Friday, June 21, 2019

Seoul Spring Break 2019 : After The Trip

Hello and Salam semua! Kali ni aku nak summarize kan solo trip 5H4M aku ke Seoul dari 27 April 2019 sampai 1 Mei 2019 hari tu.

So far benda yang aku boleh kata dekat sini:

1. It is okay to travel alone. Memang takut mula-mula tu, especially kalau perempuan kan tapi once kita dah buat, rasa takut tu pun hilang. Travel solo ajar kita untuk jadi sangat independent, tak rely dekat orang and untuk jadi lebih matang dan bijak dalam membuat sesuatu decision. Semua benda kita buat sendiri, dari cari tiket, book accommodation sampai la nak navigate diri kita masa dah sampai ke destinasi. Cari tempat yang kita rasa selesa dan yakin untuk travel solo dan buat research pasal tempat tu sampai dah taktau benda apa lagi nak cari dah 😂😂😂

2. Actually plan aku untuk travel solo ni tercetus lepas aku fed up dengan semua orang yang kejap nak join, kejap tak jadi ni. So aku dah malas nak layan orang jadi aku ambil keputusan untuk travel solo. Orang lain tu lantak lah, aku dah malas nak layan. Janji aku travel. Nasib la destinasi aku kali ni ke Seoul sebab aku dah biasa so aku dah tau tempat mana nak terjah bila sampai sana.

3. Speaking of which, travel solo ni bagi aku freedom untuk buat benda yang aku betul-betul nak buat. Macam aku ni jenis suka makan dan ambik gambar. So benda tu la yang aku buat. Since aku bukan k-pop lover dan tak suka nak masukkan k-pop influence dalam trip aku (contoh: aku kena pergi ke tempat shooting drama sekian-sekian, atau nak ke company artis-artis kpop idol dengan harapan dapat nampak diorang) so aku tak pergi ke tempat-tempat macam tu. Aku cari tempat yang local suka makan and lepak so aku boleh rasa macam local kat situ.

4. Unless korang ada travel partner yang memang sekepala, travel sorang ni memang seronok sebab tak payah nak menjaga hati orang lain sangat. Penat? Berhenti lah rehat. Lapar? Cari lah benda nak makan. Suka tengok permandangan tu? Ambik gambar. Tak suka shopping? Skip la tempat shopping! 😂😂😂😂😂 Sebab kalau pergi beramai-ramai, and tetiba travel partner/group tu kurang sekepala memang boleh naik hantu lepas tu. Ada saja yang tak puas hati dan end up lepas tu dah tak bertegur sapa (true story).

5. Barang favourite aku sepanjang trip ni tak lain tak bukan adalah portable bidet aku. Sebab sangat menyenangkan aku untuk ke toilet. Biasanya kalau aku pi travel, aku kurang guna public toilet especially tempat yang aku tau takdak bidet/pancur air tapi dengan adanya portable bidet ni, urusan ke toilet sangat mudah 😂.

terima kasih wahai portable bidet 😂

6. Satu lagi barang aku suka adalah backpack aku. Nampak je kecik tapi aku rasa macam-macam aku sumbat dalam tu. Dengan purse, handphone, camera, wifi egg, powerbank, portable bidet, selfie stick, face mask dan windbreaker aku pun sumbat masuk dalam tu jugak. Dah macam poket Doraemon pulak aku rasa 😂😂😂. Beg ni aku beli kat Lazada. Murah tapi sangat berguna so sangat la worth it.

i love you backpack! 😍

7. It is okay to get lost and wander in that area. Memang letih sebab kena jalan banyak tapi banyak benda jugak yang kita boleh discover. Or maybe jumpa orang-orang yang baik dan boleh bantu kita kalau kita perlukan bantuan. Memang kat Seoul ni masalah komunikasi tu adalah masalah utama tapi orang dia especially yang tua-tua ni sangat baik sebab diorang banyak bantu orang, terutamanya pelancong.

8. Makanan. OMG. Aku memang suka makan. Korean food is one of my favourite, sebab tu aku suka pi Korea (dan makan makanan korea kalau kat Malaysia ni). And aku rasa gembira dapat makan almost semua makanan yang aku letak dalam wishlist aku tu. Baik makanan modern (tengah femes) or classic (original local food), semua aku suka. And aku gembira sebab buat extensive research pasal halal / muslim friendly food ni sebab banyak gila benda aku boleh try.








antara summary makanan aku kat Seoul 😂😂

9. Walaupun aku solo travel tapi ada kawan-kawan aku yang travel waktu yang sama. And since masing-masing ada agenda sendiri, this makes is even more fun sebab ada banyak benda yang kita boleh share walaupun ada tempat yang sama. Sebab masing-masing ada experience sendiri. And benda ni boleh merapatkan lagi hubungan sebab bila kita share cerita, kita tumpang gembira dengan life masing-masing. Semua orang ada point of happiness masing-masing and kita pulak kena respect apa benda yang buatkan diorang happy tu walaupun kita ada dekat tempat/ruang yang sama, or walaupun perspective kita berbeza.

10. Aku glemer sat bila aku share citer trip solo aku ni kar socmed. Orang either cakap diorang impressed ngan aku sebab berani travel sorang or diorang mintak aku share cerita aku masa kat sana. Ada yang nak booking aku bawak diorang pi jalan ke Seoul. Aku kena consider untuk bukak bisnes la kalau macam ni 😂😂😂

11. Apapun aku just nak bagitau, it is okay to travel, especially alone. Lain orang lain style, maybe ada yang tak berani/tak suka travel sorang. Go ahead and find a travel partner. It doesn't matter. Kalau suka travel, sila lah travel. You can always make more money, but can't always make more memories. Live life to the fullest. Janji kau tau apa kau nak buat and apa yang kau suka, and jangan ikut sangat kata orang. Pi experience sendiri. Kalau tak best, then whatever. Janji ada pengalaman. 😂😂

12. Mohon jangan la mesej aku tanya apa best kat satu-satu tempat tu sebab aku taktau korang punya taste macam mana. Kalau korang tanya aku soalan macam "kalau kat xxx apa yang best buat ek untuk orang yang suka xxx" then insyaAllah aku boleh tolong bagi suggestion. Ni kau jenis shopaholic tapi kau minta itinerary aku yang jenis suka masuk celah tempat2 historical untuk amik gambar pastu bising cakap trip aku boring 😅.

Akhir kata, aku dah kena gigit dengan travel bug ni so definitely aku akan pi travel lagi lepas ni. HAHAHAHA.

Okbai, thanks sebab baca sampai habis 💕



xoxo
J~


No comments:

Post a Comment

Updates!

 Hi, lama giler tak update blog ni...like seriously, lama giler HAHAHAHA So far apa yang menarik? Nothing much since COVID is still around.....