Friday, June 21, 2019

Seoul Spring Break 2019 : Day 5 (Part Two)

Woohoo dah lepas ke airside! Sekejap je kat area imigresen ngan kastam tu and semua pun laju je so yeah, boleh bersiar-siar dekat airside sementara tunggu nak berlepas pulang ke Kuala Lumpur. Flight aku kat gate 246 so aku jalan la ke sana untuk usya-usya dulu tempat tu so aku tak kalut kemudian. Oh, okay...orang tak ramai lagi pun. Maklumlah, awal lagi ni so aku pun jalan-jalan la balik kat area situ untuk tengok-tengok tempat kat situ.

Aku jalan and nampak area food court kat tingkat atas. Nak tengok jugak kot la ada benda apa yang boleh makan kan tapi bila sampai kat situ, nampak macam kurang meyakinkan je pun kedai-kedai yang ada kat situ so aku skip je lah nak tengok gerai-gerai kat situ. And berhadapan dengan food court tu ada surau ye so jangan risau kalau nak solat dulu sementara flight nak sampai.

jangan risau, ada signage untuk bagitau prayer room kat tingkat atas

Macam biasa, aku buat trip ke tandas sebab aku tau tandas kat airport ni ada bidet kan so suka la aku dok ulang pi tandas 😂😂😂😂. Tapi memang perangai aku pun akan kerap masuk toilet sebelum aku naik kenderaan so bila dah bergerak tu aku takde la tergedik-gedik rasa nak pi toilet (when the anxiety kicks in) ðŸ˜‚😂😂😂. 

Okay, back to gate 246. And you know what? Flight delayed. DELAYED. Supposedly flight aku pukul 4:45pm tapi delayed ke pukul 6:30pm. Aduhhhh pukul berapa nak sampai Kuala Lumpur ni? Aku kira-kira, biasanya kalau flight 4:45pm, aku akan sampai lebih kurang pukul 10:00pm lebih laa and boleh gerak ke rumah sebelum pukul 11:00pm macam tu. Tapi ni kalau dah pukul 6:30pm baru bertolak ni, memang sampai pukul 12:00pm laaa nampak gayanya. Nak kejar ERL ke Putrajaya then nak naik teksi balik rumah? Heh, no way. Not at that time. Haruslah kena balik naik Grab kannn. Tapi tu la, takut jugak sebab dah tengah malam kan. Tawakal je lah. And thank god aku dah apply cuti terus sampai hari Jumaat so esok aku boleh laaaa tido dengan seronoknya and tak payah nak fikir kalut nak bangun awal pi ofis 😂😂😂.

So nak buat apa bila flight delayed and I have about 3 hours before I depart to Kuala Lumpur? Jalan-jalan lagi. And terima kasih to Korean Air sebab bagi refreshment voucher disebabkan flight delay ni. So boleh kot pi cari kedai mana-mana untuk beli minuman.


excited nak balik tapi flight delayed pulak. nasib badan 😅


dapat KRW10,000. nak beli apa ni? 😂


jalan-jalan cuci mata


comei sangat

Aku actually menyampah gila masa nak ambik gambar kat globe ni sebab masa ni ada 3 tourists dari China dok tergedik-gedik bergambar kat sini and diorang saje dah amik masa dekat 20 minit sebab sorang-sorang dok posing ntah apa-apa sampai tak bagi peluang kat orang lain langsung. Dah tu tak hirau kat orang lain yang tengah dok tunggu turn pulak tu. Dok tergelak-gelak, tergedik-gedik kat situ sampai aku naik menyampah. Maybe diorang nampak muka aku dah macam nak cabut globe tu and baling kat diorang kot baru diorang beredar dari situ (seriously aku tak suka tourist dari China). Lepas tu ada satu family pulak nak ambil gambar. The husband sedar aku dah lama tunggu and muka aku pun dah bosan tapi aku cakap tak apa lah, since dia dengan anak-anak then aku suruh diorang ambil gambar dulu. Pastu lepas dah clear, baru aku ambil gambar globe ni. Malas lah aku nak posing kat sini sebab mood dah takde 😂😂😂😂😂.

Lepas tu aku jalan-jalan lagi and nampak kedai Line Friends and aku pun masuk la untuk cuci mata. Cuci mata? Really? HAHAHAHAHA. Aku tak percaya dengan diri aku sendiri sebab aku sempat sambar 3 batang pen - untuk aku, Daniya dan Aidan. Dan beberapa barang lagi untuk aku sendiri. And haruslah duit aku banyak jugak habis kat sini. Aku ingat aku boleh kawal saka shopping aku lepas aku shopping kat book store tadi tapi nampak gayanya saka aku macam nak menang je sebab aku dok bershopping lagi ni 😂😂.

So aku cepat-cepat keluar untuk selamatkan diri aku balik. Lagipun kat Line Friends tu agak mahal laa sebab kira tax sekali. Nasib la aku tak gila pi beli macam-macam, kalau tak memang tak balik la sebab tak cukup duit 😂😂. Okay kita bertenang kembali dan jalan-jalan balik untuk mengambil angin sementara nak tunggu pukul 6:00pm.


jalan-jalan lagi, ukur kawasan 😂😂

suka tengok benda alah ni...comel ja...dok bawak orang ikut location yang diorang cari

ambik gambar kapal terbang sementara tunggu nak boarding

Ya ampun masa ni memang dah mati kutu sebab tunggu lama sangat. Voucher tu aku memang tak guna pun sebab taktau nak beli apa kan. Aku ada jugak jalan-jalan usya Starbucks tu tapi Starbucks? Memang tak minat la kan. Tapi dok usya jugak tumbler Starbucks tu sebab depa dah start jual untuk summer punya. Tapi tu lah, fikir 2,3 kali jugak nak beli ke tak. Last-last memang tak beli lah sebab memikirkan tadi dah membeli-belah sakan kan 😂😂😂😂.

So aku memang duduk je kat seat tu sampai lah staff panggil untuk boarding. Sambil-sambil tu memang dok tengok je lah orang keliling dan berbalas mesej dengan family dan rakan-rakan.


eh ada orang pakai baju traditional pulak dok ronda kawasan 😂

Finally! It's boarding time!!! Aku pun terus la masuk ke dalam flight bersama-sama penumpang lain yang aku assume sama letih menunggu macam aku jugak ni and kitorang ambik tempat masing-masing. Aku duduk seat yang sama macam aku datang hari tu, paling last dan aisle seat. Just because 😂😂. Tapi aku rasa seat kali ni macam sempit sikit berbanding dengan seat yang masa aku naik masa nak datang hari tu sebab masa nak pakai belt tu rasa macam kena tahan nafas lebih sikit je pun hahahahaha. But still okay and I managed to sit comfortably.

Berbeza dengan flight hari tu, kali ni tak dapat slipper. Aisehmen, aku baru bercadang nak bukak kasut and pakai slipper tu saja. Maybe slipper tu untuk flight malam je kot sebab orang nak tidoq kan. Takpa la, aku bukak je la kasut aku tu and pakai stokin saja la nanti 😂😂😂.


dapat bantal, selimut dan headphone saje kali ni


leg room still okay walaupun seat sempit sikit


FA yang comel 😂😂

Oraits, ready for departure. Aku just layan perasaan ja and orang sebelah aku ni pulak dah mula tidoq so aku assume dia takkan bergerak pi ke mana-mana la dalam masa terdekat ni sebab aku macam dah letih and malas nak bergerak.

Sepanjang perjalanan ni aku tengok movie saja, since aku tak tido dalam flight kan. Masa datang hari tu aku ngantuk so malas nak tengok movie. Masa balik ni la aku layan habis movie yang menarik minat aku sementara nak sampai Kuala Lumpur.

Movie yang aku layan:
1. The Boy Who Would Be King - citer ala-ala King Arthur tapi modern version
2. The Mortal Engines - ini macam citer steampunk yang aku taktau nak rate best ke tak 😅

And oh, makanan dalam flight ni diorang hidang 2 kali - dinner and supper so macam biasa, tak sempat nak lapaq, diorang dah hidang makanan dah.


For dinner, aku dapat nasi dengan lauk ikan, tofu dan sayur (macam masak curry tapi macam manis?) and then salad kering, buah orange juice, mineral water dan bun. Nampak tak bekas kecik sebelah bun tu? Memula aku ingat strawberry jem ke apa ke and aku nak la spread kat bun tu. Sekali bukak bekas tu bau sambal 😂😂😂😂. Nasib baik aku tak makan ngan bun tu lagi. So aku makan la ngan nasik tu. Or memang itu makan dengan bun? Aku pun taktau, aku main belasah je 😂😂😂😂.


Ni pulak aku punya supper, cheese and chicken ham sandwich? Looks like it 😅. Aku tak cakap banyak, aku makan je benda yang orang jamu kat aku. Tapi bagi aku Muslim Meal kat Korean Air ni okay-okay aje lah. Takde lah super sedap but takde lah lousy gila. Janji perut aku kenyang sepanjang perjalanan, then I am a happy girl 😂😂😂😂.

In between aku dapat kacang sebungkus and ais krim satu tub kecil so memang kenyang perut suka hati la kan. Tapi FA kali ni takde lah seramah FA yang serve aku masa memula datang hari tu but still nice and friendly la. Okay la tu dari yang buat muka ketat je kan?

After 6 and a half hour, aku akhirnya sampai jugak di KLIA. Masa ni dah pukul 11 lebih dah and dengan nak transfer ke arrival hall dan ambik luggage lagi, memang makan masa jugak laa sementara nak boleh balik pun. Tunggu luggage tu yang lama jugak tu, sebab tu la aku memang tak berapa suka nak check in luggage tu. Dengan mengantuk lagi time tu, memang la aku agak cranky.

Okay, done collect luggage. Aku terus berjalan keluar dan terus book Grab nak balik ke Cyberjaya. Nasib time tu ada Grab berdekatan and tak lama la aku tunggu sementara driver nak sampai. Tapi still aku risau jugak la sebab driver laki and time tu dah pukul 12 lebih. Ada kemungkinan aku nak sampai rumah ni dalam pukul 1 lebih 😅😅.

Driver sampai and aku terus naik kereta dia. Nasib la dia jenis ramah and kurang la sikit risau aku ni. Lagipun aku tengok rating dia 5 stars so he must be okay. Kebetulan aku tak bawak Touch & Go card aku so dia bawak ikut jalan dalam lah. Jalan agak sunyi tapi sebab dia sembang rabung so aku pun sembang jugak la dengan dia 😂😂😂. Tapi sebagai langkah keselamatan, aku mmg screen shot details pasal dia and akan share dengan family and friends kalau aku nampak macam pelik-pelik sikit la 😂😂.

Tapi Alhamdulillah aku selamat sampai jugak kat Cyberjaya dan kawasan apartment aku lebih kurang dalam pukul 1:45am macam tu. Since time tu orang dah tidur so aku angkut la luggage aku pelan-pelan naik ke tingkat atas. Haih, masalah duduk rumah tingkat atas takde lif ni memang jenuh la nak angkut luggage tu 😂😂😂😂.

Finally, back home! Lega sebab dah sampai rumah but sedikit sedih sebab trip aku dah tamat. Back to reality lepas ni. Apa lagi, jom la tidoq!

Bye semua! Terima kasih sebab baca journey solo trip aku ke Seoul sampai habis. Harap korang enjoy berjalan dengan aku sambil dengar kisah aku yang tak seberapa ni. InsyaAllah nanti akan buat solo trip lagi, kalau diberi peluang.

Tunggu next entry aku buat summary pasal solo trip aku ni ya! Tata~

xoxo
J~

No comments:

Post a Comment

Updates!

 Hi, lama giler tak update blog ni...like seriously, lama giler HAHAHAHA So far apa yang menarik? Nothing much since COVID is still around.....