Monday, February 21, 2022

Updates!

 Hi, lama giler tak update blog ni...like seriously, lama giler HAHAHAHA

So far apa yang menarik? Nothing much since COVID is still around...walaupun PKP dah tak ada buat masa sekarang ni tapi tak banyak yang berubah in my life. I still love staying at home watching TV and create content for my IG and FB.

Mostly food review. 

Some suggested that I should start blogging about my food review. Tengok lah kalau rajin...tapi buat masa sekarang ni maybe nak copy balik review dalam FB and paste masuk ke dalam blog ni (because I am too lazy nak buat dua tiga kali kerja menulis ni 😂😂😂

So maybe cara penulisan akan nampak sedikit berbeza 😆😆😆 But harap korang suka la membaca yer...those yang still follow ni, terima kasih banyak-banyak. 

Jumpa lagi di lain post!



xoxo
J~

Sunday, August 16, 2020

Happy Birthday, J!

16th August 2020.

Today is my birthday and I am officially 36! Tak sangka dah masuk mid-30s, rasa macam baru 16 tahun 😂😂. Okay lah, I am still young at heart walaupun badan ni dah rasa tak larat macam orang tua dah pun 😋

What did I do on my birthday? Well, nothing really. Umur macam ni biasanya dah tak pi celebrate birthday, just duduk dekat rumah saja. Spending the whole day at home.Watching The Crown dekat Netflix.

Also talking to bonda tercinta, yang nak wish birthday dekat anak dia yang jauh ni. Nak surprise orang tapi tak jadi kan 😂😂😂😂. Takpa, cuba lagi next time.

And thank you for all the warm wishes, really appreciate your thoughts and love on this special day.

Entry kali ni tak panjang sebab tak banyak benda nak cakap, just wish dapat travel balik in 2 years time.


xoxo
J~

Wednesday, August 5, 2020

Fernweh~

Oh Em Geeeeee~

Dekat 5 bulan tak menulis...sepanjang MCO/RMCO (I have lost counting days already 😂) memang fikir pasal kerja lepas tu layan Netflix, tengok tv, scroll social media dan merepek macam biasa. To be honest, I love to work from home, lebih productive tapi who am I to argue kalau kena masuk keja kat ofis balik kan 😔

So sepanjang perintah kawalan pergerakan ni memang tak boleh nak pi mana lah kan...balik Jitra pun sekali je sepanjang 5 bulan ni (tu pun sebab ada hal), dan nak melancong memang jauh sekali lah. Jadi untuk menghilangkan rasa gatal nak melancong ni, aku pun saja-saja la baca post orang kat FB group yang suka travelling ni. Tengok mana tempat diorang pi and lepas tu aku pun saja la pi buat research dan layan Youtube pasal tempat-tempat ni.

Masalah bertambah bila aku dah jadi greedy nak melancong ke sana jugak. Asal tengok satu tempat ni ja aku terus plan itinerary aku kat tempat tu and tengok macam mana nak pi ke sana, berapa bajet so that aku boleh start menabung untuk travel lepas habis kes covid (don't know when) ni. Padahal plan asal aku adalah nak ke Scotland. dan England.

Yang Scotland ni pun, kejap aku rasa nak pi satu dua tempat je. Pastu tetiba rasa nak extend ke banyak-banyak tempat. Sama la dengan England ni. Aku rasa dah boleh buat UK series dah ni dan travel banyak-banyak kali ke satu negara tu sebab aku jenis tak suka kalut kejar banyak tempat dalam satu masa (dan cuti pun tak leh apply lama-lama, satgi boss bising 😜). Tapi demi UK aku gagah jugak lah nak travel sana banyak-banyak kali pun 😂😂😂😂😂

Tu belum masuk nak pi Bosnia lagi. Lepas tu Spain lagi. Tour Europe jangan cerita lah, memang dah ada dalam list jugak. 

So memang aku rasa bahaya jugak kalau banyak sangat membaca dan menonton pasal travel ni sebab boleh buat aku jadi tak tentu arah dan gatal tangan nak pi melancong. Dan aku still nak pi melancong sorang-sorang sebab aku rasa macam orang tak boleh nak ambik cuti sama tarikh aku nak pi melancong tu (a l a s a n 😜)

Tapi apa pun, start with Scotland dulu sebab tu memang aku dah plan awal-awal lagi. Yang lain sila ikut turutan okey 😂. So mana aku nak pi ni? Let's see

1. Scotland (Edinburgh & Glasgow)
2. England (London)
3. England (Cotswolds)
4. England (Manchester-Liverpool-York)
5. Bosnia (Sarajevo & Mostar)
6. Spain (Madrid-Seville-Cordoba)
7. Maldives
8. Europe (tengah fikir route lagi nak pi mana 😂)

And the list goes on. InsyaAllah aku akan usahakan mana yang aku plan dulu. Harap duit cukup by the time PM announce dah boleh travel oversea and negara luar tu dah bukak sempadan untuk orang datang melancong.

Doa yang baik-baik untuk kita semua. Harap covid boleh cepat hilang dari muka bumi ni supaya kami boleh hidup dengan aman dan sejahtera. Amin~


oh how beautiful~ 💗

xoxo
J~

Saturday, March 21, 2020

Super Duper Chocoholic

Hari ni hari ke-4 Restriction Movement Order dan kebetulan hari ni hujan lebat pulak tu (Alhamdulillah Ya Allah, sejuk sikit bumi ni) so aku tetiba la teringat dekat hot chocolate. Ya, aku memang suka hot chocolate. Hari-hari minum pun aku tak kisah sebenarnya tapi sebab aku ni bukan nya kaya sangat so tak boleh la nak pekena hari-hari kan...kopak nanti wei 😂😂

Aku ada certain-certain tempat ja yang aku suka lepak pekena hot chocolate ni dan biasanya bukan franchise punya coffee shop macam Coffee Bean and especially not Starbucks (hell no 😂😂) and mostly tempat yang aku suka lepak adalah dekat Tamarind Square, Cyberjaya sebab situ banyak cafe and coffee shop yang best.

Kalau boleh, memang aku nak list down semua cafe/coffee shop tu tapi kali ni aku bagi top 5 tempat aku suka minum hot chocolate sebab sedap gila. Kalau hot chocolate pun sedap, apatah lagi coffee dia kan? Tapi no comment on the coffee sebab aku memang tak minum coffee or benda berkafein. So ready untuk tau apa top 5 tempat feveret aku? Jom aku cerita.

1. Alcea Cafe, Tamarind Square
Ini memang duduk tempat teratas sebab hot chocolate dia paling menepati citarasa aku. Kalau orang yang kenal aku memang tau aku suka hot chocolate yang pekat, not too sweet but not too bitter either and tak terlalu panas, just the right temperature. Dan hot chocolate kat Alcea Cafe ni betul-betul menepati citarasa aku. Berapa kali dah aku dok pi lepak sini and hot chocolate dia tetap da bomb! Plus, dia punya kedai tu ada ambience yang best dan makanan pun sedap. Memang recommended lah!

nampak dak betapa sexy nya hot chocolate dia 😍

2. Bosco Coffee, Rekascape 
Ini bukan cafe/coffee shop tapi bukak gerai kecik dekat Rekascape. Aku selalu beli time aku pi Cyberjaya Farmers Market and ada sekali pi lepak waktu malam sebab jumpa kawan. Bosco, or nama penuh dia Borneo Specialty Coffee ni datangnya dari Sabah and aku suka konsep owner dia which tolong petani tempatan. Semua bahan ni diorang ambik dari Sabah untuk tolong tingkatkan hasil tanaman diorang. And of course aku suka sebab hot chocolate dia (even coffee, latte semua lah) memang sedap, especially kalau owner dia sendiri yang prepare. Aku pernah kena trainee barista dia buat, ceroi sikit tapi still sedap la. Kalau owner dia sendiri yang buat memang thorbaekkk habaq hang wei. Just how I like it. Dia takde dine in tapi since Rekascape tu open space so boleh je la duduk kat mana-mana pun. Or beli untuk minum dalam kereta sambil layan lagu sendu, memang ngam lah 😋😋

tambah gula (tapi jangan kacau) untuk rasa yang lebih nikmat 😁


3. svart Cafe, Tamarind Square
Cafe ni memula aku tak berani nak masuk sebab ingat kedai cina tapi lepas tau owner dia melayu maka aku pun cuba lah makan kat sini. Makanan dia memang sedap gila, especially Mac and Cheese dia tu. Memang kalau aku ajak orang lepak, sini la aku bawak depa (selain dari Alcea Cafe). Kedai dia cozy dan tak berapa ramai orang, owner pun boleh tahan ramah especially kalau dia dah kenal kau 😂😂. Hot chocolate dia masa awal-awal aku try tu manis, maybe susu dia guna tu kot tapi lepas tu bila aku try lagi, dia dah nice ikut taste aku. Sebab tu cafe ni jadi antara tempat aku suka mai lepak minum hot chocolate.

kedai cozy, art untuk minuman pun depa lukis cantik 😍

4. Book Barter Cafe, Tamarind Square
Cafe paling kecik dekat Tamarind Square tapi minuman dia sedap jugak. Kalau kau sekadar nak lepak minum ayaq dan baca buku, boleh la mai lepak kat sini. Cafe ni bestnya sebab dia ada sediakan buku untuk korang baca and kalau korang nak exchange buku kat cafe ni pun diterima. Tapi tanya owner dulu jenis buku macam mana yang korang boleh tukar. Biasanya anak owner yang jaga tapi kalau owner dia ada, high chance dia akan sembang merabung ngan korang. Owner ni orang Alor Setar so bila kami tau kami sekampung maka nya banyak la benda nak merabung 😂😂

nampak dak segak gila hot chocolate dia 😋

5. Padi House Cafeteria & Deli Cafe, Nadayu 99
Padi House dekat Cyberjaya ni ada 2 tempat, satu dekat Prima Avenue and satu lagi dekat Nadayu 99 tapi aku suka lepak dekat Nadayu 99 ni sebab dia ada coffee house selain dari restaurant. So sesapa yang sekadar nak lepak-lepak minum tu boleh la pi dekat cofee house dia sebab dia ada jual cakes and desserts jugak. Walaupun ni tempat yang aku suka lepak tapi kadang-kadang hot chocolate dia boleh hit or miss, depending on the barista. Tapi sebab tempat dia cozy and kadang-kadang tak ramai orang so aku pun suka la lepak dekat sini. Lagipun dulu soul sista aku keja kat klinik berdekatan so tempat ni la tempat kitorang berjumpa. La ni jarang dah pi, melainkan kalau kawan-kawan aku ajak lepak sini. Tapi still, a good place to have hot chocolate.

yummy in my tummy 💓

Walaupun aku list down top 5 tempat aku suka beli hot chocolate, ada lagi tempat-tempat lain dekat Cyberjaya yang aku suka lepak jugak. Honorable mention as below:

1. It's A Grind
2. Coffee Bean & Tea Leaf
3. Costa Coffee
4. Lewisgene Coffee (closed)
5. The Library Coffee Bar (closed)

Ada lagi ke tempat yang aku tak pi try ni? Nak kena pi cari lagi ni kat area Cyberjaya ni 😂😂😂 Tapi bagi aku la kan, the best hot chocolate adalah yang bagi aku rasa warm and fuzzy, baik masa pegang mug tu mahupun masa minum dan menikmati kehangatan dan kesedapan coklat tu. 

Haih cepat lah pergi virus ni, aku nak lepak balik kat coffee shop. Kalau tak asyik dok bancuh milo ja minum kat rumah 😂😂😂

Stay safe okay!

xoxo
J~



Tuesday, January 28, 2020

Netflix & Chill ?

Hello~

Okay, 4 hari cuti sempena CNY hari tu aku dok ber"Netflix & Chill" saja laaa...maklumla cuti panjang. Tapi chill sorang-sorang je laaa, takde teman nak chill bersama lagi 😂😂😂

Kira sepanjang 4 hari tu aku sempat habis layan Chilling Adventure of Sabrina (CAoS) sampai habis season 3. Gigih gila tengok berpuluh episod tu dalam masa 4 hari, memang takdak life langsung 😂😂 Memula taknak tengok langsung cerita ni sebab terfikir why lah nak kena buat dark version of Sabrina the Teenage Witch yang aku suka tengok masa muda dulu tapi bila layan, macam best pulak cerita ni so layan la sampai habis. Eh ada dak season 4 ek nanti?

Anyway, lepas tamat CAoS tu aku terfikir nak tengok cerita apa pulak lepas tu. The Witcher? Sex Education? Shadow Hunters? Ghost Bride lambat lagi nak ada full series.

Tetiba nampak Outlander. Sebenarnya tau lama dah pasal cerita ni tapi sebab masa tu tak subscribe Netflix lagi so tak dak la dalam list nak tengok pun. CAoS pun tengok lepas subscribe Netflix ni. Haih bahaya betoi Netflix ni...buat aku tak berenti layan tv series/movies ni. Teringat pulak masa zaman gila layan Supernatural dulu 😂😂😂

Outlander ni cerita tentang seorang perempuan British yang bekerja sebagai nurse travel balik ke 18th century masa Scotland tengah perang dengan Britain. Dia duduk dengan geng Scottish dan faham cerita sebenar disebalik peperangan dan kehidupan waktu tu.

I came across this drama series masa tengah buat research pasal Scotland and its history, which I think is fascinating. Sedih, tapi fascinating. Tambah pulak tempat-tempat kat sana super lawa walaupun menyimpan seribu kenangan duka.

Well, so excited to finish catching up with Outlander while continuing my research pasal Scotland. Wheeee~~



xoxo
J~

Thursday, January 2, 2020

We're In The Year 2020, Baby~!

Happy New Yearrrr!!!

Dah masuk tahun 2020 dah. A new decade, a new era. Bila cakap pasal 2020 ni automatik teringat Wawasan 2020 yang selalu dilaungkan sejak kecil dulu (sambil menyanyi lagu Wawasan 2020). Pembangunan moden dan pesat with lots of skyscrapers and futuristic buildings, great facilities and not to mention, kereta terbang. Yang lain tu nampak macam dah ada tapi kereta terbang tu belum nampak bayang lagi. HAHAHAHA. takpa lah, mana yang ada dulu lah.

Tahun ni jugak aku akan beranjak ke usia 36 tahun. Dah 36 tahun wei. Apa yang aku dah capai so far? Macam tak banyak je yang boleh dibanggakan. Dulu masa kat sekolah, teringat lagi time tu darjah 5 (tahun 1995), dok sembang ngan kawan sebelah kat dalam kelas time rehat.

"Apa jadi ek kat kita nanti tahun 2020?"
"Dah umur 36 kan tahun tu, mesti dah ada kerja hebat, dah kawin dan ada anak"

HAHAHAHAHA

Time tu, benda yang fikir adalah kerja, duit dan family. As if kalau ada semua benda tu, lengkaplah kehidupan kita. Most people akan setuju dengan benda ni and akan kejar untuk ada semua ni jugak, no matter what.

Aku jugak macam tu dulu - nak kawin, nak ada family, nak kerja hebat, nak kaya dan hidup senang. Tu masa aku muda, sampai lah aku masuk umur 30-an. Dah masuk umur 3 dekad ni, aku dah tak fikir semua tu dah. Bagi aku, mungkin rezeki aku kat benda lain. Or maybe lambat lagi. Or whatever. So aku fokus saja kat benda lain yang boleh buat aku rasa happy waktu ni.

Aku pilih untuk fokus dekat benda yang related dengan travel. Sungguh gaji aku tak banyak and aku tak boleh travel kerap macam orang lain. Tapi aku study pasal tempat-tempat yang menarik minat aku dan buat plan pasal tempat-tempat tu, walaupun aku taktau lagi bila aku boleh pi tempat-tempat tu. And aku belajar pasal budaya orang dekat tempat tu, so bila aku sampai kat sana takde lah aku jadi gelabah bewak atau culture shocked sampai nak kena maki hamun penduduk kat negara tu sebab budaya dan pemahaman dia tak sama dengan aku yang membesar kat Malaysia ni 😂😂😂

And aku pilih untuk spend masa dengan family dan kawan-kawan. Aku sedar, ada kawan-kawan yang berubah lepas berkahwin sebab priority diorang dah berubah. Tapi aku juga sedar yang ada kawan-kawan yang masih menghargai kawan-kawan diorang dan tak tinggal kawan walaupun dah berkahwin dan beranak-pinak. Bukan kata nak suruh utamakan kita semata-mata tapi cukuplah sekadar tak tinggal kawan bila dah jumpa kehidupan baru. Aku pun harap aku tak jadi macam tu nanti. InsyaAllah.

"Rasa apa lagi ek ada nanti bila dah sampai tahun 2020 tu?"
"Entah la...tapi tak sabaq nak tengok kereta terbang tu wei nanti"

Simpan saja lah impian tu buat masa sekarang. Aku tengok pun macam tak semenggah ja negaraku tercinta waktu ni. Entah lah nak cakap macam mana. Malas dah pun. 😂😂😂

Tapi syukur Malaysia masih aman.

So apa azam untuk tahun 2020 ni? Takde kot. Cuma nak simpan duit untuk pi bercuti hujung tahun ni. Semoga berjaya dan dapat mencapai cita-cita nak pi Scotland tahun ni. InsyaAllah tahun depan kalau murah rezeki kita gi Umrah pulak ye 💖

Enough lah with this new year, new me thing. I'm still the same messy old me. Have a great year dan marilah menempuhi bulan Januari yang sangat panjaaaaaaaaaaaang ni 😂😂😂😂



xoxo
J~

Tuesday, November 19, 2019

Dah Sampai Tapi Kena Hantar Balik?

Hi guys,

Lama gila tak post kat sini. Macam dah berhabuk dah blog ni. Post kali ni nak membebel panjang so sabaq la nohh.
Aku ada baca post pasal orang Malaysia kena hantar balik lepas dah sampai ke Korea. Again and again. Ni bukan kali pertama kot.
Ada yang kata document tak lengkap. Ada yang kata pakaian selekeh. Ada yang kata sebab pakai bagpack sebab tu kena tahan dan halau. Ada yang kata undang-undang negara luar tu ketat.
Post aku tulis ni bukan takat fokus South Korea je ye. Ni utk semua travellers/tourist yang nak ke mana-mana negara sekalipun, tolong pastikan:
a) Semua document kena lengkap. tiket pergi balik kena ada, maklumat pasal tempat tinggal, transportation and insurance semua kena lengkap. Takyah nak paperless sangat, simpan data dalam phone saja. Kena print out dan letak dalam file.
b) Tahu itinerary sepanjang berada di negara orang. Mana nak pergi, macam mana nak pergi, berapa tambang sehala/return untuk tempat kita nak pergi, berapa admission fees. Sama macam document, pastikan print out and letak sekali dalam file.
c) Jangan sekadar "aku ikut korang je ni wei". Seriously, NO. sebab orang macam ni yang selalu kena aim. Sebab senang gelabah. Sebab taktau apa2. Ye lah, asyik dok "ok je, ikut je mana nak pi apa nak buat".
(dah la kau tak tolong prepare itinerary, bajet diva semua orang nak kena spoonfeed kan kau. menyusahkan)
d) Jangan menggeletis/gedik2 kalau dok negara orang. Kita taktau orang local suka ke tak perangai macam tu. Buat biasa2 chill2 relax2 sudah. Ni dok asyik menggeletis galak gedik2 terkinja2, orang tengok pun meluat.
e) Pakaian biar kemas. Tak suruh kau pakai nak OOTD bajet retis (read: Che Ta) wei. Aku pun pakai T-shirt dengan jeans je masa travel. Tapi tolong nampak semenggah sikit.
(ada ke orang komen kena pakai pakaian nampak mcm orang2 kaya baru tak kena tahan...oh pleaseeee...i pakai besa2 je ok, and bawak bagpack je okay tapi tak kena tahan pun haha)
f) Confident tu kena ada. Makna kata kat sini, study lah betul2 pasal tempat/negara yang korang nak pi tu. Bukan suruh hafal rukun negara, lagu kebangsaan, jata negara semua tu. NO. Korang bukan nak tukar warganegara. Tapi at least kena paham apa korang nak buat kat sana so bila imigresen tanya, korang boleh cakap dengan tenang dan yakin apa sebab korang visit satu2 tempat tu.
g) Berhati-hati diluar negara. Ye malang tak berbau, tapi risiko boleh dikurangkan, kalau korang tak lalai sebab dok menggeletis kalut nak bergambar la, kalut itu kalut ini sampai terlupa yang ada orang memerhati barang2 korang bawak tu dari jauh. kena sauk nanti baru tau erti penyesalan.
Nota dari aku, yang biasa travel beramai-ramai, travel dalam kumpulan kecil dan travel berseorangan. (read: travel bawak big luggage, cabin luggage dan backpacking)


xoxo
J~

Updates!

 Hi, lama giler tak update blog ni...like seriously, lama giler HAHAHAHA So far apa yang menarik? Nothing much since COVID is still around.....