Dekat 5 bulan tak menulis...sepanjang MCO/RMCO (I have lost counting days already 😂) memang fikir pasal kerja lepas tu layan Netflix, tengok tv, scroll social media dan merepek macam biasa. To be honest, I love to work from home, lebih productive tapi who am I to argue kalau kena masuk keja kat ofis balik kan 😔
So sepanjang perintah kawalan pergerakan ni memang tak boleh nak pi mana lah kan...balik Jitra pun sekali je sepanjang 5 bulan ni (tu pun sebab ada hal), dan nak melancong memang jauh sekali lah. Jadi untuk menghilangkan rasa gatal nak melancong ni, aku pun saja-saja la baca post orang kat FB group yang suka travelling ni. Tengok mana tempat diorang pi and lepas tu aku pun saja la pi buat research dan layan Youtube pasal tempat-tempat ni.
Masalah bertambah bila aku dah jadi greedy nak melancong ke sana jugak. Asal tengok satu tempat ni ja aku terus plan itinerary aku kat tempat tu and tengok macam mana nak pi ke sana, berapa bajet so that aku boleh start menabung untuk travel lepas habis kes covid (don't know when) ni. Padahal plan asal aku adalah nak ke Scotland. dan England.
Yang Scotland ni pun, kejap aku rasa nak pi satu dua tempat je. Pastu tetiba rasa nak extend ke banyak-banyak tempat. Sama la dengan England ni. Aku rasa dah boleh buat UK series dah ni dan travel banyak-banyak kali ke satu negara tu sebab aku jenis tak suka kalut kejar banyak tempat dalam satu masa (dan cuti pun tak leh apply lama-lama, satgi boss bising 😜). Tapi demi UK aku gagah jugak lah nak travel sana banyak-banyak kali pun 😂😂😂😂😂
Tu belum masuk nak pi Bosnia lagi. Lepas tu Spain lagi. Tour Europe jangan cerita lah, memang dah ada dalam list jugak.
So memang aku rasa bahaya jugak kalau banyak sangat membaca dan menonton pasal travel ni sebab boleh buat aku jadi tak tentu arah dan gatal tangan nak pi melancong. Dan aku still nak pi melancong sorang-sorang sebab aku rasa macam orang tak boleh nak ambik cuti sama tarikh aku nak pi melancong tu (a l a s a n 😜)
Tapi apa pun, start with Scotland dulu sebab tu memang aku dah plan awal-awal lagi. Yang lain sila ikut turutan okey 😂. So mana aku nak pi ni? Let's see
1. Scotland (Edinburgh & Glasgow)
2. England (London)
3. England (Cotswolds)
4. England (Manchester-Liverpool-York)
5. Bosnia (Sarajevo & Mostar)
6. Spain (Madrid-Seville-Cordoba)
7. Maldives
8. Europe (tengah fikir route lagi nak pi mana 😂)
And the list goes on. InsyaAllah aku akan usahakan mana yang aku plan dulu. Harap duit cukup by the time PM announce dah boleh travel oversea and negara luar tu dah bukak sempadan untuk orang datang melancong.
Doa yang baik-baik untuk kita semua. Harap covid boleh cepat hilang dari muka bumi ni supaya kami boleh hidup dengan aman dan sejahtera. Amin~
xoxo
J~
No comments:
Post a Comment