Netflix ni...buat aku tak berenti layan tv series/movies ni. Teringat pulak masa zaman gila layan Supernatural dulu 😂😂😂

Outlander ni cerita tentang seorang perempuan British yang bekerja sebagai nurse travel balik ke 18th century masa Scotland tengah perang dengan Britain. Dia duduk dengan geng Scottish dan faham cerita sebenar disebalik peperangan dan kehidupan waktu tu.

I came across this drama series masa tengah buat research pasal Scotland and its history, which I think is fascinating. Sedih, tapi fascinating. Tambah pulak tempat-tempat kat sana super lawa walaupun menyimpan seribu kenangan duka.

Well, so excited to finish catching up with Outlander while continuing my research pasal Scotland. Wheeee~~



xoxo
J~

No comments:

Post a Comment

Updates!

 Hi, lama giler tak update blog ni...like seriously, lama giler HAHAHAHA So far apa yang menarik? Nothing much since COVID is still around.....